Kesan Sampingan vaksin: KKM dapatkan penjelasan AstraZeneca

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, syarikat itu harus bertanggungjawab dengan mengemukakan penjelasan yang teliti dan telus bukan sahaja kepada Malaysia malah seluruh dunia bagi mengelak berlakunya kebimbangan awam.

Baca Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/662531/berita/nasional/kesan-sampingan-vaksin-kkm-dapatkan-penjelasan-astrazeneca

Sinar Harian
www.tg-me.com/COVID 19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ/com.Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
2 Mei 2024
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata situasi berkenaan menyaksikan beberapa kawasan terutama di Kelantan, Perlis dan Kedah akan mengalami cuaca lebih panas berbanding negeri lain seperti Selangor dan Kuala Lumpur.

Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2293395

Bernama
www.tg-me.com/COVID 19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ/com.Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
2 Mei 2024
Boikot terhadap KK Mart bertentangan ajaran Rasulullah SAW- Mufti Perak

Memetik Berita Harian, Mufti Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh tampil menegaskan bahawa tuduhan menghina agama Islam yang dilemparkan terhadap pengurusan rangkaian kedai serbaneka, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Mart) susulan isu stoking tertera kalimah 'ALLAH' tidak terbukti, sekali gus tiada kewajaran agar premis perniagaan syarikat itu diboikot.

Beliau menegaskan, berpandukan kaedah kehakiman Islam, satu daripada rukun penting dalam perlakuan jenayah ialah niat dan keinginan melakukannya atau "alqasdul jinaei" (criminal intent), yang mana elemen rukun itu tidak boleh dibuktikan melalui "syahadah" atau "direct evidence."

Katanya, tindakan memboikot terhadap sesuatu kaum juga bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW di mana dalam sejarah awal Islam, hanya orang kafir Quraisy sahaja yang memboikot umat Islam, namun Rasulullah SAW tidak pernah memboikot walaupun terhadap musuh.

Sumber: Berita Harian
Kerajaan mula potong subsidi minyak bulan depan

Kerajaan akan memulakan pemotongan subsidi bahan api pada bulan depan, dengan diesel menjadi bahan pertama yang diapungkan harga mengikut kadar pasaran, menurut satu laporan.

Selepas diesel, harga runcit petrol akan dinaikkan secara berperingkat, menurut laporan itu lagi.

Baca Penuh: https://m.malaysiakini.com/news/704484

Malaysia Kini
www.tg-me.com/COVID 19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ/com.Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
4 Mei 2024
COVID-19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ
Photo
Harga petrol, diesel 'naik': Laporan media asing tak betul - Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini menyangkal laporan media luar negara kononnya kerajaan membuat keputusan untuk mengumumkan kenaikan harga minyak petrol dan diesel.

Jurucakap kerajaan itu berkata mesyuarat jemaah menteri tidak langsung membincangkan perkara itu sebelum ini termasuk pada minggu lepas.

"Saya meneliti perkara itu dan saya boleh mengesahkan di sini saya ahli jemaah menteri, kami tidak bincang perkara ini pun.

"Jadi, don't put the cart before the horse atau jangan umum sesuatu perkara itu sebelum ia diumumkan.

"Kita lihat ada beberapa akhbar yang berpangkalan di luar negara telah mendahului proses dan saya harap semua pihak termasuk media mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi," katanya ketika berucap pada program Jiwa Madani di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (P) Al-Mashoor, George Town hari ini.

Fahmi turut meningatkan semua media agar tidak membuat laporan berita bersandarkan maklumat daripada sumber yang tidak dapat disahkan atau tidak dikenal pasti.
Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM

Kabinet belum membuat sebarang perbincangan berhubung kenaikan harga minyak petrol dan diesel selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada perbincangan serius di Kabinet berhubung penarikan subsidi diesel seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurutnya, laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.

Astro Awani
www.tg-me.com/COVID 19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ/com.Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
5 Mei 2024
Kejap itu kejap ini..rakyat, ready jela bila2 pun kerajaan akan laksana. Rasmi tak rasmi, suma itu pasti berlaku.
Kementerian Pendidikan akan tutup mana-mana sekolah jika suhu di kawasan tersebut mencecah 37 darjah celsius selama 3 hari berturut-turut.

Timbalan Menterinya berkata penutupan itu akan dibuat mengikut garis panduan sedia ada yang masih diguna pakai.

Wong Kah Woh turut mengingatkan semua pihak bahawa aktiviti luar bilik darjah akan dihentikan sekiranya suhu melebihi 35 darjah celsius selama 3 hari berturut-turut.

#KPM
#AstroRadioNews
#CuacaPanas
Penyanyi dan pelakon veteran, Datuk Abdul Hail Amir meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 3.43 petang Isnin.
Faisal Halim
Kecederaaan tahap 4 :
Untuk infografik dibawah
T 1 : Lapisan kulit bahagian atas
T 2 : Lapisan kulit atas & kedua (epidermis & dermis)
T 3 : Keseluruhan lapisan kulit & juga saraf menyebabkan rasa kebas
T 4 : Keseluruhan lapisan kulit hingga melibatkan otot & tulang. Saraf terlibat akan rosak sehingga mangsa hilang rasa sakit
Kulit manusia adalah organ penting yang berfungsi menghalang jangkitan dan melindungi cecair dalam tubuh.

Melecur tahap 4 adalah kesan kebakaran paling teruk dan dalam, menjejaskan ketiga-tiga lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Kulit mangsa akan menjadi kering, garing dan kemungkinan β€˜masak’.

Kecederaan dialami tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim bukanlah biasa-biasa apabila disimbah cecair oleh dua individu tidak dikenali baru baru ini.

Semoga beliau cepat sembuh dan pesalah dapat di tangkap segera.

- PHM
COVID-19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ
Kulit manusia adalah organ penting yang berfungsi menghalang jangkitan dan melindungi cecair dalam tubuh. Melecur tahap 4 adalah kesan kebakaran paling teruk dan dalam, menjejaskan ketiga-tiga lapisan kulit sehingga melibatkan otot dan tulang. Kulit mangsa…
π—›π—œπ—Ÿπ—”π—‘π—š π—žπ—˜π—¦π—˜π—œπ— π—•π—”π—‘π—šπ—”π—‘

1. Apa kesan bila tangan kiri tidak berfungsi walaupun masa buat kerja yang tak perlukan tangan kiri?

2. Masa ada, kita tak ambil kisah sangat.

3. Masa takde, baru tahu betapa pentingnya.

4. Kita makan guna tangan kanan. Tak guna tangan kiri.

5. Kita duduk guna badan & punggung. Bersandar di belakang. Tak guna tangan kiri.

6. Tapi saya makan bersepah. Duduk tak balance tak selesa. Berjalan pun tak balance. Walaupun lepas 5 bulan. Walaupun tangan kiri saya sudah banyak boleh bergerak.

7. Rupanya tangan kiri ada fungsi untuk seimbangkan badan. Tanpa kita sedar.

8. Cedera Faisal Halim tahap empat. Kesan sehingga saraf, otot & tulang.

9. Beliau pemain bola. Keseimbangan badan sangat penting.

10. Betapa hancur luluhnya hati kalau tak dapat teruskan kerjaya & minat.

11. Saya tak tengok bola.

12. Tapi kes ini, bergenang-genang air mata saya.

13. Kita boleh cuba memahami. Yang pernah rasa je tahu apa rasanya.

Doakan yang terbaik untuk semua 🀲🏻

Amiin.

Kredit: bukhariramli
Selepas kes dua pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid dan Akhyar Rashid diserang dan disamun, terbaharu bekas kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim pula diserang.

Berita penuh https://www.buletintv3.my/nasional/cermin-kereta-safiq-rahim-pecah-diketuk-dengan-tukul

Buletin TV3
www.tg-me.com/COVID 19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ/com.Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
8 Mei 2024
AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia

Syarikat farmaseutikal global, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph pada Selasa.

Menurut laporan berkenaan, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah (EU) selepas syarikat tersebut secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."

Permohonan untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada 7 Mei, menurut laporan itu, yang menambah bahawa permohonan serupa akan dibuat di United Kingdom dan negara-negara lain yang telah meluluskan vaksin yang akan dikenali sebagai Vaxzevria.

Astro Awani
www.tg-me.com/COVID 19 MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡΅πŸ‡Έ/com.Covid_19Malaysia
#ReopeningSafely
#EndemikMalaysia
8 Mei 2024
2024/05/08 17:52:31
Back to Top
HTML Embed Code: