Telegram Group Search
Live stream finished (52 minutes)
๐Ÿ’ BENGKEL KERJA PEMANTAPAN KBAT DALAM PdPc BIOLOGI DALAM PAK21 DI BAWAH INISIATIF #20: TEKNIK PENANDAAN KERTAS 2 BIOLOGI SPM JPN PERLIS

Terima kasih JPN Perlis atas jemputan pada kali ini.

Terima kasih guru-guru biologi Perlis yang hebat-hebat belaka. Sesi pembentangan yang sangat menarik dan kritis, memang beruntung murid-murid negeri Perlis.

Sumber: https://bit.ly/3q3JrJM

[Cikgu Izzat]

@TipsBiologiSPM
Terima kasih SMKDHAB atas jemputan pada hari ini.

Semoga beroleh manfaat yang banyak. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

[Cikgu Izzat]
@TipsBiologiSPM
#Kesihatan
#Semasa

BERITA: IBU MAUT SELEPAS MENEGUK 4 BOTOL AIR DALAM MASA 20 MINIT

INDIANA: Tiada siapa sangka, minum air sebanyak 1.8 liter dalam masa 20 minit menjadi penyebab seorang ibu kepada dua anak di sini, maut.

Memetik laporan portal berita dailymail.co.uk, Ashley Summers, 35, meninggal dunia kerana mengalami ketoksikan air dalam badannya.

Pada mula, wanita itu berasa pening dan sakit kepala kerana dehidrasi, namun tiada sukatan air tepat yang boleh melempiaskan dahaganya.

Untuk itu, dia mula minum empat botol air untuk menghilangkan rasa hausnya.

Setibanya di rumah, dia tiba-tiba rebah di garaj kerana otaknya mengalami bengkak yang teruk. Selepas itu, dia tidak pernah sedarkan diri.

Alami hyponatremia

Di hospital, doktor yang mendiagnosis keadaannya merumuskan dia mengalami ketoksikan air atau istilah lain dipanggil hyponatremia.

Keadaan itu berlaku kerana seseorang itu minum terlalu banyak air selain tidak cukup sodium dalam badan.

Menurut abang kepada Summers, Devon Miller yang mendengar keadaan adiknya seakan tidak percaya.

"Ia adalah satu kejutan besar kepada kami semua. Biar betul disebabkan ini?.

"Dia hanya berasa seperti dia tidak mendapat air yang mencukupi. Apabila dia meninggalkan bar selepas bot berlayar, dia minum empat botor air dalam masa 20 minit," katanya.

Keluarga Summers bercuti ke Tasik Freeman iaitu sebuah destinasi musim panas popular yang terletak kira-kira 128.7 kilometer (km) dekat utara Indianapolis, dalam lawatan bot percutian hujung minggu selama empat hari bermula 1 Julai lalu.

Menurut Miller, adiknya memang 'suka berada di atas air'.

Pada pagi Selasa, keluarganya memberitahu Summers mengalami dehidrasi dan tidak minum air mencukupi untuk menghilangkan dahaga.

Pada petang hari sama, Miller mendapat panggilan yang membimbangkan mengenai keadaan adiknya daripada adik-beradik yang lain.

Summers dikatakan rebah di garajnya dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Kesihatan Arnett untuk menerima rawatan lanjut.

Otak jadi bengkak

Dia menceritakan, kakaknya, Holly ada menelefonnya dan memberitahu keadaan Summers sangat teruk sambil menambah "Ashley berada di hospital kerana otaknya bengkak dan mereka tidak tahu apa puncanya. Mereka tidak tahu apa boleh dilakukan untuk merawatnya dan ia tidak kelihatan baik".

Summers masih tidak sedarkan diri dan doktor mendiagnosisnya mengalami keracunan air atau hiponatremia.

Keadaan ini berlaku apabila seseorang meneguk jumlah air yang berlebihan dalam saluran sempit, yang mengatasi keupayaan sistem organ kompleks badan terutama buah pinggang bagi mengawal keseimbangan cecair.

Matlamat utama untuk mencapai keseimbangan antara air dan elektrolit seperti natrium, kalium dan klorida yang memastikan fungsi sel yang betul.

Natrium amat penting untuk keupayaan mengekalkan komunikasi antara sel melalui impuls elektrik.

Dalam masa sama, natrium juga membantu penyerapan nutrien dalam sistem pencernaan dan buah pinggang, yang menyesuaikan jumlah air serta elektrolit kemudian diserap semula ke dalam aliran darah atau dikumuhkan melalui air kencing.- Agensi

Sumber: https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/08/1136134/ibu-maut-selepas-meneguk-4-botol-air-dalam-masa-20-minit
@TipsBiologiSPM
#Kesihatan
#Semasa

BERITA: MINUM 6 CAWAN AIR DALAM MASA SEJAM BOLEH BAWA MAUT - PAKAR

SEKUMPULAN pakar dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memberi amaran individu yang mengambil air dengan kadar pantas sehingga empat liter, boleh membawa maut.

Pakar menasihatkan supaya seseorang itu minum air tidak melebihi 1.4 liter dalam tempoh satu jam atau bersamaan kira-kira enam cawan.

Menurut mereka, jika tidak, keadaan itu boleh mencetuskan hiponatremia, iaitu suatu kecemasan perubatan yang boleh melumpuhkan sistem badan.

Hiponatremia berlaku apabila paras natrium dalam darah turun ke paras rendah yang luar biasa.

CDC memberi amaran keadaan sama juga berisiko berlaku apabila seseorang itu mengambil minuman tenaga dan cecair lain dalam kuantiti yang sama.

Sebelum ini, seorang ibu dua anak, Ashley Summers, 35, dari Indiana, meninggal dunia selepas mengambil dua liter air dalam masa 20 minit sahaja.

Wanita berusia 35 tahun itu, yang mengalami dehidrasi dan ingin menghilangkan dahaga, bagaimanapun rebah dan tidak sedarkan diri selepas kejadian itu.

Sel badan bengkak jika elektrolit tidak seimbang

Natrium adalah penting untuk mengawal jumlah air dalam badan dan mengawal tekanan darah, saraf dan otot.

Apabila kepekatan elektrolit tidak seimbang, air tambahan menyebabkan sel badan membengkak.

Menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, keadaan itu paling bahaya jika berlaku di otak berikutan organ tidak dapat membengkak disebabkan adanya tengkorak.

Kesannya, ia boleh menyebabkan sawan atau koma, sekali gus membawa maut.

Namun, pada kebiasaannya, gejala dihadapi individu mengambil air berlebihan dalam tempoh singkat ini adalah kurang teruk termasuk muntah, sakit kepala, kekeliruan, keletihan, tekanan darah rendah, kelemahan otot dan sawan.

Kesan pada buah pinggang dan jantung

Hyponatremia berlaku apabila paras natrium dalam darah, yang biasanya antara 135 dan 145 mEq/L, menurun hingga kurang 135 mEq/L.

Walaupun kemungkinan kesan itu adalah daripada mengambil terlalu banyak air, ia juga boleh disebabkan oleh kegagalan buah pinggang dan jantung serta pengambilan beberapa ubat.

Sesetengah kes boleh dirawat di hospital melalui titisan IV yang mengandungi larutan natrium atau ubat-ubatan.

Namun, menurut kajian kadar kematian dalam kalangan mereka yang menerima rawatan itu di hospital adalah sekitar 25 peratus.

Kematian dan kemasukan ke hospital sering dilaporkan selepas pesakit dikesan mengambil tujuh hingga lapan liter air dalam sehari, berbanding dengan saranan sekitar dua liter sahaja.

Namun, bagi sesetengah orang, mereka mungkin perlu minum lebih banyak air antaranya golongan yang hamil, melakukan senaman berat atau sedang melalui proses pemulihan daripada penyakit.

Malah, pakar dan pemimpin kesihatan juga menasihatkan bahawa orang ramai mungkin perlu minum lebih banyak cecair dalam cuaca panas yang melanda kini.

Sumber: https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/08/1136197/minum-6-cawan-air-dalam-masa-sejam-boleh-bawa-maut-pakar
Forwarded from Cikgu Fazlie Biosensei (Cikgu Fazlie Biosensei)
BIOSENSEI SHORT NOTE

HUMAN POPULATION GROWTH EXPLOSION

Factors that contribute to the increase of global human population:
โœ… Longer lifespan of humans
โœ… Better health status of humans
โœ… Decrease in death rate of children

LEDAKAN PERTUMBUHAN POPULASI MANUSIA

Faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan populasi manusia global:
๐Ÿ’น Jangka hayat manusia yang lebih panjang
๐Ÿ’น Status kesihatan manusia yang semakin baik
๐Ÿ’น Penurunan kadar kematian kanak-kanak

#biologit5 #biologyf5 #biochapter10 #humanpopulationgrowth
๐Ÿ’ Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Diharapkan anda semua sihat dan berbahagia selalu. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐Ÿ™๐Ÿป Saya, Cikgu Izzat, ingin memohon jasa baik semua bagi melengkapkan borang kaji selidik di bawah๐Ÿ‘‡๐Ÿผ:


๐Ÿ‘‰๐Ÿผ https://bit.ly/mobimbiospm ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿป


โœ… Kaji selidik ini diharapkan membantu para guru dan murid biologi SPM di Malaysia bagi menjalankan PdP yang berkesan sepanjang tahun.

โœ… Saya nyatakan tujuan kaji selidik di bahagian pertama dalam borang di atas. Boleh baca lanjut di dalam borang.

โœ… Semoga maklum balas yang diterima menjadi batu asas penyediaan modul bimbingan yang berkesan. ๐Ÿคฒ๐Ÿป


Terima kasih semua. โค๏ธ
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

I'm back! ๐Ÿ˜Ž

Panjang nak cerita kenapa sunyi sepi sekian lama. ๐Ÿ˜†

Tak mau cerita kat sini sebab nanti takdak masa nak cerita pasal bio.

Terima kasih kepada semua yang mesej saya secara peribadi tanya khabar.

Terima kasih juga kepada semua yang sudi jemput saya berbengkel. Peluang untuk saya bermusafir jauh sambil healing tenangkan ribut jiwa. ๐Ÿ˜‚

Straight to the point!

Webinar terakhir bagi sesi SPM 2023 kali ini.

Jemput klik link di bawah:

๐Ÿ‘‰๐Ÿป https://cikguizzat.onpay.my/order/form/webinar

Boleh baca lanjut dalam laman tersebut.

Kalau ada persoalan lanjut, anda tau mana nak cari saya. ๐Ÿ˜†

Terima kasih semua. โค๏ธ
Terima kasih peserta webinar malam tadi.

Semoga dipermudahkan urusan.

Semoga dikurniakan pemahaman yang baik.
Semoga dipermudahkan urusan peperiksaan kertas biologi SPM esok.

Semoga diberkati segala usaha menuntut ilmu selama ini.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik untuk meneruskan amal kebajikan.

Semoga diberi ilmu yang bermanfaat serta kefahaman yang sahih.

Semoga dilapangkan fikiran, dilimpahkan ketenangan hati, dan diteguhkan jiwa.

Semoga diperkenankanNya.

ฤ€mฤซn Yฤ Rabb al-'ฤ€lamฤซn.

[Cikgu Izzat]

Gambar: Universiti Al-Azhar, Kaherah tahun 1890 oleh Ludwig Deutsch (1855-1935)
Nota RAJABIO T5B1
1๏ธโƒฃ10 jenis tisu dalam (Warna Merah Jambu I hingga X)
2๏ธโƒฃKenalpasti pengelasan mengikut warna
3๏ธโƒฃSetiap tisu mempunyai fungsi serta ciri terbeza berbanding tisu lain
Tigmonasti oleh RAJABIO๐Ÿ‘‘
ูฑู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ูŽู‘ูฐู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ูฑู„ู’ุนูŽุงู„ูŽู…ููŠู†ูŽ ...โ€segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alamโ€ โ€ฆ terkini dari RAJABIO ๐Ÿ˜…
Insha Allah (ุฃูŽู† ูŠูŽุดูŽุงุกูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู) dalam sedikit masa, saya akan kongsikan sedikit kandungan dalam setiap bab yang โ€œavailableโ€
Selamat Hari Raya Aidilfitri. ๐ŸŒ™

Maaf zahir dan batin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

@TipsBiologiSPM
Makan bila lapar. Berhenti sebelum kenyang.

@TipsBiologiSPM
2024/04/27 00:17:50
Back to Top
HTML Embed Code: