Telegram Group Search
Aku tidak kuat dalam mentafsir sifat aku. Tampak sahaja utuh, malah aku hanya si naif yang selalu kalah pada diri sendiri. Aku mahu yang terbaik untuk kamu, tetapi pasti tidak buat aku. Jika aku memilih baik buat kita, percayalah tiada yang baik selain perpisahan.


Suatu masa kamu akan mengerti untuk menelusuri bait2 kata ini.

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Jangan ditanya, jawapannya pasti hanya derita. Sebesar apa derita aku masih tidak layak ditandingi dengan bahagia buat kamu. Bukan soal aku ingin menetapkan bahagia buat kamu, ini soal jika tetap bersama aku pasti tiada kesudahan yang berakhir dengan kebahagiaan. Peganglah kata aku, kita ini tetap sahabat sampai bila2.

Akan aku simpan kisah kita

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Wahai hati, memiliki cinta itu tidak salah. Tetapi salah jika ia jatuh pada hati yang diharamkan halal buat kamu. Wahai hati, berpada padalah dalam melindungi sebuah cinta, jangan sampai terinjak sengsara. Wahai hati, balut dulu luka yang pernah tergores, bernanah jangan hanya sekadar menampal namun penuh lubang derita. Wahai hati, berhentilah dahulu kerna kamu juga perlukan kesembuhan. Wahai hati, sedalam apa cintamu pada makhluk sedarlah diri kamu lebih layak dicintai kamu terlebih dahulu. Wahai hati, sampai ketemu pedamping setia yang merawat perasaan dan jiwamu dengan tenang. Yang penting kamu bahagia dan nyaman :)

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Coretan Buat Hartiff.

Ada khilaf yang tidak terlihat, namun memberi kesan seolah tersiat.
Ada kesilapan yang terlindung, namun masih utuh terlekat tersadung.
Ada cerita di sebalik setiap sesuatu yang pasti tidak semua tahu.
Ada harapan yang kian pudar yang pasti ia masih ada.
Ada sinar dalam kegelapan yang pasti bukan semua tentang masa hadapan.

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Tiba waktu jika bukan aku pasti kalian yang akan pergi tinggalkan persahabatan ini. Tiada kata yang mampu aku zahirkan cukuplah kalian sudah mengenali aku sebanyak yang kalian tahu. Hari yang kita lalui kian suntuk, jam seolah olah mengejar tanpa lelah. Biarlah takdir itu mengorak setiap langkah. Tetapi sudikah kalian ingat segala tentang kita bila persahabatan ini tidak lagi seperti harini? Masih ingatkah kalian kita pernah lalui segala pahit, sedih, bodoh dan gembira bersama? Pasti tidak terkejar segala kenangan untuk sentiasa diputar disaat kalian ralit dengan kejayaan. Biarlah aku memahami. Tetapi cuma ini pesanku, aku tidak bising jika tidak sayang. Semoga kalian terus dalam kejayaan dan kebahagiaan. Jangan lupa hari ini, jangan rindu hari semalam, jangan diabaikan hari esok ;)

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Salam ramadan 2023
Membina hubungan lebih mudah berbanding untuk melepaskan. Namun demi membina sebuah hubungan perlukan segala pengorbanan bahkan kepercayaan. Tidak lupa juga melepaskan perlukan tekanan jiwa yang sangat kuat. Kerna menjaga sebuah hubungan sangatlah memerlukan tekad yang berpanjangan, setia yang tiada penghujung, kepercyaan yang diletak dan kemaafan yang berpanjangan.

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Ini bukan tentang kita semata. Tetapi ini tentang setiap hal yang kita kena lalui dalam bumi sementara ini. Aku sehina hina manusia juga masih tahu untuk tetapkan hati agar akhir hidup ini aku masih tetap mampu untuk bertaubat. Untuk ketemu Allah dalam sebaik baik keadaan. Jika yang sekarang hanya sehina hina makhluk. Aku tak tahu bagaimana untuk kuatkan diri dalam ibadah seperti kuatnya aku dalam maksiat dan dosa. Aku sehina manusia yang masih berharap untuk bertaubat๐Ÿค       

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Sejauh perasaan tidak akan menghapus betapa dekatnya sebuah kerinduan.
Sedalam luka tidak akan dapat memadam hakikat kerinduan.
Seberat kenangan lalu hanya akan membawa kepada detik kerinduan.

~Semuanya hanya tentang kerinduan~

Hartiff
@PuisiKataDariKamu
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Hari ini pada tanggal 14 Januari kau dilahirkan di bumi yang berpaksikan dimensi bukan fantasi.

Saat kelahiran kau dari kantung rahim bonda, tangisan kegembiraan kau hadiahkan buat mereka. Aku harap kegembiraan itu kau kekalkan untuk mereka, jadilah anak yang solehah. Bekal buat mereka di alam akhir.

Tetaplah tersenyum disaat kau diuji dengan dugaan dan cubaan. Nyatanya kita hidup di dunia bukan syurga; realitinya kejam. Tidak pernah pejam.

Hartiff, Moga akhlak perimu  bertambah baik seiring berjalannya waktu dan bertambah umurmu. Jadilah wanita terpuji, tinggi maruah dan harga diri.

Doa aku moga kau menjadi pelakon berjaya di pentas dunia. Dikurniakan jodoh bila sampai masanya. Dipermudahkan urusan dan segala.

Dan maaf dariku, dikelewatan menyiapkan puisi kerana ada misi dan visi yang perlu aku realisasi.

Selamat hari lahir Hartiff!

AlifBaTa
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
lantunan selawat dalam hati seiring derasnya butiran jernih
mengalir dari pipi
Rindu ini tak berpenghujung
Rasanya berat tak tertanggung
Salam rindu kekasih Rabbi yang satu,

ุงูŽู„ู„ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ุณูŽูŠูู‘ุฏูู†ูŽุง ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

2024 Mar tanggal Dua
Alifbata
@PuisiKataDariKamu
2024/04/27 05:44:47
Back to Top
HTML Embed Code: