tg-me.com/CeritaKauAkuKita/23668
Last Update:
SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Ketika bersin adakah seorang itu membaca Alhamdulillah atau Alhamdulillahi Rabbil Alamiin?
JAWAPAN: Disunatkan bagi orang yang bersin ia mengucapkan Alhamdulillah.
Dan jika dengan ucapan Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin maka lebih elok. Dan harus jika ditambah lafaz ‘Ala Kulli Hal.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. sungguhnya Nabi SAW bersabda:
إِذَا عَطسَ أحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ: الحَمْدُ للهِ
Maksudnya: “Apabila seorang kamu bersin maka hendaklah ia mengucap : Alhamdulillah.” [Hadis Riwayat Bukhari]
Dan diriwayatkan dari Salim bin ‘Ubaid r.a. sabda Nabi SAW:
إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ : الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Maksudnya: “Apabila bersin oleh seorang kamu maka hendaklah ia ucap: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin.” [Hadits Riwayat Abu Daud dan Tirmizi]
Dan dari Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda:
إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ : الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Maksudnya: “Apabila seorang dari kamu bersin maka ucapkanlah: Alhamdilillahi ‘ala kulli hal.” [Hadis Riwayat Abu Daud]
Berkata Imam Nawawi:
اتفق العلماء على أنه يستحب للعاطس أن يقول عقب عطاسه الحمد لله , ولوقال الحمدلله رب العالمين لكان أحسن ,فلو قال الحمد لله على كل حال كان أفضل.
Maksudnya: “Telah sepakat para ulamak atas bahawasanya disunatkan bagi yang bersin bahawa mengucap ia selepas ia bersin itu Alhamdulillah. Dan jikalau ia berkata: Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin nescaya adalah ia elok. Dan kalau ia ucap Alhamdulillah ‘Ala Kulli Hal maka adalah ia afdhal.” [Kitab Al-Azkaar]
Berkata imam Ibnu Jarir:
هو مخير بين هذا كله , وهذا هو الصحيح
Maksudnya: “Orang yang bersin itu diberi pilihan antara semua lafaz tersebut dan ialah yang sahih.” [Syarah Sahih Muslim]
Wallahua'lam
Kredit: @wnmuhdfirdaus
@CeritaKauAkuKita
BY Cerita Kau Aku Kita
Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 280
Share with your friend now:
tg-me.com/CeritaKauAkuKita/23668