Telegram Group Search
Forwarded from Ali Imran Abdul Aziz
Alhamdulillah, Allah sahaja tahu betapa bahagianya kerjaya dakwah ni apabila kita berjaya ajak ramai orang kenal Baginda Rasulullah.

Sebenarnya saya baru bercadang dengan rakan-rakan untuk membaca Syamail ini di dalam kumpulan kecil. Bacaan santai sambil minum kopi.

Kemudian Syahid tanya, “okay tak nak ajak orang lain join?”

Saya kata kalau macam tu kita open for all -lah. Terus jemput asatizah yang lain, minta khidmat designer buat poster jadual dll.

Kelas percuma sahaja, tapi kita buat sehabis baik. Dan akhirnya hampir seribu orang bergabung dalam group.

Mungkin terselit niat-niat baik dari kalangan kita sehingga Allah memudahkan segala hal.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

——

Saya sertakan jadual dan susun atur bacaan syamail.

Malam ni kita mula ! 🙏🏻💚
Forwarded from Ali Imran Abdul Aziz
Insha-Allah selasa depan bermula kelas baharu di Halaqah Hadramiyah untuk slot Tadabbur.

Kita akan telusuri ayat demi ayat dari surah ini, perlahan-perlahan kerana kita akan terdedah banyak tentang ilmu-ilmu al-Quran.

Dari setiap satu ayat saya hurai dengan 3 perspektif.

1. Perspektif bahasa. Lughah, istilah, dan kepelbagaian makna yang akhirnya melitup cantik mesej yang al-Quran ingin sampaikan.

2. Perspektif uslub. Kedudukannya di dalam ayat dan kebentukannya sehingga memberi kesan kepada makna keseluruhan ayat.

3. Perspektif ibrah dari perkataan tersebut. Apa yang boleh kita belajar, amal dan manfaatkan.

Insya-Allah semoga bermanfaat. Saya tekad, selagi hayat dikandung badan, hidup mati dengan menyebarkan ilmu-ilmu al-Quran.

Insya-Allah doakan ya 🤲🏻

Siapa sudi ikut serta dengan, tekan-tekanlah link di bawah ya.

https://hadramiyahclasses.onpay.my/order/form/8
Forwarded from Ali Imran Abdul Aziz
Alhamdulillah, penyertaan dibuka seluasnya dengan berkapasiti 100 penyertaan.


"Ketika dunia memujuk kita untuk follow public opinion, berita politik yang tidak pernah reda, gossip rumah tangga yang datang bersilih ganti, Surah al-Kahfi mengajar kita untuk be with the truth even it is unpopular. Dan sebenarnya, kita telah menyibukkan diri pada sesuatu yang tidak sepatutnya kita sibukkan sehingga akhirnya mesej sebesar surah al-kahfi ini kita tinggalkan."

:(

Jemputlah sertai dan belajar menghadapi akhir zaman ini melalui petunjuk Ilahi Surah al-Kahfi.

https://hadramiyahclasses.onpay.my/order/form/alkahfi
Forwarded from iqbaljamalulleil
استغفار رجب .pdf
508.4 KB
—Malam ni masuk malam 1 rejab. Diantara malam yang dimakbulkan doa. Tapi, jangan kita ghairah untuk berdoa, minta untuk kelengkapan diri kita sedangkan kita kosong takda apa-apa.

Persembahkan dahulu ibadat kepada Tuhan. Sujud rapat ke bumi, hati tunduk kepada yang Maha Esa dengan khusyuk. Dia tak minta banyak pun, minta untuk kita ingat & rintih kepadaNya sahaja.

Walaupun malam ni malam weekend, berhenti sebentar. Hormati malam yang mulia & bulan mulia ini untuk manfaat dunia serta akhirat yang abadi.

Saya sertakan istighfar amalan istighfar bulan rejab untuk dibaca setiap malam Rejab. Semoga bermanfaat🤍
Salam Isra’ Mi’raj.

