Telegram Group Search
Kuiz Al Kahfi 47 - Kenapakah orang yang berdosa mencela diri sendiri dan mengatakan “Aduhai, celakanya kami!” pada akhirat nanti?
Anonymous Quiz
42%
A) Tidak mendapat syafaat/pertolongan
12%
B) Di azab oleh malaikat penjaga neraka
40%
C) Kitab amalan yang merekodkan kesemua jenis perkara
6%
D) Panas mentari yang terik tanpa ada teduhan
Kuiz 135 - Allah memberi perumpamaan amalan baik yang dilakukan oleh orang kafir di dalam Al Quran seperti berikut KECUALI
Anonymous Quiz
17%
Tanaman hijau yang menjadi kering dan hancur bersepai
30%
Riak sinaran panas di tanah rata atau fatamorgana
34%
Debu yang berterbangan
18%
Abu yang ditiup angin ribut
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Kuiz 136

Apakah yang diperkatakan oleh orang kafir sehingga langit nyaris-nyaris pecah dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap?
Anonymous Quiz
15%
A. Manusia tidak akan dibangkitkan pada hari Kiamat
29%
B. Ada tuhan-tuhan lain yang bersama Allah dalam penciptaan alam ini.
35%
C. Mengatakan Allah mempunyai anak.
13%
D. Mengatakan Al Quran itu hanya rekaan Rasulullah.
7%
E. Orang kafir tidak akan diseksa di dalam neraka.
Kuiz 137 - “Maka tidak ditangisi ke atas mereka oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi”. Ayat tersebut dikisahkan berkenaan siapa?
Anonymous Quiz
11%
A) Ashabul Aikah
49%
B) Firaun dan pembesar/tenteranya
22%
C) Penentang Nabi Soleh a.s.
18%
D) Yahudi yang merancang pembunuhan Nabi Isa a.s.
Kuiz 138 - Antara perkataan berikut, yang manakah TIDAK disebut di dalam Al Quran?
Anonymous Quiz
42%
A) Kertas
1%
B) Kitab
18%
C) Hairan
14%
D) Karut
16%
E) Marut
1%
F) Sihir
8%
G) Aib
📌 Hadis Palsu & Lemah Popular

🔹 Sabar itu separuh daripada iman

الصبر من الإيمان

Apabila bercakap mengenai sabar, hadis ini seringkali digunakan bagi menunjukkan bertapa pentingnya sabar dalam kehidupan seorang muslim. Sabar sangat mudah diucapkan tetapi sangat susah untuk dipraktikkan.

Sememangnya Al Quran banyak memperkatakan mengenai sabar dan ganjaran serta kelebihannya. Antaranya seperti firman Allah di bawah ini:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ

[Surah Al-Baqarah: 153]

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

Namun benarkah hadis diatas yang sangat popular itu asalnya dari Rasulullah?
 
Status Hadis

▪️Menurut Ibn Rajab al Hanbali, ini adalah kata-kata sahabat dan bukan hadis Nabi SAW.

Di antara yang menyebutnya sebagai hadis Nabi SAW ialah al Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin.

▪️Menurut al Iraqi yang mengkaji hadis-hadis Ihya Ulumuddin, hadis tersebut adalah dhaif.

▪️Begitu juga dengan al Albani yang menyatakannya sebagai sangat dhaif.

▪️Menurut al Baihaqi dan al Zubaidi, kata-kata ini mauquf (kata-kata sahabat).
 
Ulasan Hadis
 
Memandangkan bahawa kata-kata ini adalah kata-kata sahabat dan melihat kepada maksudnya yang tidak menyalahi mana-mana asas dalam Islam, maka  boleh diucapkan dan disebarkan kepada masyarakat.

Apa yang perlu ialah menyatakannya sebagai kata-kata sahabat atau kata-kata hikmah dengan tidak menyatakannya sebagai hadis Nabi SAW. 

Kita juga mesti mengutamakan ayat-ayat Al Quran yang menceritakan perihal kesabaran dan kepentingannya seperti ayat-ayat di dalam surah Luqman yang menceritakan nasihat Luqman kepada anaknya yang antara lainnya mengandungi nasihat supaya bersabar di atas segala ujian yang menimpa diri.

Begitu juga dengan hadis-hadis sahih yang menceritakan soal kesabaran dan pahala orang-orang yang sabar.

Itu mesti didahulukan daripada kata-kata hikmah atau kata-kata sahabat agar masyarakat sentiasa memahami kewajipan mendahulukan Al Quran dan hadis sahih dalam kehidupan.
 

Kesimpulan

Sesuatu hadis yang popular dan selalu diucapkan, tidak semestinya ia adalah benar dan berasal dari Rasulullah. Sentiasalah belajar dan menimba ilmu sebanyak mungkin. Rujukan terbaik dalam kita beribadah adalah Al Quran dan juga hadis-hadis sahih.

https://www.tg-me.com/Kisah kisah dalam Al Quran/com.kisah_kisahdlmAlQuran
Kuiz Al Kahfi 48 - Terdapat perkataan “Rahmat” sebanyak ____ kali di dalam surah ini.
Anonymous Quiz
4%
A) 1
4%
B) 2
15%
C) 3
25%
D) 4
24%
E) 5
28%
F) 6
Kuiz 139

"Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Siapakah yang berkata-kata?
Anonymous Quiz
30%
A. Orang Munafik
17%
B. Orang Arab Quraisy
9%
C. Kaum Nabi Nuh
32%
D. Ahli kitab
12%
E. Kaum Nabi Luth
Kuiz 140

Hanya satu watak sahaja yang dikaitkan dengan keadaan ‘tersenyum’ di dalam Al Quran. Siapakah watak tersebut?
Anonymous Quiz
38%
A) Nabi Muhammad s.a.w.
16%
B) Nabi Sulaiman a.s.
6%
C) Nabi Yaakub a.s.
22%
D) Isteri Nabi Ibrahim, Hajar a.s.
19%
E) Isteri Pembesar Mesir ketika zaman Nabi Yusuf
Sunnah-sunnah 10 awal Zulhijjah

10 awal Zulhijjah merupakan hari-hari yg disukai oleh Allah, banyak amalan sunnah yg boleh dilakukan. Antaranya adalah:

1. Sunnah tidak memotong kuku & bulu bagi mereka yg ingin melaksanakan korban sehingga selesai berkorban.

"Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya, "Barangsiapa memiliki hewan kurban, hendaknya ia berkurban jika hilal sepuluh Dzul Hujjah telah terlihat jelas, janganlah ia mencukur rambut dan memotong kuku terlebih dahulu walau sedikit hingga ia selesai berkurban."  (HR. Muslim: 3656)

2. Memperbanyakkan amal soleh pada 10 awal Zulhijjah

"Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya, " Tiada daripada hari-hari yang mana amal kebaikan padanya lebih disukai di sisi Allah berbanding hari-hari ini (10 awal Zulhijjah), mereka bertanya: Ya Rasulallah, walaupun jihad di jalan Allah? Jawab Baginda: Walaupun jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya maka dia tidak pulang dengan sesuatu pun."
(Riwayat Abu Daud - Sahih)

3. Memperbanyakkan zikir pada 10 awal Zulhijjah

Firman Allah S.W.T

وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللّٰهِ فِيْٓ اَيَّامٍ مَّعْلُوْمٰتٍ

Dan mereka mengingati nama Allah (berzikir kepadaNya) pada hari-hari dimaklumi.
(Surah al-Hajj: 28)


Berkata Ibn Abbas RA: “..Dan mengingati Allah pada hari-hari yang dimaklumi (اَيَّامٍ مَّعْلُوْمٰتٍ) itu pada sepuluh hari (awal Zulhijjah)"
(Riwayat al-Bukhari secara ta’liq)

4. Memperbanyakkan Takbir, Tahlil dan Tahmid pada 10 Awal Zulhijjah

Sabda Rasulullah SAW: “Maka perbanyakkanlah padanya (10 hari-hari awal Zulhijjah) dgn tahlil (لا إله إلا الله), takbir dan tahmid (الحمد لله)."
(Riwayat Ahmad- sahih)


Contoh lafaz takbir,tahlil dan tahmid (Ali RA dan Ibn Masud RA) :

الله أكبر الله أكبر، لا إله إلا الله، والله أكبر الله أكبر، ولله الحمد

"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.
(Riwayat Ibn Abi Shaibah dalam Musannaf beliau- sanad jayyid)

5. Puasa Sunat Hari Arafah

Daripada Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya:

Maksudnya: Puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) aku mengharapkan atas Allah SWT agar ia menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun sesudahnya.
(Riwayat Muslim


6. Kelebihan Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari-Hari Tashriq

Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

Hari Arafah, Hari Nahar (Aidil Adha) dan Hari-Hari Tashriq (11,12 &13 Zulhijjah) adalah perayaan kita umat Islam, dan ia adalah hari-hari untuk makan dan minum.
(Riwayat Al-Tirmizi- Sahih)


• Faedah: Hari Arafah disunatkan berpuasa bagi mereka yang tidak menunaikan haji manakala Hari Raya Aidil Adha dan Hari-Hari Tashriq pula adalah hari yang disuruh untuk kita makan dan minum

7. Ibadah Korban Sebagai Bukti
Ketakwaan Firman Allah SWT :


لَنْ يَّنَالَ اللّٰهَ لُحُوْمُهَا وَلَا دِمَاۤؤُهَا وَلٰكِنْ يَّنَالُهُ التَّقْوٰى مِنْكُمْۗ كَذٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللّٰهَ عَلٰى مَا هَدٰىكُمْۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِيْنَ

Maksudnya: Tidak sekali-kali sampai akan Allah oleh dagingnya (korban) dan tidak pula darah-darahnya tetapi yang sampai kepadaNya (Allah SWT) adalah takwa daripada kamu
semua. Begitulah Dia permudahkannya bagi kamu semua untuk kamu membesarkan Allah atas petunjuk Nya kepada kamu dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang
yang membuat kebaikan.
(Surah Al-Hajj : 37)


8. Aidil Adha perayaan agama
    umat Islam


   Ketikamana Rasulullah SAW sampai di Madinah maka Baginda dapati penduduk Madinah merayakan dua perayaan yang kebiasaannya di sambut oleh mereka pada zaman jahiliyah.

Maka sabda Baginda maksudnya:
Sesungguhnya Allah SWT telah menukarkan keduanya bagi kamu semua dengan perayaan yang lebih mulia iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri.
(Riwayat Abu Daud-Sahih)
9. Doa Ketika Menyembelih Korban

بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَکْبَرِ
Maksudnya: Dengan nama Allah dan Allah Maha Besar
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

   Setelah membaca lafaz di atas, disunatkan juga disertai dengan doa seperti:

Ya Allah terimalah daripada (nama pembuat korban) dan keluarga (nama pembuat korban)

   Daripada Aishah RA kata beliau:

Maka Rasulullah merebahkan (kibas korban) tersebut dan membaca: "Bismillah, Ya Allah Engkau terimalah daripada Muhammad, keluarga Muhammad dan ummat Muhammad lantas Baginda menyembelih kibas tersebut. (Riwayat Muslim)

10. Sunnah untuk makan, hadiah dan sedekah daging korban

فَكُلُوْا مِنْهَا وَاَطْعِمُوا الْبَاۤىِٕسَ الْفَقِيْرَۙ

Maksudnya: Maka makanlah kamu semua daripadanya (haiwan korban) dan berilah makan ia kepada orang yang susah lagi fakir.
(Surah al-Hajj: 28)


   Semoga kita dapat memanfaatkan 10 awal Zulhijjah tahun ini agar ia tidak berlalu pergi begitu sahaja.

Bacaan tambahan

https://www.tg-me.com/Kisah kisah dalam Al Quran/com.kisah_kisahdlmAlQuran
Kuiz 140a

Antara serangga berikut, yang manakah tidak disebut secara spesifik di dalam Al Quran?
Anonymous Quiz
13%
A. Lalat
53%
B. Kutu
10%
C. Belalang
24%
D. Anai-anai
Kuiz 140b

Antara serangga berikut, yang manakah tidak disebut secara spesifik di dalam Al Quran?
Anonymous Quiz
27%
A. Nyamuk
62%
B. Ulat
5%
C. Lebah
5%
D. Labah-labah
📌 Ujian

1. Antara sunnah hari Jumaat, baca Surah Al Kahfi.

2. Jangan hanya baca sahaja, tetapi tadabbur supaya boleh beramal ( dan sebarkan ).

3. Pagi ini parents Zayn Rayyan dibawa ke mahkamah utk disambung reman. Baca komen² netizen, ramai yang tulis " besarnya ujian mereka".

4. Tadabbur ayat ke 7, Surah Al Kahfi. Kita diciptakan, untuk diuji. Ramai yang hanya nampak kesusahan itulah ujian. Ditahan reman, sakit, takde duit, rumah kena banjir, etc --- ini ramai sedar ini ujian.

5. Tetapi tak ramai yang sedar kesenangan itu pun ujian. " Perhiasan " yg Allah nyatakan dalam ayat ke 7 itu ialah segala apa yg buat kita suka, senang, lapang. Contohnya anak yg baik, pandai, harta melimpah ruah, rupa yang cantik kacak, kerja yang bagus. Ini semua ujian juga. Allah nak uji bagaimana kita MENSYUKURI nikmat² ini.

6. Apa makna Syukur? Syukur bukan hanya setakat ucap Alhamdullilah di bibir. Saya ambil contoh yang kerap Ustaz Abd Muein bagi - "Artis wanita bila diwawancara ucap Alhamdullilah sebab sambutan album baharunya hebat. Padahal dia ucap Alhamdullilah sambil langgar perintah Allah setiap hari, keluar rumah tak tutup aurat ".
-- Ini bukan syukur.

7. Syukur ialah TAAT pada semua perintah Si Pemberi Nikmat. Allah suruh buat, buat tanpa banyak soal. Allah suruh tinggalkan, tinggalkan tanpa banyak soal. Taat sedaya upaya. Ini baru syukur. Sebab itulah DIAM pun boleh berpahala dan dianggap syukur, walaupun mulut tak berzikir Alhamdullilah.
Contohnya bila orang maki kita, kita diam, sabar.

8. Maghrib hari ini, Insya Allah masuk 1 Zulhijjah. Marilah pulun beramal ibadat dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini. Ramai yg alpa.

Penulisan Asal
🔸TARIKH-TARIKH PENTING ZULHIJJAH🔸

1 Zulhijjah = 8 Jun 2024 (Lepas Maghrib 7hb Jun) - Disunatkan tidak memotong kuku, rambut dll bagi peserta Qurban sehingga korbannya dilaksanakan.
2 Zulhijjah = 9 Jun 2024
3 Zulhijjah = 10 Jun 2024
4 Zulhijjah = 11 Jun 2024
5 Zulhijjah = 12 Jun 2024
6 Zulhijjah = 13 Jun 2024
7 Zulhijjah = 14 Jun 2024
8 Zulhijjah = 15 Jun 2024
9 Zulhijjah = 16 Jun 2024

🚫 TARIKH HARAM BERPUASA :
Hari Raya Haji dan Hari Tasyrik

10 Zulhijjah = 17 Jun 2024
11 Zulhijjah = 18 Jun 2024
12 Zulhijjah = 19 Jun 2024
13 Zulhijjah = 20 Jun 2024

💯 TARIKH SUNAT BERPUASA :
8 Jun hingga 16 Jun 2024,
Sunat untuk berpuasa dan perbanyakkan amal soleh kerana pahalanya akan dilipat gandakan.

Puasa Tarwiyah 8 Zulhijjah = 15 Jun 2024

Puasa Arafah 9 Zulhijjah = 16 Jun 2024
2024/06/07 22:28:16
Back to Top
HTML Embed Code: