Telegram Group Search
Orang mukmin yang berjaya sentiasa menganggap hidup adalah rangkaian ibadah dan kehidupan di dunia hanyalah menjadi jambatan menuju ke akhirat.

Dalam Surah al-Mukminun, ayat 1-10, telah dinyatakan ciri-ciri mukmin yang berjaya iaitu:

1. Khusyuk dalam solat
2. Menjauhkan diri daripada perkara yang sia-sia.
3. Menunaikan zakat
4. Memelihara kehormatan diri
5. Memelihara amanah dan janji
6. Menjaga solat

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mukmin yang berjaya dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti serta dijauhkan dari azab neraka, Amin Ya Allah.

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Ya Allah, pada pagi ini kami memohon kepadaMu agar dikurniakan segala kebaikan dan ditempatkan di syurga tertinggi, Amin Ya Allah, Ya Mujibas Sa'ilin.

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Doa untuk Mak dan Ayah

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Doa Berlindung dari Empat Hal

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Doa Selalu Mengingati Allah SWT

Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ£ΩŽΨΉΩΩ†Ω‘ΩΩŠ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ψ°ΩΩƒΩ’Ψ±ΩΩƒΩŽ ΩˆΩŽΨ΄ΩΩƒΩ’Ψ±ΩΩƒΩŽ ΩˆΩŽΨ­ΩΨ³Ω’Ω†Ω عِبَادَΨͺΩΩƒΩŽ

Maksudnya: β€œYa Allah, tolonglah aku untuk zikir kepadaMu, bersyukur kepadaMu dan elok dalam beribadat kepadaMu.”

(HR Abu Daud, 1522)

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Semoga semua yang membaca posting ini sentiasa dalam rahmat Allah dan dibukakan pintu hikmah, dipermudahkan segala urusan dan dilapangkan segala kesempitan. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Aamiin Ya Allah

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
DOA MEMINTA REZEKI ATAU KEKAYAAN

Setiap usaha mesti diiringi dengan doa.

Sebab semuanya berlaku dengan izin dan kehendak Allah SWT.

Siapa tak mau rezeki yang melimpah ruah kan?

Doa² selalu dan rajin usaha naa 🀲

Moga kita semua kaya bertaqwa.

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Ujian atau musibah adalah interaksi Allah SWT untuk melihat sejauh mana keimanan kita sebagai hambaNya yang beriman.

Banyakkan berdoa supaya ditingkatkan iman kita dalam menghadapi semua dugaan dan ujian dengan tenang dan hati yang terbuka, Insya-Allah.

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Jom Perbanyakkan Zikir πŸ‘†

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Amalkan doa murah rezeki ini setiap kali selepas solat.

Semoga dengan izin-Nya kita diberikan rezeki yang bermanfaat, rezeki yang halal dan diterima segala amalan.

Aamiin ya Allah

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Doa adalah cahaya yang menyinari gelapnya dosa-dosa yang lalu. Mari kita letakkan hati dan jiwa sepenuhnya dalam doa, memohon keampunan yang mendalam dan bersyukur untuk setiap peluang dan rahmat yang Allah SWT berikan untuk kita memperbaiki kesilapan di masa lalu.

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
🌿 Tempat - tempat berdoa didalam sholat

Sunnah bagi orang yang ingin berdoa didalam sholatnya :

1. Ia berdoa pada saat sujud
2. ia berdoa setelah Tasyahud Akhir sebelum salam


(Majmu Fatawa Ibnu Utsaimin 13 / 265)

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Perlukan keajaiban hidup?

Cuba baca doa Nabi Musa ni...

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
9 Zulhijjah adalah hari di mana umat Islam yang mengerjakan Haji berwukuf pada tempat dan waktu yang mulia di padang Arafah.

Bagi umat Islam di Malaysia 9 Zulhijah 1445H jatuh pada Ahad, 16 Jun 2024 melalui kaedah rukyah dan hisab yang diputuskan Jabatan Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Antara amalan terbaik yang boleh kita lakukan pada hari wukuf di Arafah adalah memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Ini kerana pada hari istimewa ini merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan.

Doalah banyak-banyak pada hari tersebut, semoga dikabulkan segala permintaan kita.

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk berdoa bila-bila masa sepanjang hari Arafah. Berdoalah yang baik-baik untuk diri kita, keluarga, agama dan negara kita. Siapa tahu, doa kita yang ikhlas dan bersungguh-sungguh akan dimakbulkan oleh-Nya, Insya-Allah.

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Mintak dijauhkan. Destinasi akhir yang semua orang tak mahu kan. Nampak bahagia di dunia tapi sengsara di akhirat. Pulun buat kebaikan di dunia tumpang ada masa lagi ni dan pulun doa kepada Allah naa. Moga kita semua dijauhkan dari azab api neraka.

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
πŸ‡²πŸ‡Ύ Waktu Solat Bandar Utama πŸ‡²πŸ‡Ύ
πŸ—“ Sabtu, 15 Jun 2024
🌟 08 Zulhijjah 1445H

01 Johor
02 Kedah
03 Kelantan
04 Melaka
05 Negeri Sembilan
06 Pahang
07 Perak
08 Perlis
09 P. Pinang
10 Sabah
11 Sarawak
12 Selangor
13 Terengganu
14 Kuala Lumpur
Sebaik-Baik Doa Di Hari Arafah

β€œSebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,

β€œΩ„Ψ§ΩŽ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‡ΩŽ Ψ₯ΩΩ„Ψ§ΩŽΩ‘ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω ΩˆΩŽΨ­Ω’Ψ―ΩŽΩ‡Ω Ω„Ψ§ΩŽ Ψ΄ΩŽΨ±ΩΩŠΩƒΩŽ Ω„ΩŽΩ‡Ω Ω„ΩŽΩ‡Ω الْمُلْكُ ΩˆΩŽΩ„ΩŽΩ‡Ω Ψ§Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―Ω ΩˆΩŽΩ‡ΩΩˆΩŽ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ كُلِّ Ψ΄ΩŽΩ‰Ω’Ψ‘Ω Ω‚ΩŽΨ―ΩΩŠΨ±β€

(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu). (HR Tarmizi, 3585)

Hari Arafah / puasa sunat Arafah bagi umat Islam di Malaysia jatuh pada Ahad, 16 Jun 2024 bersamaan 9 Zulhijjah 1445 Hijrah.

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Kebesaran Berdoa di Hari Arafah

β€œSebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah :

Ω„Ψ§ΩŽ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩ‡ΩŽ Ψ₯ΩΩ„Ψ§ΩŽΩ‘ Ψ§Ω„Ω„ΩŽΩ‘Ω‡Ω ΩˆΩŽΨ­Ω’Ψ―ΩŽΩ‡Ω Ω„Ψ§ΩŽ Ψ΄ΩŽΨ±ΩΩŠΩƒΩŽ Ω„ΩŽΩ‡Ω Ω„ΩŽΩ‡Ω الْمُلْكُ ΩˆΩŽΩ„ΩŽΩ‡Ω Ψ§Ω„Ω’Ψ­ΩŽΩ…Ω’Ψ―Ω ΩˆΩŽΩ‡ΩΩˆΩŽ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ كُلِّ Ψ΄ΩŽΩŠΩ’Ψ‘Ω Ω‚ΩŽΨ―ΩΩŠΨ±ΩŒ

β€œTidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah SWT yang satu saja, tidak ada sekutu bagiNya, milikNya kekuasaan dan milikNya segala pujian, dan Dia Maha Mampu atas segala sesuatu.” HR Tirmizi, 3585

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
Gandakan Ucapan Tahlil, Takbir dan Tahmid di 10 Awal Zulhijjah

Sabda Rasulullah SAW: β€œTidak ada hari-hari yang lebih agung lagi disukai oleh Allah SWT amalan padanya berbanding 10 hari ini (awal Zulhijjah), maka perbanyakkanlah padanya dengan ucapan Tahlil, Takbir dan Tahmid.
Gandakan Ucapan Tahlil, Takbir dan Tahmid di 10 Awal Zulhijjah

Sabda Rasulullah SAW: β€œTidak ada hari-hari yang lebih agung lagi disukai oleh Allah SWT amalan padanya berbanding 10 hari ini (awal Zulhijjah), maka perbanyakkanlah padanya dengan ucapan Tahlil, Takbir dan Tahmid.

[Hadis Riwayat Ahmad, 5446]

@kitabdoa πŸ“šπŸ“šπŸ“š
2024/06/15 04:10:13
Back to Top
HTML Embed Code: