Telegram Group Search
Adakah anda sedar isu Palestin bukan sekadar perebutan tanah tetapi pertembungan peradaban?

Antara buku yang saya kongsikan bersama siswa dan siswi UIA semalam ialah sebuah buku yang baik untuk memahami konflik dunia menurut lensa Al Quran, iaitu sebuah buku tulisan Sheikh Dr Abd Sattar Fathallah Saied, seorang ulama’ al-Azhar bertajuk ‘Ma’rakah al Wujud Baina al-Quran wa at-Talmud’ (معركة الوجود بين القرأن والتلمود) - “Pertembungan Kewujudan Antara Al Quran dan Talmud”. Alhamdulillah sewaktu di Mesir dulu saya sempat bertemu dengan beliau dan mendengar khutbah beliau"

---

CEO IRIS Institute, Syed Ahmad Israa' telah menghadiri majlis perkongsian ilmu dengan mahasiswa UIAM berkenaan pertembungan Palestin-Israel dan peranan mahasiswa di Malaysia.

Sebagai anak muda, beliau telah menasihatkan bahawa asas kefahaman mahasiswa terhadap realiti yang berlaku adalah sangat kritikal dengan saiz perspektif yang perlu diperbesarkan dan diperdalamkan. 

Beliau juga berharap buku yang telah diterbitkan IRIS dapat memudahkan mahasiswa untuk memahami kancah geopolitik dunia tanpa tersasar atau dicairkan oleh anasir lain.

Betapa pentingnya golongan mahasiswa ini kerana merekalah generasi harapan bangsa dengan potensi kepimpinan yang mereka miliki.

Malangnya, sebahagian besar mahasiswa masih belum membaca buku-buku ini disebabkan kekangan mereka. Ayuh bantu mereka bina diri untuk kepimpinan negara.

Klik link untuk WAKAF BUKU PEMIKIRAN:
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
Dalam perang pun masih sempat jual beli buku!

Sebelum perang pun Gaza telah lahirkan 180,000 orang graduan setahun. Tak hairanlah hampir 66% ahli parlimen Palestin adalah pemegang ijazah PhD.

Mereka faham bahawa ilmulah yang akan membebaskan mereka dan membina semula negara mereka.

Malaysia juga perlukan anak muda berilmu yang mampu menjadi pelapis pimpinan masa depan yang berjuang demi kepentingan nasional.

Jom kita wakaf buku pemikiran buat mahasiswa di seluruh negara.

Kredit gambar: Terkini Palestin

Klik link untuk WAKAF BUKU PEMIKIRAN:
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
Terima Kasih Kepada Para Pewakaf !!

Memandu pemimpin bina negara.

Mereka telah menerima buku-buku wakaf dan amat menghargai khazanah ilmu yang diterima.

Mereka berharap lebih banyak wakaf buku dapat memberi manfaat kepada lebih ramai anak muda.

Kami di IRIS dan PEMIKIR melihat potensi besar yang dimiliki anak-anak muda yang menerima wakaf buku pemikiran ini sebagai lapisan kepimpinan negara pada masa hadapan.

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata: "Kedermawanan dengan ilmu dan berupaya menyebarkan ilmu adalah lebih utama daripada kedermawanan dengan harta, kerana ilmu itu lebih mulia dari harta“ (Madarijus Salikin II/281)

Mari menyumbang:
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran

Memandu pemimpin bina negara.
LEMBU MERAH, AKHIR ZAMAN & KEMUSNAHAN MASJID AL AQSA- KESAN TERHADAP GEOPOLITIK DUNIA
Siri 4: Bicara di Luar Kotak

Ramai pihak mengatakan bahawa faktor berlakunya perang Palestin-Israel adalah bukan faktor keagamaan.
Benarkah dakwaan sedemikian?

Bagaimana faktor idealogi dan kepercayaan iaitu "falsafah Kabbalah" mencorakkan senario di Timur Tengah pada hari ini? Bagaimana ia dijadikan asas dalam perluasan kuasa Israel Raya melalui gerakan National Zionisme?

Apakah kesan penyembelihan "Lembu Betina Merah" - "Red Heifer" terhadap masa hadapan Masjidil Aqsa? Sama-sama kita kupas malam ini jam 10.30 malam di live Tiktok IRIS. Jumpa anda di sana.

Ada diskaun istimewa untuk setiap pembelian buku Latar Geopolitik Dunia semasa live tersebut.

https://www.tiktok.com/@irisinstitute
https://www.tiktok.com/@irisinstitute
https://www.tiktok.com/@irisinstitute
Tahukah anda, Universiti Oxford, Harvard & Stanford telah meniru konsep wakaf Islam?

Seorang pakar sejarah wakaf, Prof Murat Cizakca telah menyebut bahawa Barat telah meniru dan mengambil konsep institusi wakaf Islam lalu berjaya menggunakannya dalam mengembangkan ekonomi masyarakat Barat.

Barat juga menggunakan sistem wakaf untuk membangunkan keilmuan mereka sehingga menjadi rujukan dunia hari ini.

Umat Islam mestilah lebih bersemangat untuk berwakaf dan bangunkan kembali keilmuan dan peradaban Islam untuk pimpin dunia.

Tanamlah benihnya hari ini dengan melahirkan pemimpin yang mempunyai ilmu yang betul dan kefahaman yang jelas.

Imam Ibnul Mubarak rahimahullah berkata: "Saya tidak tahu ada darjat yang lebih utama setelah nubuwah (kenabian) yang melebihi daripada menyebarkan ilmu" (Tahdzibul Kamal 16/20)

Jom sertai projek memandaikan generasi kepimpinan masa hadapan: 
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
Ramadan bulan jihad dan kemenangan

Peperangan Badar dan Khandak serta pembukaan Mekah, Mesir, Sepanyol dan Baitul Maqdis berlaku dalam bulan Ramadan.

Semua kejayaan ini dicapai kerana Rasulullah saw dan kepimpinan Islam mampu memahami realiti gelanggang kuasa di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa secara tepat pada ketika itu.

Mereka juga merencana dan melaksanakan strategi pengupayaan yang sistematik, menyeluruh dan berkesan terhadap sumber-sumber kuasa yang dimiliki oleh umat Islam.

Bagaimana dengan pemimpin umat Islam masa kini? Apakah nasib umat Islam di masa hadapan?

IRIS INSTITUTE & PEMIKIR mengkaji, menulis dan menerbitkan buku-buku untuk menyampaikan ilmu dan kefahaman berdasarkan kerangka yang betul supaya pemimpin dan umat Islam mampu memahami realiti pertembungan kuasa dunia dengan tepat dan mempunyai cara fikir strategik untuk memenangi pertarungan kuasa sekaligus meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Mari bersama-sama IRIS membangunkan lapisan pimpinan baharu yang memiliki daya fikir strategik seperti qudwah Nabi Saw dan Para Sahabat baginda.

Mari Menyumbang bagi Wakaf Buku Pemikiran:
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran

Sheikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin rahimahullah berkata: ""Sesungguhnya pada kegiatanmu menyebarkan ilmu merupakan upaya menyebarkan agama Allah, sehingga engkau termasuk orang yang berjihad di jalanNya kerana engkau membuka hati hamba-hamba Allah dengan ilmu sebagaimana orang yang berjihad membuka negeri-negeri dengan senjata dan iman"" (Syarh Dua Qunutil Witr, halaman 12)"
Pemimpin negara berjiwa merdeka, mandiri dalam menentukan keputusan

Buku Tajdid Falsafah Peradaban Islam terbitan PEMIKIR ini menggesa pembaca agar kembali memahami erti dan tujuan insan berlandaskan al-Quran dan Sunnah iaitu berlandaskan ubudiyyah dan khilafah, termasuklah perihal pemerintahan sesebuah kuasa.

Sedikit petikan daripada buku ini -

"Pemerintah Islam mempunyai kebebasan untuk merangka dasar pemerintahan yang berpihak kepada rakyat, tanpa terpengaruh dengan apa-apa polisi yang hanya menguntungkan konglomerat elit global."

"Dalam pengamalan demokrasi moden, konglomerat elit global yang menyusun atur dasar dan polisi negara di sebalik tabir, bukan kerajaan atau pemerintah. Ini adalah kerana undi-undi yang dimenangi oleh parti politik semasa pilihanraya didanai oleh elit global, yang menyebabkan budi mereka harus dibalas dengan pembentukan polisi yang memihak kepada keuntungan elit global tersebut."

"Mandat ketaatan kepada pemimpin (raja/kerajaan) diasaskan atas dasar ketaatan kepada Allah dan Rasulullah SAW. Jika pemimpin tersebut terkeluar daripada landasan ketaatan kepada Allah dan Rasul, maka mandatnya terbatal."


Mari kita bersama kembali membangunkan keagungan Peradaban Islam dengan menghidupkan kembali budaya ilmu generasi kepimpinan masa hadapan:
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
Mahasiswa dari kota tanah air
bangunlah!
angkat matamu dari buku
lampaui dinding lampaui tembok
semua menunggu
mengajakmu bersama ke tengah jalan raya kota.

Lihat betapa temanmu telah berdiri di sini
sebaris dengan kami
para buruh dan petani di jalan sungai besi
sederap belajar dari hidup berani

Lepaskan tangan halus kekasih di tasik
atau bersamanya berjalan ke parlimen
kerana tenagamu dengan ilmu di dada
akan merombak erti hidup sebuah negara.

Mahasiswa, Usman Awang, September 1961

Mari bantu mahasiswa tuntut ilmu siapkan diri untuk pimpin negara di masa hadapan.

https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
DESAK ISRAEL PATUH RESOLUSI GENCATAN SENJATA UNSC

Sejauh manakah solidariti kita terhadap Palestin mampu mendesak Israel untuk gencatan senjata? Adakah hanya cukup kita atau peranan peringkat antarabangsa juga perlu diambil kira?

Saksikan perkongsian En. Syed Ahmad Israa' Syed Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif IRIS Institute di Agenda Awani pada malam ini:

🔸 Tarikh: 27 Mac 2024 (Rabu)
🔸 masa: 9.00 Malam
🔸 Siaran: ASTRO AWANI (SIARAN 501)
Ramadhan bulan Al-Quran, Risalah uluhiyyah yang mutlak

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (Surah Al-'Alaq: 1-5)


Syed Qutb dalam Tafsir Fi Zilal menerangkan mengenai hakikat uluhiyyah dalam surah Al-'Alaq yang mana manusia dapat memandang hakikat kehambaan yang terbatas, baru dan fana. Kemudian merasakan adanya pertolongan Tuhan terhadap makhluk dan merasakan betapa manisnya perasaan itu. Lalu menerimanya dengan khusyu', syukur, gembira dan penuh ketundukan.

Dalam buku Negara Unggul hasil penulisan Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, perbincangan mengenai Risalah Hidayah menerangkan bahawa "tujuan kemanusiaan bukan semata-mata nafsu atau dorongan naluri lahiriah manusia".

"Kehendak manusia yang sepatutnya mencerminkan tujuan kemanusiaan hendaklah terbit dari kesedaran hati yang rasional".

"Ia (kehendak manusia yang kemudiannya diungkapkan sebagai kehendak nasional) adalah suatu yang ilmiah, iaitu difahami melalui falsafah ilmu yang bersepadu".

Mari bersama bangunkan kembali kuasa keilmuan kita melalui wakaf buku pemikiran IRIS INSTITUTE & PEMIKIR:

https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran
https://ezy.la/Wakaf_Buku_Pemikiran

Sheikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin rahimahullah berkata: "Sesungguhnya pada kegiatanmu menyebarkan ilmu merupakan upaya menyebarkan agama Allah, sehingga engkau termasuk orang yang berjihad di jalanNya kerana engkau membuka hati hamba-hamba Allah dengan ilmu sebagaimana orang yang berjihad membuka negeri-negeri dengan senjata dan iman". (Syarh Dua Qunutil Witr, halaman 12)
2024/03/29 00:39:25
Back to Top
HTML Embed Code: