tg-me.com/ajwadshafie/1018
Last Update:
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda;
"Ada tujuh golongan orang yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:
(1) Pemimpin yang adil, (2) Pemuda yang tumbuh di atas kebiasaan beribadah kepada Allah SWT, (3) Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah SWT, (5) Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik, lalu dia berkata; "Aku takut kepada Allah SWT", (6) Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, (7) Orang yang berzikir kepada Allah SWT dalam keadaan sendiri hingga kedua matanya basah kerana menangis."
[HR Bukhari dan Muslim]
.
Mencintai orang soleh adalah penyebab mendapat naungan Allah SWT di akhirat di mana tiada ada naungan pada hari tersebut kecuali naungan Allah SWT.
Mencintai kerana Allah SWT termasuk di antara 7 golongan yang bakal mendapat naungan Allah SWT di akhirat (padang mahsyar) kelak dari panas teriknya matahari yang sejengkal di atas kepala.
Saling mencintai kerana Allah SWT iaitu:
▪️bertemunya hati atas ketaatan kepada Allah SWT, mengutamakan redha-Nya dan mengharapkan apa yang ada di sisi-Nya
▪️cinta yang berlandaskan ketaatan kepada Allah SWT
.
Salah seorang Salaf berkata:
"Apabila kamu memiliki saudara kerana Allah SWT, kemudian ia berbuat dosa, sementara kamu tidak membencinya kerana Allah SWT, maka itu bererti kamu tidak mencintainya kerana Allah SWT, dan sesungguhnya bertemunya hati dalam ketaatan adalah naungan Allah SWT yang ma'nawi di dunia ini, dan orang-orang yang hatinya bertemu di bawah naungan inilah yang kelak akan mendapat naungan Allah SWT yang zahir pada hari akhirat."
Wallahua'lam.
Semoga bermanfaat.
www.tg-me.com/us/telegram/com.ajwadshafie
#HadisSahabatSoleh
BY Tip Produktiviti & Penulisan | Ajwad Shafie
Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 280
Share with your friend now:
tg-me.com/ajwadshafie/1018