Apa jua status kita, jadilah yang beriman...
Jadilah hamba Allah yg beriman..
Jadilah ahli keluarga yg beriman..
Jadilah sahabat yang beriman..
Jadilah pelajar yg beriman..
Jadilah ibubapa yg beriman...
Jadilah pasangan yg beriman...

Apa jua pekerjaan yang kita pilih, jadilah yg beriman..
Jika bomba, jadilah yg beriman..
Jika doktor, jadilah yang beriman.
Jika pendidik, jadilah yang beriman.
Jika polis, jadilah yg beriman..
Jika tutor, jadilah yg beriman..

Sentiasa berusaha memperbaiki diri sendiri, dalam masa yang lain...
Sentiasa berusaha membantu diri sendiri dan yang lain untuk kembali kepada fitrah..
Sentiasa berusaha membantu diri sendiri dan yang lain mentaati perintah Allah..
Sentiasa berusaha mengajak diri sendiri dan yang lain buat kebaikan dan cegah kemungkaran..

Hugs
_Kak Ad_
Serius dan jujur, Kak Ad tak berapa nak paham dengan fesyen tudung masa kini...
Makin tak cantik adalah 🤣🤣🤣

Dah pakai tudung, dah bagus.. Kak Ad puji sangat!!

Cumanya x usahlah setakat main lilit lilit kat leher, tang dada terbukak habis..
X usah pulak setakat tutup rambut je, tang leher plak habis ditunjuknya..
X usahlah pintal pintal tudung jadi ala ala rambut rapunzel...
X usahlah pulak dikeluarkan hiasan anting anting di celah tudung.. Itu hiasan dalaman.. Buat apa nak ditayang pulak.. Adoi..
X usahlah pakai yg nipis sampai boleh nampak warna kulit..

Ada tu siap buat tutorial lagi, dah orang lain ikut ikut plak..
Sedangkan Allah dah bagitahu cara terbaik pakai tudung..
Hendaklah labuh menutupi dada..

Kene faham konsep tutup aurat kepala yg sebenar...
Apa dia?
Rambut, telinga, leher..
Nampak?
Tiga tu kene tutup, bukan dibiar terdedah..

So Kak Ad pesan pada semua wanita,
Tolonglah jaga aurat kepala anda!
Tutup semua bukan boleh pilih pilih...
Ikut apa yg quran dah bagitahu, itu yg terbaik ok?

Pesanan untuk kaum adam, rajin rajin cek tudung kaum hawa kalian..
Tegur!

Ingat, itu adalah perintah Allah..

Kak Ad doakan kita semua dapat menjaga maruah kita as wanita dan yg utamanya as orang islam ;)

_Kak Ad_
30/1/19
Sahabat,

Bilamana kita ada mendengar berita seseorang mahu berubah kepada kebaikan, bersyukurlah!

Raikanlah perubahan dia..
Sambutlah perubahan dia dengan gembira..
Berikan sokongan dan semangat kepada dia..
Berilah kata kata positif pada dia..

Mengapa?

Agar dia rasa perubahan dia itu dihargai.
Agar dia rasa dirinya tidak keseorangan.
Agar dia rasa dirinya tidak kesunyian.

Jika tidak mampu raikan, usahlah bercakap yg negatif kepada dia..
Jika tidak mampu menggembirakan, usahlah membuatkan dirinya jatuh kembali..

_Kak Ad_
30/1/2020
Muslimatku.. Musliminku..

Tahu tak?

Ayat-ayat Al-Quran walaupun kita x paham dan masih tergagap membacanya inshaallah ada pahalanya..

Tapi, lagu lagu bahasa lain boleh pulak kita sibuk nak menghafal walaupun kita x paham maksudnya..

So marilah kita sama2 berfikir gunakan akal yang Allah bagi..

Jangan biarkan budaya lain mempengaruhi minda dan akhlak kita umat Islam..

Utamakan yang memberi pahala dan manfaat pada kita ;)

_Kak Ad_
4/2/19
Perintah dan larangan Allah jangan permainkan!
Bila nak ikut, kita ikut.
Bila tak nak ikut, x nak ikut.
Tak boleh mcm tu!
Salah!
Selagi mana kita bernafas di muka bumi, selagi itulah kita WAJIB mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya!
Tiada alasan!
Tahu x?
Kita ni tarafnya hamba je tau.
Selamanya di bawah!
So kalau boleh usahlah berlagak sangat...
Ingat!
Dunia ni hanya sementara..
Akhirat yang kekal selamanya..
So berlumbalah kepada kebaikan!
Berlumbalah mentaati segala perintahNya..
Berlumbalah menjauhi segala laranganNya..
Mudahan kita semua mendapat redha Ilahi 😉

_Kak Ad_
Muslimah yg bersungguh
7/2/19
Tahu x, segala posting Kak Ad yg berunsur nasihat, teguran, semuanya Kak Ad tujukan buat diri Kak Ad dahulu...

Dan sesungguhnya Kak Ad tiada niat untuk ianya mengguriskan atau melukakan hati kalian...

Kak Ad mintak maaf ya 😖..

Kak Ad sedang berusaha untuk menjadi seorang sahabat yg baik.. Yg mana dia x akan sesekali membiarkan sahabatnya yg lain dengan mudah membuang masa untuk perkara yg mungkar dan tidak berfaedah.. Itu yg Kak Ad sedang usahakan..

Semoga semua faham ya mengapa Kak Ad sering post kata teguran, nasihat!

Jika ada yg suka, teruskan sokongan anda pada Kak Ad ya!
Mana mana yg x suka, x apa. Kak Ad x memaksa..

Doakan yg terbaik buat Kak Ad ya!

_Kak Ad_
Inilah doa yg penting!

Kenapa Kak Ad cakap lagu tu?

Sebab kita baca doa ni tiap hari dalam solat. Solat wajib ada 5x, setiap rakaat kita baca so 17x. Tambah plak solat sunat, kira sendirilah berapa banyak ☺️

Namun, bukan setakat doa doa doa je... Tapi kene jugak usaha.. Bagaimana? Rujuk gambar tu 😂

Kak Ad yakin setiap kita mahukan jalan yg lurus kan!
Tapi ada antara kita x tahu cara, atau malu..
So pesanan Kak Ad, toksahlah malu2... Lagi2 dengan Allah 😘

#qjwithkakad
Tahu x?

Hati kita ni mesti kena ada perisai tau.
Untuk apa?
Untuk mencegah dari pelbagai masalah hati.

Perisai yg mcm mana?

Ni Kak Ad nak share ✌🏼

Ini tiga perisai utama yg perlu kita ada dan jaga; SOLAT, ALQURAN & DOA.

Solat.
Jangan tinggal yang wajib apatah lagi yang sunat..
Usahakan untuk buat keduanya dengan sesempurna yang mungkin ya ;)

Alquran.
Usahakan baca ayat arabnya serta dengan terjemahan..
Usahakan juga untuk mendengar tadabbur ayat tersebut dari mana mana pakar alquran..
Usahakan untuk amalkan segala perkara yg dibaca dalam kehidupan harian..

Doa.
Doalah di mana pon kita berada (kecuali tempat yg x boleh berdoa)..
Doalah dalam bahasa apa pon, Allah Maha Mendengar.
Mohonlah apa pun yg kita nak, namun jangan mengharap dapat jawapan secepatnya..
Jangan sombong nak berdoa!

Ada lagi 2 perisai tambahan; PUASA & SEDEKAH.

Puasa.
Bukan setakat jaga yg wajib, yg sunat pon perlu jaga juga.
Usahakan untuk laksanakan puasa sunat yg digalakkan seperti isnin khamis etc...

Sedekah.
Tahu kan ajaibnya sedekah?
Usahakan untuk memberi sedekah, x banyak pon x apa, setakat yg kita mampu sahaja..
Tak jumpa mana mana yg perlu, tanya yg terdekat iaitu ahli keluarga dahulu.. Jangan biarkan mereka meminta pada yg lain..

So, ada 5 perisai untuk hati..
Jangan tinggal!

_Kak Ad_
19/2/2020
Jaga hati, terjagalah diri
Ada satu hari, ayah Kak Ad sampaikan pesanan pada kami sekeluarga..

Katanya *"tiada yang istimewa melainkan ahli keluarga menutup aurat dengan sempurna"*

Bergenang ayaq mata Kak Ad 😭😭😭😭

Ayah x pernah lupa nak pesan pada kami tentang ajaran agama..

Pernah Kak Ad tanya pada ayah, kenapa ayah teramat titik beratkan agama pada kami semua...

Jawapan ayah "cukuplah ayah di masa jahil dahulu, x kan ayah nak biarkan jahil tu turun pada keturunan ayah"...

Allahuakbar!

Semoga Allah ampuni ayah dan mak Kak Ad..
Tolong doakan sama ya!

Pesanan Kak Ad,
Jom hadiahkan ayah kita hadiah istimewa ini ;)
Jagalah aurat dengan sebaiknya...

_Kak Ad_
Assalam

InsyaAllah Tabung Infak untuk membeli keperluan ramadhan dan back to school dibuka ya bagi sesiapa yang nak join.

Akan dihantar ke rumah anak yatim di kawasan kejiranan Kak Ad. Teratak Nur Barakah.

Sumbangan serendah rm10 sahaja.

Terpulang nak infak berapa, tiada paksaan.

Boleh terus pm Kak Ad ya
Wasap.my/+60193867583/infakramadhan
*Sampai bila?*

Kak Ad bukan nak membawang pasal lagu 🤭🤭
Tapi Kak Ad nak ajak semua teman teman membawang pasal diri sendiri...
Bahasa moleknya muhasabah diri 🥰🥰

Cuba tanya pada diri...
Sampai bila nak buat mungkar dan maksiat?
Sampai bila nak ingkar dengan suruhan Allah?
Sampai bila nak hidup dalam kejahilan dan kegelapan?
Sampai bila nak berterusan dengan dosa?
Sampai bila?

Kadang Kak Ad lihat orang kita, x habis habis dengan sikap egonya x nak berubah...
Masih nak duduk tempat yg sama...
Masih nak buat apa yg x boleh..
Hmm..
Sedih, terkilan..
Sampai boleh berbangga dan megah dengan dosa yang dibuat 😱

Ingat!
Dunia ni memang seronok tapi sementara je..
Akhirat tu seronok dia selamanya....
So pilihlah nak yg mana?

Selagi ada masa dan peluang ni, gunakanlah sebaiknya..
Insaf
Taubat
Menyesal
Mohon doa

Semoga kita semua dapat redha ilahi ;)

_Kak Ad_
1/3/19
Para pentafsir ada kongsi, ada 4 jenis wanita dalam kehidupan.

Wanita yang baik dengan wali yang baik. Ini seperti Maryam yang dijaga oleh Nabi Zakariya a.s.
Wanita yang baik dengan wali yang teruk. Ini seperti Asiyah, isteri kepada Firaun.
Wanita yang teruk tapi dengan wali yang baik. Ini seperti isteri kepada Nabi Nuh a.s. dan isteri kepada Nabi Luth a.s.
Yang paling teruk adalah wanita yang teruk dan tinggal dengan wali yang juga teruk. Inilah peringkat Umm Jamil ini

Cuba tanya diri sendiri.

Kita di peringkat yg mana?

Jika di peringkat pertama, alhamdulillah. Tahniah. Kekalkan.
Jika di peringkat kedua, alhamdulillah. Banyakkan doa untuk mendapat wali yg sama mcm kita juga ok?

Elakkan untuk menjadi peringkat ketiga dan keempat 😨.

Jom semua!
Usaha sehabis baik untuk ke peringkat satu ;)

Selamat Hari Wanita 🫰🏻

_Kak Ad_
AKAUN TIKTOK UNTUK DIJUAL

Follower: 5K
Like: 80K

Harga: RM400
- sesuai untuk live gaming
- sesuai untuk business
- sesuai buat content

berminat whatsapp: www.wassap.my/601133636844/nakbeliakauntiktok
| Nota Si Pengemis Ilmu |

Mencari ilmu bagi orang mukmin adalah bertujuan untuk menyingkirkan kebodohan dari dirinya dan untuk beribadah kepada Allah SWT.

Dan dalam usaha mencari ilmu ini, akan dilihat pula bagaimana engkau sanggup berkorban atau pun tidak ketika menuntut ilmu.

Kata pepatah ada mengatakan " Ilmu tidak akan memberikan sebahagian dirinya padamu, hingga engkau memberikan seluruh dirimu untuknya"

Bersihkan Dirimu Sebelum Menuntut Ilmu

Seorang pencari ilmu harus terlebih dahulu membersihkan dirinya daripada akhlak akhlak yang tercela dan sifat sifat yang tidak terpuji, kerana ilmu adalah ibadah hati, ritual tersembunyi dan taqarrub bati kepada Allah SWT.

Dalam ibadah batin dan membangun hati dengan ilmu, tidak akan berkesan ilmu kecuali setelah membersihkan diri dari akhlak akhlak yang buruk dan sifat sifat yang tercela.

Sebagaimana disebutkan dalam ungkapan "Diperbaikinya hati untuk ilmu seperti diperbaikinya tanah untuk bertani."

Tawadhu' Dalam Menuntut Ilmu

Kerana dengan tawadhu' dan kesabarn dalam kerendahan menuntut ilmu, seseorang bisa memdapatkan ilmu.

"Barangsiapa yang tidak sanggup menahan kehinaan sesaat, akan berada dalam kehinaan sepanjang masa".

Kata Ibn Abbas r.a " Aku hina (letih) ketika menuntut ilmu, akan tetapi aku menjadi mulia (dengannya) ketika menjadi tujuan penuntut ilmu"

Antara Adab Menuntut Ilmu

Perlunya seorang penuntut ilmu itu beradab dan berakhlak ketika menuntut ilmu.

Ar-Rabi', sahabat asy-Syafie berkata : "Aku tidak berani meminum air ketika asy-Syafie melihat kearahku, sebagai rasa hormat kepadanya".

Tidak mengatakan kepada guru "Fulan mengatakan sesuatu yang berbeza dengan yang engkau katakan"

Tidak memaksa guru ketika dia telah penat dan janganlah merasa puas dengan lamanya berguru kepadanya.

Punya budi pekerti yang baik terhadap guru dan teman temannya kerana ia sebahagian daripada memelihara majlis ilmu.

Tuntutlah Ilmu

Kata Imam asy-Syafie "Belajarlah fikih sebelum menjadi pemimpin, apabila engkau sudah jadi pemimpin, maka tidak ada lagi jalan pada fikih"

Maka tuntutlah ilmu sebelum engkau tidak lagi ada waktu untuk menuntut ilmu.

Tuntutlah ilmu sehingga engkau menemui destinasinya yang terakhir yang mana engkau tidak punya daya lagi untuk mendapatkan ilmu.

Itulah destinasi liang lahad yang memisahkan engkau daripada ilmu buat selama lamanya. Wallahu'alam

[Sumber : Zuhud Dan Kelembutan Hati - Dr Ahmad Farid]

#AkhiAdifGorment
16 February 2018
💚Ilmu akan hilang jika ia tidak diulang🖍️

Wahai penuntut ilmu, jangan remehkan muraja’ah (mengulang pelajaran)

Wahai penuntut ilmu ketahuilah bahwa ilmu yang kita tuntut itu akan hilang dan terlupakan bila tidak di muraja’ah (mengulang pelajaran)

Wahai penuntut ilmu ingatlah bahwa muraja’ah adalah perkara yang sangat penting yang sangat di tekankan baik oleh para ulama terdahulu maupun belakangan

Wahai penuntut ilmu ketahuilah ilmu itu akan senantiasa kokoh bila selalu diulang dan dimuroja’ah

Karenanya, wahai penuntut ilmu jangan pernah bosan muroja’ah

Al-Khalil Ibn Ahmad rahimahullah mengatakan:

Ulangilah pelajaranmu maka engkau akan ingat kembali ilmu tersebut, dan akan menemukan faedah (ilmu) yang baru
(al-Bidayah wan nihayah 9/261 oleh Ibnu Katsir)

Ibnul Jauzi rahimahullah mengatakan:

Betapa banyak seorang yang telah meremehkan dari memuroja’ah ilmu yang telah ia hafal hingga ia membutuhkan waktu yang sangat lama untuk mengembalikan lagi ilmu yang telah terlupakan
(Shaidul Khatir hlm 137 oleh Ibnul Jauzi)

Manusia berbeda beda dalam menuntut ilmu

Tidak setiap penuntut ilmu menghafal ilmu yang telah ia dengarkan

Akan tetapi (ia tentu) hafal sedikit dari ilmu yang ia dengar

Ilmu itu diperoleh sedikit demi sedikit

Jika terus menerus diulang maka akan hafal

Janganlah Engkau merasa jemu dengan sesuatu yang diulang ulang

Sebagian ikhwah menulis surat kepada seorang Ulama dan berkata

Kami mendapati sebagian hadits dalam ceramah dan pelajaranmu serta kisah kisah yang Engkau sampaikan berulang ulang

Ulama itu mengatakan
Apakah Engkau ingin kami selalu membawakan sesuatu yang baru?

Kami bukanlah para penyanyi yang dapat membawakan sebuah lagu baru setiap hari, kita sedang berinteraksi dengan Al-Quran dan Assunnah

Kisah Musa dalam Al-Quran diulang hingga lebih dari dua puluh tiga kali; dalam surat Al-Baqarah Al-Araf Thaha Asy Syura dan Al-Qashash

Kitab suci Al Qur'an selalu membawa yang baru tapi dengan ungkapan yang berbeda

Jika engkau membawakan sebuah kisah maka sampaikanlah dengan gaya ungkapan tertentu dan ulangilah dengan metode yang lain, dan ubahlah dalam ungkapan yang berbeda💚🖍️
اللهم صل وسلم على سيدنا محمد الفاتح 🌹
Mengaji jangan pilih bulu,mana-mana Guru kita kasih dan memuliakan,bukan Guru kita seorang ja milik,Guru untuk semua orang,Baba cakap

"Orang mengaji ni jika ada sifat pilih kasih,ketahui lah ilmu itu tidak matang dan kurang keberkatan"

Antara pesan Baba lagi

"Paling hebat yaitu seorang yg mengaji tanpa dikenali sifat khidmat nya dari manusia,ini lah sifat orang Tua-Tua dulu mengaji,dihujung kesudahan hidupnya jadi Wali ALLAH"

Hak Baba cakap ni biasa nya mereka tak cari nama,buat apa pun senyap-senyap untuk Guru-Gurunya(berbisa yang ni Baba cakap),kalau ngaji duk hujung-hujung ja..style diam-diam ber isi.

#TokfaqirFathoniDarussalam
#Mengaji
#kalamHikmahBaba
#KenaliArtiMengaji
Bismillah.
Grup wasap WE ARE SELANGORIAN kini kembali semula ;)
Rindu nak buat usrah dengan kawan2.
Siapa nak masuk?
Yang pasti kene tinggal di Selangor dan Muslimat
X janji untuk buat sharing outdoor tapi kita buat sharing ilmiah dalam grup.
Nak masuk?
Segera wasap kita tau.
Wasap.my/+60193867583/was2024
Pengajian Bermula Hari Rabu ni, Kitab ni sesuai untuk pemula yang baru² nk faham perbahasan Ilmu Tauhid.

Btw saya tengah cari muslimat yang nak join kelas ni & jadi sahabat muzakarah pengajian bersama saya dlm pengajian ni. Kalau ada , mohon pm ya.
Sebenarnya, dalam bidang keibubapaan, tidak kisahlah budaya mana pon; islam, barat, timur ke ape2 je lah, semuanya berpaksikan kepada ROLE MODEL IBU BAPA.

Bagaimana ibu bapa berakhlak, begitulah anaknya.
Jika baik, insyaAllah baiklah anaknya.
Jika tidak, maka tidaklah anaknya.

Anak2 ini akan lihat, kaji, segala tindak tanduk kita.
Mereka nampak, mereka ikut.
Jadi, kitalah kene baikkan tindak tanduk kita dahulu
Kitalah kene perbaiki tindak tanduk kita dahulu.
Kitalah kene jaga tindak tanduk kita dahulu.

Anak2 adalah acuan ibu bapa.
Aculah diri kita baik2.
Aculah diri kita sihat2.
Aculah diri kita cantik2.
InsyaAllah semuanya akan berbalik pada anak kita.

Hugs,
Kak Ad
Trying my best to be the better parent
2024/04/29 18:09:21
Back to Top
HTML Embed Code: