Telegram Group Search
Kanak-kanak Gaza bernama Muhammad Samour adalah antara mangsa yang cedera parah bersama-sama keluarganya ketika mereka sedang memeriksa rumah di Khan Yunis.

Kejadian ini berlaku sejurus pasukan tentera rejim Zionis berundur dari Khan Yunis. Tiada siapa yang dapat jangka, tentera rejim Zionis akan meletakkan bahan-bahan letupan ini di setiap rumah penduduk Gaza yang mereka telah sasar.

Sumber: Eye On Palestine
Selain aktif di Telegram, kami juga aktif menyampaikan info Palestin di Instagram!

Jom ramai-ramai FOLLOW Instagram rasmi Cinta Gaza Malaysia! In shaa Allah, lebih banyak maklumat dan info semasa akan dikongsi di sana.

FOLLOW KAMI - https://www.instagram.com/TerkinidanSensasiPalestin/com.cintagazamalaysia/

#InstagramCGM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Video | Detik-detik terakhir seorang kanak-kanak perempuan sebelum syahid terbunuh akibat serangan pengeboman rejim ke atas rumah keluarga Abu Shaar di Rafah.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
🛑 TERKINI | Universiti North Carolina: 36 penunjuk perasaan dilaporkan telah ditangkap selepas duduk berdemonstrasi di kampus demi menuntut penamatan perang di Gaza.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
🛑 TERKINI | Sumber akhbar: Sejumlah syahid dan kecederaan dilaporkan susulan serangan pesawat tempur rejim menyasarkan sebuah rumah di Jalan al-Jalaa di tengah-tengah bandar Gaza.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
🛑 TERKINI | Serangan bom dilancarkan pesawat tempur rejim Israel menyasarkan wilayah tengah Semenanjung Gaza sebentar tadi.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mahasiswa Institut Teknologi Florida keluar dalam demonstrasi beramai-ramai membawa suara menyokong Gaza dan Palestin, bergerak menuju ke Universiti Columbia.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Sumber akhbar: Proses mencari dan menyelamat jenazah para syuhada dan mangsa yang cedera masih diteruskan susulan serangan rejim pendudukan yang menyasarkan sebuah rumah di Jalan Al-Jalaa di tengah-tengah bandar Gaza.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selepas universiti ditutup kepada pelajar yang berdemo.

Aktivis dan keluarga pelajar menghantar makanan dan air kepada peserta yang berdemo tunjuk perasaan di dalam Universiti Columbia, di mana mereka meneruskan aktiviti mereka untuk menyokong Palestin dan menolak perang yang berterusan ke atas Gaza.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Hasil kajian mengejutkan oleh The Times yang berpangkalan di UK mendedahkan, sebuah perniagaan yang menguntungkan di sebalik kesusahan pemindahan penduduk Gaza di tengah-tengah perang yang berterusan.

Syarikat milik Ibrahim al-Arjani, Hala, dilaporkan memperoleh $88 juta pada bulan Mac sahaja, di mana telah mengenakan bayaran sekitar $5,000 seorang untuk memindahkan 20,000 penduduk Gaza.

Al-Arjani, seorang tokoh yang mempunyai hubungan rapat di Sinai Utara dan mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan Mesir, telah menjadikan situasi di Rafah sebagai peluang yang menguntungkan di tengah-tengah bencana kemanusiaan buatan manusia yang berterusan.

Sumber: Eye On Palestine

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Keadaan kem-kem pelarian rakyat Palestin yang telah kehilangan tempat berlindung, di Rafah, selatan Gaza.

Sumber: Eye On Palestine

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Pasukan tentera Israel telah menahan beberapa orang pemuda selepas menyerang mereka semasa operasi serbuan yang dilakukan di bandar Qalqilya yang berterusan.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
🛑 TERKINI | Sumber Yaman: Serangan pencerobohan Amerika-British telah menyasarkan kawasan Salif di bandar Hodeidah, barat Yaman.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengeluarkan amaran keras terhadap operasi ketenteraan di bandar Rafah di selatan Gaza, menggesa 'mereka yang mempunyai pengaruh ke atas Israel' untuk mencegah kematian dan perpindahan orang awam.

Sumber: Anadolu Agency
Kredit: Dunia Palestin

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wartawan Israel, Amir Bohbot secara tidak sengaja memuat naik sebuah video satu lagi jenayah perang yang dilakukan oleh tentera rejim Israel di Gaza, iaitu pangkalan tentera untuk Divisyen ke-162 di dalam sebuah sekolah yang diduduki.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
2024/05/01 02:43:09
Back to Top
HTML Embed Code: