Telegram Group Search
KKM akan bincang dengan KPT untuk tingkatkan pakar geriatrik, sasar lapan pakar setahun - Dr Dzulkefly
Dua lagi kematian jemaah haji Malaysia direkodkan pada 3 dan 4 Jun lepas, menjadikan jumlah keseluruhan empat orang - TH
Lembaga Sekolah, PIBG SMJKC dan SMC cabar kedaulatan Bahasa Melayu

SMJKC terima bantuan dari kerajaan, patut sokongan hasrat murni semai patriotisme


BANGI, 29 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Bantahan terhadap cadangan bagi mewujudkan satu kelas bahasa Melayu untuk Dual Language Programme (DLP) seakan mencabar Perlembagaan sebagaimana termaktub di dalam Perkara 152.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd Azizee Hasan berkata, Lembaga Sekolah serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) daripada 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina SM (C) di Pulau Pinang sewajarnya menyambut baik cadangan Kementerian Pendidikan (KPM).

Ini kerana, ianya adalah satu usaha memartabatkan bahasa Melayu di dalam pengajaran dan pembelajaran sekali gus memperkukuhkan kedudukan Bahasa Kebangsaan seperti yang terdapat dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67.

"Sepatutnya SMJKC yang menerima bantuan dari kerajaan, perlu menyokong hasrat murni ini bagi menyemai patriotisme melalui penghayatan Bahasa Kebangsaan.

"Meskipun DLP sesuai diajar di dalam medium Bahasa Inggeris namun penguasaan Sains dan Matematik tidak terikat kepada penggunaan Bahasa Inggeris.

"Ini kerana negara-negara maju seperti Jerman, Jepun, China menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing di dalam menguasai Sains dan Matematik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Justeru, IGuru menggesa semua pihak akur dengan cadangan KPM dan beliau berharap tidak ada mana-mana pihak memanipulasikan isu untuk kepentingan politik.

Beliau berkata, IGuru menyokong sepenuhnya cadangan KPM bagi mewujudkan satu kelas DLP Bahasa Melayu di SMJKC demi mengangkat martabat Bahasa Melayu.

Pada masa sama, ia dapat membuka peluang untuk murid-murid mengikuti kelas DLP di SMJKC.

"Tindakan Lembaga dan PIBG SMJKC itu adalah biadap dan tidak menghormati Perlembagaan.

"Sekiranya Lembaga atau PIBG SMKJC tidak berpuas hati mereka wajar menggunakan saluran yang betul dan melalui perbincangan yang harmoni," katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Turkiye pulangkan 55 artifak sejarah kepada Iran

11 artifak dari Zaman Gangsa dan Islam, terbukti milik Iran


ANKARA, 29 Zulkakedah 1445H, Jumaat - Turkiye memulangkan 55 artifak sejarah kepada Iran sebagai sebahagian daripada perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua negara jiran itu tahun lalu untuk memerangi penyeludupan harta budaya.

Ketika majlis di Muzium Arkeologi Erzurum, pegawai Turkiye menyerahkan artifak itu kepada Konsulat Iran di bandar timur Turkiye.

Ketua Pengarah Warisan Budaya dan Muzium Turkiye, Birol Incecikoz berkata, barangan yang dihantar pulang, termasuk 42 syiling, pedang milik dinasti Sasania purba, kendi gangsa dan 11 artifak dari Zaman Gangsa dan zaman Islam, terbukti milik Iran.

Beliau juga menyatakan bahawa Turkiye telah menjalankan kerja komprehensif mengenai penyeludupan artifak, dengan berkata;

"Setiap artifak budaya adalah permata milik negara. Ia mesti dipamerkan di negara asalnya.

"Pemulangan aset budaya akan menjadi visi kami, sebagai sebuah negara mulai sekarang, terutama dalam memerangi penyeludupan artifak sejarah," tambahnya.

Konsul Jeneral Iran di Erzurum Mohammad Ebrahimi mengucapkan terima kasih kepada Turkiye kerana menemui dan memulangkan artifak itu.

Beliau menekankan bahawa Iran adalah sebuah negara purba dengan sejumlah besar monumen yang didaftarkan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). - Agensi

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Israel guna senjata AS bom sekolah Gaza

Serpihan senjata ditemui merujuk kepada syarikat Honeywell

GAZA, 29 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Israel didakwa menggunakan senjata buatan Amerika Syarikat (AS) ketika mengebom sekolah al-Sardi di kem pelarian Nuseirat, sehingga mengorbankan nyawa 40 Palestin, semalam.

Al Jazeera melaporkan, serpihan senjata yang ditemui di Nuseirat mempunyai nombor pengilang dan kategori HG1930BA06, yang merujuk kepada syarikat Honeywell.

Antara yang ditemui ialah unit ukuran inersia daripada peluru berpandu, yang digunakan untuk membantu penyasaran ketepatan dihasilkan Honeywell.

Honeywell ialah sebuah konglomerat AS yang pakar dalam reka bentuk dan penghantaran peranti penderia dan panduan yang digunakan dalam pelbagai senjata tentera.

Bahagian sama ditemui selepas pengeboman Israel ke atas sebuah rumah rakyat Palestin di Shujayea, Gaza pada 2014.

Kedua-dua bahagian itu, dalam pengeboman terbaharu dan 2014, tertera nombor pengilang sama.

Al Jazeera mengesahkan telah cuba menghubungi Honeywell untuk mengulas, namun belum menerima jawapan setakat ini.  - Agensi

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
11 maut Israel serang tengah Gaza

Askar lepaskan tembakan ke arah pembekal elektrik utama kem


GAZA, 29 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Serangan ganas Israel ke atas tengah Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin, enam daripadanya di Maghazi dan lima di Nuseirat, menurut agensi berita Wafa.

Dua orang turut terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Kota Gaza.

Askar melepaskan tembakan ke arah pembekal elektrik utama di kem, menghalang ambulans daripada bergerak bebas dan melepaskan tembakan ke arah wartawan untuk menghalang mereka daripada membuat laporan.

Serangan itu berlaku ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mendakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan amaran terhadap pencerobohan di Rafah.

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) berkata, lebih sejuta orang telah dipindahkan secara paksa dari Rafah.

Ramai daripada mereka pergi ke tengah Gaza, yang kini menanggung beban serangan dan operasi darat Israel.

Selain di Gaza, tentera Israel melakukan satu lagi serbuan maut di Jenin, Tebing Barat, membunuh tiga orang, termasuk seorang budak lelaki berusia 17 tahun.

Askar Israel dilaporkan menyerbu kem pelarian Jenin pada Khamis dan mengepung sebuah rumah sebelum membedilnya. - Agensi

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
UMAT ISLAM DI MALAYSIA SAMBUT AIDILADHA PADA 17 JUN

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun ini, menurut Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman.

Menerusi pengumuman yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini, Mohd Aseral turut mengisytiharkan 1 Zulhijjah 1445 Hijrah adalah pada esok.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1445 Hijrah ialah pada 8 Jun 2024 Masihi.

"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 17 Jun 2024 Masihi," katanya.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Keterangan tak konsisten faktor ibu bapa Zayn Rayyan disambung reman

Keterangan tidak konsisten antara faktor tempoh reman ibu bapa kanak-kanak autisme yang ditemukan meninggal dunia pada Disember tahun lepas, Zayn Rayyan Abdul Matiin, disambung.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain memperincikan siasatan, pihaknya juga akan menggunakan tempoh itu untuk memuktamadkan segala isu berkaitan kes termasuk bukti fizikal dan lokasi kejadian.

"Terdapat perkara yang tidak konsisten yang perlu diselesaikan. Sebab itu kita perlukan enam hari lagi untuk siasatan lanjut dan menyelesaikan sebarang percanggahan sehingga kita berpuas hati dengan hasilnya.

"Tidak konsisten daripada kedua ibu bapanya dan saksi-saksi lain…yang ini, tidak boleh diperincikan sebab dalam siasatan," katanya.
Dua maut, 37 cedera dalam kemalangan bas persiaran dan treler di Jalan Bahau-Keratong, Rompin sekitar 1.30 pagi - Polis
Guru lelaki disahkan maut menjadikan tiga mangsa meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan bas persiaran dan treler di Rompin, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof berkata, mangsa Hamzah Ahmad, 60, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Terdahulu, dua mangsa maut iaitu Hasnatul Adilah Hassan, 48, dan Mohd Adi Hasan, 29.

Bas berkenaan dalam perjalanan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.
Harga runcit diesel RM3.35 mulai esok

Harga diesel di semua stesen runcit Semenanjung ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter mulai esok.

Perkara itu diumumkan Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada sidang media Penyasaran Subsidi Diesel Kompleks Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.
Menteri Perang Israel, Yoav Gallant telah memutuskan untuk tidak menyerahkan jenazah tahanan Palestin kepada keluarganya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Penyelarasan subsidi diesel terpaksa dilaksanakan untuk selamatkan negara, walaupun ia bukan satu tindakan popular - Anwar
2024/06/10 02:46:07
Back to Top
HTML Embed Code: