Forwarded from Qalbun Qalbi (Maya Al Faqirah)
Jangan lupa malam Nisfu Syaaban pada mlm ke 15(24/02/2024) selepas maghrib, malam yang sgt mustajab doa..

Sempena malam Nisfu Syaaban, doa minta pada Allah

1. Minta diampunkan segala dosa sejak akil baligh hingga kini.
2. Minta Allah terima amalan kita daripada akil baligh hingga kini.
3. Minta Allah pelihara kita daripada sekarang hingga ke akhir kematian kita.
4. Minta dimatikan dalam husnul khotimah.
5. Minta dicabut nyawa dengan mudah.
6. Minta roh tak meronta ketika nyawa dicabut.
7. Minta Izrail berlembut dengan kita.
8. Minta jangan jenazah kita meronta ketika diusung.
9. Minta tak gementar ketika jenazah masuk kubur.
10. Minta lidah tak kelu bila disoal dalam kubur.
11. Minta tidak disoal dalam kubur.
12. Minta tidak dihimpit kubur.
13. Minta diampun dosa suami kita, isteri kita, anak-anak kita, mak ayah, nenek moyang, adik beradik.
14. Minta dibangkit di Mahsyar dengan selamat, tidak bermuka keldai, bermuka babi.
15. Minta peluh tidak banyak ketika matahari sejengkal atas kepala.
16. Minta makanan, minuman dan pakaian di Mahsyar.
17. Minta dalam hingar bingar di Mahsyar, kita dapat berkumpul dengan ahli keluarga.
18. Minta dimudahkan hisab.
19. Minta mizan kebaikan yang berat.
20. Minta dipercepatkan jalan di titian sirat.
21. Minta dapat minum di 'huut' Nabi ๏ทบ.
22. Minta Allah ampunkan dosa kita pada sahabat-sahabat yang kita tak berani nak minta maaf dan minta Allah lembutkan hati dia untuk maafkan kita.
23. Minta pada Allah agar kita dapat kembalikan hak-hak orang.
24. Minta Allah masukkan kita, suami kita, anak-anak, keluarga dan kawan-kawan kita ke syurga Allah dengan rahmatNya.

โค๏ธ #jomselawat
Forwarded from Qalbun Qalbi (Maya Al Faqirah)
ุฅู„ู‡ูŠ ุฃู†ุช ู…ู‚ุตูˆุฏู‰ ูˆุฑุถุงูƒ ู…ุทู„ูˆุจูŠ

KENAPA HARUS BERSULUK ?

Benih yang tidak pernah dipendam, maka tidak akan pernah Tumbuh dengan Sempurna !

Maka SULUK adalah tempat untuk memendam diri sendiri, agar dia Tumbuh menjadi INSAN yang Sempurna dimata Sang Penguasa Alam Semesta Raya...

SULUK adalah metode ataupun tempat untuk menghapuskan segala Nafsu Kehaiwanan seseorang Hamba,

Dan lalu mengisinya dengan Nafsu ke Rabbaniah untuk menuju jalan Kembali kepada TUHAN Semesta Alam.

Dengan BERSULUK, Nafsu akan "TERASING" daripada Keduniawian, dan dia akan terbelenggu daripada kelalaian kepada TUHAN.

Maka dia akan menjadi jinak untuk dibawa menghadap TUHAN Semesta Alam.

Dengan BERSULUK, maka Hati akan dilatih untuk menjalankan ke Istiqomahan didalam Mengingati dan Menghadirkan Rasa kehadiran Allah SWT pada Qalbunya.

Dengan BERSULUK, maka Qalbu akan dilatih untuk selalu hadir Tawajjuh dan Wukuf kepada Allah SWT.

Dengan BERSULUK, maka Nafsu akan tercuci daripada segala sifat-sifat kebuasan dan keserakahan Keduniawian.

Dengan BERSULUK, maka Qalbu akan dilatih untuk selalu berada didalam Alam ILAHIAH yang berbeza dengan keduniaan.

Sejatinya SULUK adalah ajaran Para Nabi dan Rasul...

Nabi Nuh as, SULUKNYA ketika diperintahkan untuk membuat Kapal di atas Bukit.

Nabi Yunus as, SULUKNYA ketika didalam Perut Ikan selama 40 hari.

Nabi Ibrahim as, SULUKNYA ketika didalam Apinya Namrud selama 40 hari.

Nabi Musa as, SULUKNYA ketika di Bukit Tursina dan Pengsan selama 40 hari memandang Tajalinya NUR ALLAH.

Nabi Yusuf as, SULUKNYA ketika Diasingkan didalam Penjara.

Nabi Muhammad SAW, SULUKNYA di didalam Gua Hira'.

Maka tidak layak bagi seseorang Muslim untuk menghina orang-orang yang BERSULUK kepada Allah SWT.

Apabila kita belum mampu untuk melakukannya, maka janganlah mencaci dan menghinanya,

Kerana orang-orang yang BERSULUK itu mungkin sudah menemukan Kenikmatan Bermusyahadah bersama TUHAN-NYA...

Syeh Haqqatullah
JALANAN ILMU

Orang yang bahagia ialah orang yang mendapat redha Allah Taโ€™ala dan orang yang mendapat redha Allah ialah orang yang beriman dan beramal soleh. Maka jika ingin menjadi orang yang beriman dan beramal soleh perlulah kembali kepada ilmu yakni ilmu fardhu Ain tauhid, feqah, tasawwuf.

Malah jika Allah Taโ€™ala redha dengan amal sedikit yang dilakukan maka ia akan memperolehi pahala yang tidak pernah dicitakan/diimpikan tetapi jika Allah Taโ€™ala tidak redha walaupun banyak amal sekalipun tetap tiada nilai disisi Allah Taโ€™ala.

Lihatlah dengan mata hati semua yang ada pada kita adalah nikmat kurniaan daripada Allah Taโ€™ala malah kita dapat beramal dan belajar semua ini pun asbab taufiq hidayah daripada Allah Taโ€™ala.

Oleh itu, kita perlu menjaga amal supaya tidak jatuh kepada ujub yang dicela oleh Allah Taโ€™ala kerana nikmat yang Allah ta'ala berikan kepada kita ini, Allah boleh tarik bila-bila masa sahaja terutama nikmat ilmu.

Dapat belajar dan faham serta beramal dengan ilmu itulah suatu nikmat yang sangat besar daripada Allah Taโ€™ala walhal hakiki kita ialah ู„ูŽุง ุญูŽูˆู’ู„ูŽ ูˆูŽู„ูŽุง ู‚ููˆู‘ูŽุฉูŽ ุงูู„ู‘ูŽุง ุจูุงู„ู„ู‡ู ุงู„ู’ุนูŽู„ููŠู‘ู ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู’ู…ู. Maka disunatkan perbanyakkan menyebut la haula wala quwwata illa billahil aliyil adzimil untuk kita melihat segala yang ada pada kita ini semuanya kurniaan daripada Allah Taโ€™ala.

Membilang besar amal yang ada pada diri itu bukan jalan yang sebenar malah tidak takut sama ada Tuhan redha ataupun tidak maka itulah yang dipanggil ujub.
Tetapi jika membilang besar pada amal tetapi tidak lupa semuanya itu kurniaan daripada Allah Taโ€™ala serta takut nikmat itu boleh ditarik bila-bila masa dan takut Allah Taโ€™ala tidak redha padanya maka itulah yang dipanggil dzikrul minnah yakni satu sifat kepujian yang perlu ada dalam diri penuntut ilmu khususnya.

Kita menyangka belajar ini mudah tetapi bagi yang Tuhan sempitkan jalan baginya maka ia akan menjadi payah. Permulaan bagi orang baru yang hendak belajar adalah sangat sukar untuk faham maka disitulah perlunya sabar, inshaa Allah lama-kelamaan Allah Taโ€™ala akan buka kefahaman itu kerana โ€˜boleh fahamโ€™ dan โ€˜tidak fahamโ€™ semuanya itu kurniaan daripada Allah Taโ€™ala.

Maka nikmat belajar ini adalah bahagian masing-masing dan boleh beramal pula itu pun bahagian masing-masing yang telah Allah Taโ€™ala tetapkan dan ianya bahagian nikmat pemberian kurniaan daripada Allah Taโ€™ala, hakikinya kita tidak ada apapun.

Pesanan untuk penuntut ilmu:
1. Belajar molek kerana kita nak redha Allah Taโ€™ala.
2.Jika nak beramal semuanya berbalik kepada ilmu (mengikut panduan syarak) bukan mengikut perasaan ataupun mengikut rasa sedap ataupun bukan mengikut budaya.
3. Kita beramal untuk mendapatkan redha Allah Taโ€™ala maka kita perlu mengikut hukum yang telah ditetapkan kpd kita.
4. Ilmu yang sedikit tetapi disusuli dengan adab akan menjadi sangat bermanfaat berbanding ilmu yang banyak tapi kurang adab umpama ladang yang luas tapi kering kontang (tiada manfaat).

Setiap dari kita berjuang untuk mendapatkan ilmu. Ada yang mudah sangat diberi kefahaman walaupun hanya beberapa tahun menimba ilmu tetapi ada juga yang masih terkapaiยฒ walaupun dah berpuluh tahun menimba ilmu. Apa jua ujian jangan sesekali berundur kerana โ€œOrang yang tidak duduk di dalam majlis ilmu selama 40 hari dikhuatiri matilah hatinya.โ€

Biarlah lambat asalkan hasilnya bermanfaat!

Wallahulaโ€™alam Taโ€™ala

โœ๏ธNukilan Faqirah
ูฅ Ramadhan ูกูคูคูฅ

Posting asal
https://www.facebook.com/share/M78PrDwv7hx7EJ2i/?mibextid=oFDknk
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
๐—”๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐˜‚๐˜€๐˜†๐˜‚' ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐˜

โ†ช๏ธ. Hadirkan hati bersama badan.
โ†ช๏ธMemahami apa yang dibaca.
โ†ช๏ธ. Membesarkan *ษ‘ษบษบูฑ*
โ†ช๏ธ. Kagum gementar akan kebesaran *ษ‘ษบษบูฑ* .
โ†ช๏ธ. Harap akan ampunan, Rahmat *ษ‘ษบษบูฑ* .
โ†ช๏ธ. Rasa malu dan hina dihadapanNYA."
[ Imam Al-Ghazali ]


โ”‰โ”…โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ€ขโ”‰โ”…โ”โ”
โ˜๏ธ **ุฃุดู‡ุฏ ุฃู† ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุงุงู„ู„ู‡**
**ูˆุฃุดู‡ุฏ ุฃู† ู…ุญู…ุฏุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡**
๐—ช๐—” ๐—”๐—ก๐—ก๐—” ๐—”๐—•๐——๐—จ๐—ก ๐—๐—”๐—›๐—œ๐—Ÿ๐—จ๐—ก ๐—ช๐—” ๐—”๐—ก๐—ง๐—” ๐—”๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—จ๐—ก
= aku hanya hamba yg jahil...Allah lh Yg Maha Mengetahui.
Org ini dinamakan arif.... Allah Taala x dinamakan arif tp alim. Cuba cari dlm Asmaul Husna ada ke nama Allah arif.

Apa hikmahnya = arif kena usaha..alim itu qodim lg azali.
โค๏ธ HATIโค๏ธโค๏ธโค๏ธ

Wahai hati, berhati- hati
Jalan mu penuh onak dan duri

Hati, berhati- hati
Tidak jaga hati, diri mati
Raba di kedalaman hati
Dalam kelambu kecil penuh sepi
Jangan sampai hati tidak berhati

Hati2 dengan hati
Hati mati kerana
nafsu
Hati mati kerana akli
Yang tidak mampu dikawal lagi
Walaupn zikirnya puluhan ribu dalam sehari.

Kalam Tuan Guru Hj Abd Rahman Jaafar
Jiwa Pendakwah dengan maksiat

Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya'rawi (1911-1998 M) iaitu Tokoh Tasfir Mesir ada menceritakan;

Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim, aku bertanya kepada dia:

"Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?"

Pemuda:
"Sudah tentu halal dan dibolehkan membunuh mereka."

Syeikh Sya'rawi:
"Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada ALLAH, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau ke mana mereka akan pergi?"

Pemuda:
"Sudah tentu masuk neraka."

Syeikh:
"Ke mana syaitan ingin membawa mereka?"

Pemuda:
"Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan."

Syeikh:
"Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka."

Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadits Rasulullah SAW ketika mana lalu jenazah Yahudi di hadapan Baginda SAW.
Baginda SAW bangun dan menangis, sahabat bertanya:

"Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah SAW?"

Baginda SAW berkata:
"Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!"

Syeikh:
"Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah SAW yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan Baginda SAW di lembah yang lain!"

Semoga ALLAH merahmati Syeikh Sya'rawi.
Mengenali tubuh badan Rasulullah ๏ทบ itulah syariat, mengenali qalbu Rasulullah ๏ทบ itulah thoreqoh, mengenali roh baginda ๏ทบ itulah hakikat.
Tanpa 3 tingkatan itu ketahuilah kamu belum bergabung (bertemu) dengan Rasulullah ๏ทบ (fana' dalam diri Rasulullah ๏ทบ). Masih ada lagi jarak antara kamu dengan Baginda ๏ทบ.

#Selawat Fatih Selawat PEMBUKA Medan HAKIKAT ALMUHAMADIYYAH
#Beruntung sangat bagi YG melazimi dan mencintainya..
#Kurniaan ilahi YG terbesar utk UMMAT akhir zaman
Bismillah Alhamdulillah

Bagaimana mahu membaiki kerosakan zaman yang berlaku?

Mulakan dengan menyebarkan selawat, tak kira apa bentuk selawat. Tujuannya agar Nur Muhammad yang berada dalam diri insan akan aktif.

Insya Allah Nur tersebut akan membawa insan kepada cahaya Tauhid dan kemurnian jiwa yang membawa perubahan akhlak serta kemurnian kehidupan.

Namun sebaiknya perlu ada bimbingan agar benih yang ditanam tumbuh dengan baik.

Syukur kini sebaran selawat telah berkembang pesat seluruh Negara malah Nusantara. Ia dibawa oleh Jamaah para Habaib dan para Syeikh Sufi pelbagai aliran serta para pencinta Rasulullah ๏ทบ.

Apabila Nur Muhammad telah terbangun pada umat, insya Allah akan berlaku satu kebangkitan yang membawa kesejahteraan pada Umat, Negara dan Bangsa.

Yang Batil akan lenyap dan yang Haq akan muncul.

Wallahualam.


@UzlahHati
2024/05/02 20:23:42
Back to Top
HTML Embed Code: