Telegram Group Search
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Orang buat jahat kepada kita, sunat untuk tidak membalas. Adakalanya, kita tidak membalas, dia rasa malu. Adakalanya, kita boleh balas untuk menyedarkan orang.

Boleh balas dengan seumpamanya tapi sabar lagi baik. Balas dengan kebaikan, lebih baik. Jangan balas berlebihan, berdosa.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Antara tip komunikasi apabila kita tahu seseorang mengambil barang kita:

1. Jangan kita terus tuduh dia mengambil barang kita. Boleh jadi ada orang sengaja meletakkan barang kita di dalam beg dia ataupun kita sendiri yang meletakkan barang kita di dalam beg dia sebab beg kita dgn dia, design sama.

2. Boleh jadi juga dia yang mengambil barang kita sebab design yang sama.

3. Apabila bertanya pada dia, jangan tanya soalan macam ni. "Awak ambil barang saya ke?"

4. Kena tanya soalan macam ni pada dia. "Awak ada nampak tak barang saya?"

Kesimpulannya, jangan kita terus menuduh orang. Kita kena tabayyun terlebih dahulu dan apabila tabayyun, kita dapat pahala.

Kita kena sentiasa belajar tip komunikasi supaya tidak menyakitkan hati orang agar kita sentiasa mendapat pahala.

Wallahu a'lam.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Apabila berjumpa dengan seseorang, elakkan bertanya umur berapa? Bertanya umur ialah kurang adab.

Kita ni kenalah belajar jadi orang beradab. Antara cara nak jadi orang beradab, kena belajar ilmu tasawuf dan belajar teknik komunikasi.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Ada kisah seorang suami yang sabar apabila dapat isteri yang nusyuz. Asbab suaminya sabar, dia dapat menjinakkan singa. Kemudian, isteri dia meninggal. Dia kahwin dengan perempuan yang solehah.

Asbab sabar, banyak kelebihannya. Hadirnya seseorang dalam hidup kita dengan pelbagai karenah sebab Allah nak suruh kita sabar. Syurga itu indah dan sabar itu mahal.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Pahala sabar tu banyak. Boleh jadi kita ni tidak banyak melakukan ibadah sunat tapi asbab kita sabar, kita dapat banyak pahala.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Di pasar raya, tengok orang lelaki tak menunaikan solat Jumaat. Dia pergi dengan isteri.

Menunaikan solat Jumaat ni wajib. Kalau musafir, pun tetap kena tunaikan solat Jumaat melainkan kalau sebelum Subuh dah bermusafir.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Dari Dungun, nak ke Kuala Terengganu ada 2 jalan:

1. Jalan highway
2. Jalan bukan highway

Nak solat jamak qasar, kena pastikan jalan berkenaan melebihi 2 marhalah. Masa saya belajar berkenaan daurah solat jamak dan qasar, ustaz ada sebutkan berkenaan jalan yang selamat tetapi jalan highway dengan jalan bukan highway ni, kedua-duanya selamat.

Hari ni, dapat ilmu baru. Jika kita sengaja memilih perjalanan jauh sebab:

1. Nak bawa laju untuk percepatkan perjalanan, dibolehkan.

2. Tak nak lalu jalan tersebut sebab banyak lampu isyarat, dibolehkan.

Wallahu a'lam.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Ada seseorang ini, dia tidak banyak melakukan ibadah sunat tetapi disebabkan dia suka memaafkan orang, dia dapat masuk syurga.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Kalau kita dapat menjaga diri kita seperti tidak riak, tidak ujub, tidak dengki dengan orang baik, ni pun dah bagus. Sebab riak, ujub dan dengki ni berdosa.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Niatlah untuk melakukan puasa sunat Syawal. Banyak pahala apabila niat untuk melakukan perkara yang baik.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Hidup jangan asyik meminta manfaat daripada orang lain tapi jadilah orang yang memberi manfaat kepada orang lain.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Kalau suami tak mampu menjalankan tanggungjawabnya dengan baik, ia merupakan dosa suami. Sebagai isteri, jadilah isteri yang menjalankan tanggungjawab dengan baik. Kalau isteri tak buat baik terhadap suami, isteri yang dapat dosa.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Allah suruh hamba-Nya untuk bersabar. Allah pasti akan membantu hamba-Nya. Hamba-Nya kena sentiasa berdoa, berselawat dan bersabar.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Ilmu fardhu ain:
1. Akidah.
2. Feqah.
3. Tasawuf.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Ilmu fardhu ain:
1. Mengetahui setiap huraian.
2. Beramal.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Tidak belajar ilmu fardhu ain, berdosa setiap saat.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

3 rukun taubat:

1. Menyesal mengerjakan maksiat.
2. Meninggalkan akan maksiat.
3. Tak nak kembali kepada maksiat.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Jika seseorang berkahwin, di akhirat, dia akan bersama dengan suaminya dan Allah menjadikan suaminya sesuai dgn ciri-ciri ahli syurga.

Jika seseorang tak berkahwin, di akhirat, dia akan mendapat pasangan.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Ustaz Wan Junaidi ada sebut tentang ikhlas. Ikhlas ni banyak peringkat. Jika seseorang solat Dhuha sebab nak dapat rezeki, ini pun dinamakan ikhlas.

@PenaHijauDakwah
ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ

Sabar yang wajib:
1. Sabar mengerjakan amalan wajib.
2. Sabar meninggalkan perkara haram.
3. Sabar atas ujian.

Sabar yang sunat:
1. Sabar mengerjakan ibadah sunat.
2. Sabar meninggalkan perkara yang harus dan makruh.
3. Sabar atas membalas orang yang menyakiti kita.

@PenaHijauDakwah
2024/05/28 06:51:18
Back to Top
HTML Embed Code: