Telegram Group & Telegram Channel
https://www.tg-me.com/us/Ust Muhammad Fauzi Asmuni/com.FauziAsmuni

Pertemuan PMX Dengan Ismail Haniyeh; Apakah Seterusnya?

1. Beberapa orang rakan ngo bertanya komen saya tentang pertemuan PMX dengan pimpinan Hamas, Ismail Haniyeh dan Khalid Mash'al. Secara umum saya tiada maklumat tentang apa yang dibincangkan kecuali apa yang dikongsikan oleh media. Tetapi pertemuan itu pada saya adalah satu petanda yang baik.

2. Saya katakan baik kerana sekurang-kurangnya Malaysia terus mengiktiraf Hamas dan tidak menerima label terrorist yang diberikan oleh Israel dan dunia Barat kepada Hamas. Saya beranggapan yang tersirat dari pertemuan itu adalah begitu. Ia juga memberikan kelegaan kepada Hamas kerana ia memecahkan usaha memboikot dan mengasingkan Hamas di peringkat antarabangsa.

3. Cuma yang akan jadi persoalan adalah apakah langkah kerajaan Malaysia seterusnya dalam isu perang Israel-Palestin ini?

4. Perang ini sudah menyaksikan penglibatan yang agak menyeluruh dari masyarakat seluruh dunia, Barat dan Timur. Demonstrasi, kempen boikot, kempen di media sosial, bantuan kemanusiaan, rombongan pakar perubatan, pendakwaan di ICJ, sekatan laluan laut dan lain-lain lagi ... segalanya sudah dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Tetapi perang tetap berterusan dan menggila sehingga ke kawasan zon selamat di Rafah sudah tidak lagi selamat.

5. Perang ini memerlukan penglibatan lebih serius dari pemimpin negara-negara umat Islam. Peranan yang dimainkan oleh Mesir dan Qatar dalam menjadi orang tengah sehingga tercapainya plan genjatan senjata tiga fasa, nampaknya tidak meredakan serangan Israel terhadap Palestin. Bantuan kemanusiaan yang diselenggara oleh Jordan melalui samada jalan darat atau udara juga tidak menghentikan kematian. Penutupan jalan laut di Teluk Mandab dan Laut Merah oleh Houthi Yaman juga tidak menghentikan perang. Bahkan yang terbaru serangan Iran, juga tidak ada kesannya kepada kegilaan Israel. Kata-kata semangat dan sokongan pemimpin dunia Islam kepada Palestin dan kata-kata kecaman mereka terhadap Israel juga tidak ada kesan langsung kepada perang.

6. Apakah peranan pemimpin dunia Islam dalam isu perang Israel - Palestin? Peranan yang mereka mainkan seperti yang saya senaraikan di atas sudah terbukti tidak berkesan.

Saya ingin mencadangkan beberapa cadangan yang pernah dicadangkan oleh GSPP sebelum ini samada kepada PMX atau kepada pemimpin dunia Islam yang lain. Saya berpandangan jika ini dilakukan ianya mungkin memberi kesan yang ketara kepada masa depan dan hala tuju perang.

a. Putuskan hubungan diplomatik dengan Israel. Malaysia memang tidak mengiktiraf Israel. Tetapi penerimaan Two State Solution sebagai penyelesaian akhir kepada isu perang ini akan membawa kepada pengiktirafan negara haram Israel.

b. Memulakan langkah agar semua negara umat Islam tidak terikat atau bergantung dengan hubungan dagang samada dengan Israel atau dengan AS. Ambillah masa setahun, dua tahun bahkan 10 tahun sekali pun untuk tujuan itu. Negara di dunia ini ada banyak lagi selain AS.

c. Menggunakan sumber alam negara umat Islam seperti minyak, nadhir bumi dan sebagainya untuk memberikan tekanan kepada Israel dan AS.

d. Tidak membenarkan ruang udara dan tanah negara-negara umat Islam untuk digunakan oleh Israel dan AS.

e. Saya ingin mencadangkan cadangan kelima ini iaitu pemimpin-pemimpin negara umat Islam perlu menggerakkan tentera dan aset ketenteraan negara masing-masing bagi membantu Palestin. AS berikan senjata dan 10 ribu atau lebih tentera membantu Israel. German membekalkan senjata kepada Israel. Begitu juga banyak lagi apa yang dilakukan oleh negara sekutu Israel. Tidak logik bagi negara umat Islam hanya memberikan biskut dan kain kapan kepada Palestin.

7. Persoalan sekarang, selepas pertemuan bermakna antara PMX dan pemimpin Hamas, apakah yang akan dilakukan oleh PMX seterusnya?

Dalam isu Palestin, ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada masyarakat ... dan banyak yang sudah masyarakat laksanakan tanggungjawab itu pada kadar yang termampu. Ada tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah kepada pemimpin negara ...

tg-me.com/FauziAsmuni/599
Create:
Last Update:

BY Ust Muhammad Fauzi Asmuni

Share with your friend now:
tg-me.com/FauziAsmuni/599

View MORE
Open in Telegram

Ust Muhammad Fauzi Asmuni Telegram | DID YOU KNOW?

Date: |

The lead from Wall Street offers little clarity as the major averages opened lower on Friday and then bounced back and forth across the unchanged line, finally finishing mixed and little changed.The Dow added 33.18 points or 0.10 percent to finish at 34,798.00, while the NASDAQ eased 4.54 points or 0.03 percent to close at 15,047.70 and the S&P 500 rose 6.50 points or 0.15 percent to end at 4,455.48. For the week, the Dow rose 0.6 percent, the NASDAQ added 0.1 percent and the S&P gained 0.5 percent.The lackluster performance on Wall Street came on uncertainty about the outlook for the markets following recent volatility.

A project of our size needs at least a few hundred million dollars per year to keep going,” Mr. Durov wrote in his public channel on Telegram late last year. “While doing that, we will remain independent and stay true to our values, redefining how a tech company should operate.

Ust Muhammad Fauzi Asmuni from us

Telegram Ust Muhammad Fauzi Asmuni
FROM USA