Kerendahan hati Rasulullah kepada Allah selepas diuji bertubi-tubi adalah hal terhebat & agak sukar untuk diterbitkan daripada hati-hati manusia seperti kita . Sejarah mengkhabarkan tentang ujian-ujian besar yang dihadapi oleh ‘Sebaik-baik hamba’ ini diantaranya adalah kewafatan isteri tercinta iaitu Siti Khadijah & Abu Talib sekaligus peristiwa ngeri penolakan dakwah Rasulullah dengan begitu kejam di bumi Thaif.

Kerendahan hati Rasulullah terbukti dari ucapannya selepas peristiwa Thaif dengan sabdaannya : “ Ya Allah jika engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli ( dengan hinaan, cacian & makian penduduk Thaif) mereka kepadaku”. Maha Suci Allah dengan akhlak agung Rasulullah selepas diasak dengan begitu keras, akhirnya Rasulullah mangangkat tangan & berdoa agar anak-cucu penduduk Thaif akan memeluk Agama Islam suatu hari nanti.

Kerendahan hati Rasulullah itu disifatkan oleh Allah untuk menghiburkan hatinya dengan mempersembahkan keagunganNya didalam Surah Al-Isra’ yang bermaksud ;

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Perjalanan agung Rasulullah adalah mukjizat & kemuliaannya yang terzahir pada makhluk bumi & penghuni langit.

Mukjizat agung yang terzahir pada makhluk bumi;

Diperjalankan Rasulullah daripada Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa dengan tempoh yang amat singkat, perjalanan yang mustahil bagi akal & tidak dapat ditiru oleh mana-mana makhluk pada ketika itu.

Manakala mukjizat kubra teragung yang terzahir
pada penghuni langit dengan bukti Firman Allah SWT yang bermaksud ;

“Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya.”

Diangkat Rasulullah daripada Masjid Al-Aqsa naik ke langit ditemani Jibril, sehingga suatu had yang mana Jibril pun tidak mampu menemani Rasulullah apabila hampir sampai ke Sidratul muntaha disampingnya Jannatul Ma’wa untuk bertemu dengan Allah SWT. Dengan hal itu, ianya menjadi perkara ‘mencarik adat’ buat penghuni langit.

Menjadi suatu ‘istimewa’ dengan kedua-dua mukjizat yang telah berlaku bagi seluruh makhluk. Yang teristimewanya lagi adalah cara berinteraksi, lokasi & kaifiyyah Rasulullah saat bertemu dengan Allah menjadi suatu rahsia diantara Allah & kekasihNya sahaja.

Semoga Allah menjadikan hati kita rendah seperti Rasul Agung Muhammad ﷺ
Forwarded from Erham Benefits
Terjemahan Kitab Hadis Qutuful Falihin. Rm19 shj (tidak termasuk postage).

Order :

http://wa.me/+60178422040
Forwarded from Jom Mengaji & Zikir
📗📗Peluang WAQAF Kitab di Bulan Ramadhan📘📘

KE MADRASAH/PUSAT PENGAJIAN/JEMAAH MASJID & SURAU

(KITAB 116 HADIS PILIHAN RIYADHUS SOLIHIN TERJEMAHAN QUTUFUL FALIHIN

SUSUNAN AL HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ)

RM 19 PER KITAB

KELEBIHAN WAQAF KITAB :

"Jika seorang manusia mati maka terputuslah daripadanya amalnya kecuali dari tiga perkara; dari sedekah jariah atau ilmu yang diambil manfaatnya atau anak soleh yang mendoakannya".

Riwayat Muslim (4310), al-Tirmizi (1376) dan al-Nasa’ie (3651)


Maybank
MUHAMMAD IRHAM
0125 5811 1202
REF : WAQAF KITAB

HANTAR SLIP BANK KE WHATSAPP

http://wa.me/+60178422040
2024/05/04 20:35:04
Back to Top
HTML Embed Code: