Telegram Group Search
Doa buat Diri

Ya Allah.. jadikan kami hambaMu yang benar-benar mensyukuri nyawa dan hidup, syukur masih ada kesempatan untuk bertaubat dan perbaiki kesilapan. Masih ada peluang untuk menjadi pasangan, ibu ayah dan anak yang lebih baik..moga kami tidak bertangguh lagi untuk berubah. Bantu kami ya Allah, kami benar-benar mengharapkan pengampunanMu, SyurgaMu dan amat takut dengan NerakaMu..😢

Aamiin
*SEDEKAH RAMADHAN: SUMBANGAN WAKAF PEMBINAAN PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA CAWANGAN KEDAH*

Klik dan sumbang:

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, ada seorang hamba Allah yang pemurah telah mewakafkan tanahnya kepada pihak pengurusan pusat perubatan Islam Darussyifa Cawangan Kedah di Kg Napo, Mukim Hosba, Jitra untuk dibangunkan sebuah tempat bagi kegunaan sebagai pusat rawatan dan aktiviti dakwah masyarakat setempat berkaitan perubatan Islam. Di atas tanah tersebut ada sebuah rumah kayu yang perlu dibaiki dengan dan dibaik pulih semula dengan kos yang agak besar.

Untuk makluman semua penyumbang, Pusat Perubatan Islam Darussyifa Malaysia telah diasaskan oleh Almarhum Tuan Guru Dato. Dr. Haron Din. Sekarang diteruskan perjuangan ini oleh Ust Tn Hj Abd Rahman Ahmad bersama ahli-ahlinya.

Untuk fasa pertama projek ini, pihak Darussyifa perlu bersihkan tanah wakaf tersebut yang dipenuhi lalang, pokok kayu dan agak semak. Fasa pertama melibatkan proses pembersihan seluruh kawasan yang diwakafkan dan menyediakan beberapa kelengkapan asas.

1. Pembersihan halaman bahagian luar dan dalam melibatkan kos upah, sewaan roro, potong pokok, sewaan jentolak serta barang-barang kelengkapan asas. Kos diperlukan sekitar *RM11,000*

2. Turap jalan dengan batu kerana jalan masuk agak becak dan rosak. Atas faktor keselamatan laluan keluar masuk perlu dibaiki dan diperelokkan. Kos sekitar *RM10,000*.

*KOS FASA PERTAMA DIPERLUKAN: RM21 RIBU*

InsyaAllah, kita cuba bantu fasa pertama dulu sebagai pembuka jalan bagi kelancaran pembinaan pusat rawatan Darussyifa ini. Keseluruhan Pembinaan Pusat Rawatan Darussyifa ini *mencecah RM200 ribu atau lebih*.

Sebagaimana yang kita maklum, kaedah rawatan Islam yang diperkenalkan oleh Darussyifa merupakan fardhu kifayah kepada umat Islam kerana ia merupakan salah satu usaha dakwah dan benteng bagi umat Islam daripada kaedah rawatan yang bercanggah dan syirik.

Ini mengingatkan kita dengan kata-kata almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din yang menyifatkan bidang rawatan Islam ini adalah jihad melawan syirik dan khurafat.

Semoga usaha gigih yang dibuat oleh Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din sejak lebih 30 tahun yang lalu, insya Allah menjadi sedekah jariah untuk Tuan Guru dan ahli Darussyifa yang lain.

Moga kita yang menyumbang untuk membina pusat rawatan Darussyifa Kedah ini juga beroleh ganjaran sedekah jariah yang berpanjangan pahalanya..

Jazakumullahu khairan kathira diucapkan kepada semua penyumbang. Semoga Allah swt mengurniakan pahala yang berpanjangan dan lumayan atas setiap sen yang disumbangkan.
====================

Kaedah Pembayaran

02010005518716
Bank muamalat
Pusat rawatan darussyifa kedah

Resit tulis
Napoh

Boleh berhubung dengan
*Ustaz Shakir*
011 2183 9095
NOTA PAGI

Allah sentiasa memberi nikmat tanpa mengira status hambaNya.Jangan penat berdoa, akan tiba saat apa kita perlukan akan dapat kita rasai.Terus berdoa, usaha jangan lelah dan bertawakkal kepadaNya. Inshaallah..
Ramadan 1445H : 1 HARI 1 HADITH

"Allah SWT berfirman (hadis qudsi): Setiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu milik-Ku (Allah) dan Akulah yang akan mengganjarkan."

(HR Bukhari)
اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Maksudnya: “Ya Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.”

Riwayat al-Bukhari (1014)
--------------------------------------------------------------

BERDOA DENGAN AYAT 44 SURAH HUD UNTUK MEMULIHKAN BANJIR

Ayat al-Quran yang dimaksudkan ialah firman Allah Taala:

وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ وَقُضِيَ الْأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ ۖ وَقِيلَ بُعْدًا لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Dan (setelah binasanya kaum kafir itu) diperintahkan kepada bumi dan langit dengan berkata: "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu". Dan (ketika itu) surutlah air, serta terlaksanalah perintah (Allah) itu. Dan bahtera Nabi Nuh itupun berhenti di atas gunung "Judi" serta diingatkan (kepada kaum kafir umumnya bahawa): "Kebinasaanlah akhirnya bagi orang-orang yang zalim".

(Surah Hud: 44)

Imam Ibn Katsir Rahimahullah berkata: “Allah Taala memberitahu bahawa sesungguhnya dia, apabila telah tenggelam warga bumi melainkan mereka yang berada di atas kapal, mengarahkan bumi supaya menelan airnya yang telah keluar daripadanya dan berhimpun di atasnya, dan langit untuk berhenti daripada terus menurunkan hujan.”

Rujuk Tafsir al-Quran al-Azhim (4/323)

Berdasarkan ayat di atas, ayat ini menunjukkan perbuatan Allah Taala mengarahkan bumi dan langit untuk menyurutkan banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh. Ini juga menunjukkan kehebatan dan keagungan Allah Taala sebagai Pentadbir Hakiki bagi bumi dan langit sedangkan kekufuran manusia itu tidak sedikit pun menggugah kebesaran Allah Taala. Justeru, jika kita melihat kepada teks ayat, ayat tersebut menyebut tentang perbuatan Allah SWT yang mengarahkan bumi dan langit; dan bukan dalam bentuk doa.

Timbul persoalan; apakah dibenarkan dalam hukum syarak untuk bertabarruk dan bertawassul dalam doa kepada Allah Taala dengan ayat ini meminta agar memulihkan banjir yang berlaku di beberapa bahagian tempat di dalam negara, baru-baru ini?

Jawapannya, kami tidak pasti tentang kemujaraban ayat ini dalam isu banjir. Tetapi sifat al-Quran itu sebagai syifa’ atau penyembuh tidak dapat dinafikan, sama ada yang disembuhkan itu penyakit nurani atau jasmani. Termaktub dalam kitab-kitab para ulama, antaranya yang dicatat oleh Imam Ibn Muflih al-Hanbali Rahimahullah dalam al-Adab al-Syar
iyyah (2/457), bahawa Syeikh Taqiuddin Ibn Taimiyyah Rahimahullah menulis ayat tersebut pada dahi orang yang terkena penyakit hidup berdarah sebagai ruqyah dan tabarruk dengan ayat al-Quran dalam rawatan jasmani. Wallahua’lam.

Selain itu, Imam al-Nawawi Rahimahullah ada menulis dalam kitabnya, al-Adzkar (ms. 182), satu bab yang bertajuk “Apa yang perlu seseorang itu baca ketika hujan turun dengan terlalu banyak sehingga ditakuti berlakunya mudarat.” Beliau menyebut tentang satu riwayat daripada Anas bin Malik RA bahawa seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW perihal kemarau yang mereka alami sehingga rosaklah harta dan jalan. Lalu Baginda SAW yang ketika itu sedang berkhutbah lantas berdoa dan hujan pun turun dengan lebat. Apabila hujan turun dengan begitu lebat sehingga seminggu tidak nampak matahari, maka datang kembali lelaki tadi dan meminta doa daripada Rasulullah SAW agar Allah SWT menghentikan hujan kerana harta dan jalan. Maka Rasulullah SAW berdoa:

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Maksudnya: “Ya Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.”

Riwayat al-Bukhari (1014)
Q n A
Q: Perkara2 yang Membatalkan Puasa

Part 1
Puasa itu menahan diri. Dari segi istilah, puasa ialah menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada Subuh sehingga Maghrib.


Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Ayat ini merupakan perintah untuk kita berpuasa. Kenapa pada hujung ayat itu ditekankan tentang “supaya kamu bertakwa”?

Ketakwaan itu boleh dicapai melalui kita menahan diri daripada melakukan perkara-perkara lagha dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, kita juga dilarang daripada melakukan perkara yang menjadi asasi kepada kita manusia, iaitu makan dan minum.

Sebagai Muslim, kita harus cakna perkara2 yg membatalkan puasa agar amalan ibadah kita sepanjang bulan Ramadan x menjadi sia2

Part 2

Berikut merupakan perkara-perkara yang membatalkan ibadah puasa kita

1. Makan dan minum dengan sengaja
Tidak kira sama ada sedikit atau banyak, sekiranya anda dengan niat sengaja untuk makan dan minum, maka ibdah puasa anda sama sekali terbatal.

Sekiranya perbuatan ini dilakukan akibat anda terlupa atau tidak sengaja, maka puasa anda tidak terbatal dan anda wajib meneruskan puasa tersebut sehingga waktu berbuka.
Untuk rujukan, sila Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/241-245).

2. Memasukkan benda ke dlm rongga
Sampainya ain kpd rongga tengah badan melalui laluan yg terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yg terlihat pd mata.

Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang.

Laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur.

Sekiranya ubat untuk keadaan darurat, ia tidak terbatal seperti vaksin dan lain-lain.

Sengaja muntah
Muntah dengan sengaja juga merupakan perbuatan yang membatalkan puasa.
Perkara ini ada dinyatakan dengan jelas melalui hadis Nabi S.A.W. seperti yang beriku:
Rasulullah bersabda:
Barang siapa yang dipaksa muntah sedangkan dia dalam keadaan puasa, maka tidak ada qada’ baginya. Namun apabila dia muntah (dengan sengaja), maka wajib baginya membayar qada’. (riwayat Abu Daud)

4. Persetubuhan
Bersetubuh sama ada mengeluarkan air mani juga termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa.

5. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
Mengeluarkan air mani dengan sengaja juga boleh menyebabkan puasa kita terbatal. Sekiranya air mani tersebut keluar akibat kita bermimpi ketika tidur pada siang hari, maka tidaklah terbatal puasa kita padahari tersebut.

6. Datang darah haid atau nifas
Wanita yang didatangi haid atau nifas diharamkan daripada berpuasa.
Sekiranya haid atau darah nifas tiba-tiba keluar ketika waktu berpuasa, maka puasa anda secra automatiknya terbatal dan perlu digantikan di kemudian hari.

7. Gila atau Murtad
Seseorang yang gila secara automatik terbatal puasanya kerana ibadah ini hanya diwajibkan untuk orang yang sempurna akalnya.
Orang yang murtad juga terbatal ibadah puasanya kerana ibadah puasa ini hanya diwajibkan ke atas setiap orang Islam.

Semoga bermanfaat. Bersamalah beramal agar Ramadan kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, JAKIM
BERWASPADALAH! JANGAN KAMU MENJADI ORANG YANG ZALIM

Firman Allah SWT :

فَأَصَابَهُمۡ سَیِّـَٔاتُ مَا كَسَبُوا۟ۚ وَٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ مِنۡ هَـٰۤؤُلَاۤءِ سَیُصِیبُهُمۡ سَیِّـَٔاتُ مَا كَسَبُوا۟ وَمَا هُم بِمُعۡجِزِینَ

[Surah Az-Zumar: 51]
Terjemahan :
"Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan; dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan, dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri."
BALASAN BAGI MEREKA YANG BERTAQWA KEPADA ALLAH

Firman Allah SWT :

جَنَّـٰتُ عَدۡنࣲ یَدۡخُلُونَهَا تَجۡرِی مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُۖ لَهُمۡ فِیهَا مَا یَشَاۤءُونَۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ یَجۡزِی ٱللَّهُ ٱلۡمُتَّقِینَ

[Surah An-Naḥl: 31]
Terjemahan :
"(Untuk mereka) Syurga-syurga " Adn ", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa,"
Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan_*

قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Aisyah Radhiyallahu anha, berkata:  “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir (Ramadan) yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (Sahih Muslim No: 2009) Dar Ihya Kutub Arabiyyah.  Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.

2.  Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah amalan iktikaf, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain.

a.  Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
b.  Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan

3.  Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan.  Anda bagaimana?

4.  Imām Ibn Rajab Al-Hanbali berkata : Ketahuilah bahawa seorang mukmin itu terhimpun baginya dua jihad untuk dirinya. (Iaitu) jihad pada waktu siang dalam berpuasa serta jihad pada waktu malam dalam melakukan qiamullail. Sesiapa yang menghimpunkan antara dua jihad ini dan melunaskan hak keduanya serta bersabar dalam melakukannya, dia telah memperoleh ganjaran pahala yang tidak terhitung. Rujuk Lathā’if Al-Ma’ārif, Ibn Rajab (1/171)

5.  Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini antaranya:

a.  Menjaga solat Fardu berjemaah, solat sunat mengiringi waktu, solat sunat Terawih dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.

b.  Banyakkan Iktikaf pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan dengan mengajak ahli keluarga bersama.

c.  Perbanyakkan doa. "Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar".  Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah ini,  doa agar diangkat segala  kesulitan dan kesengsaraan saudara kita di Palestin serta diberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam di sana. Tidak dilupakan saudara Islam kita di Syria, Iraq, Rohinga dan di seluruh dunia. Semoga Allah mengembalikan hak mereka dan melegakan musibah mereka.
29 Ramadan | 9 April 2024

Orang beriman sentiasa berusaha menjaga hubungan silaturahim dengan ahli-ahli keluarga, kerabat dan sahabat.
‎10 SURAH YANG MUJARAB DARI NABI SAW

SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa henda k tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa2nya. Mereka yang membacanya pd setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w..
"Pertolongan Allah mungkin tidak datang terlalu cepat, tidak juga terlalu lambat. Tapi pertolongan Allah itu datang disaat yang tepat.

Yakin dan sabar. Sabar ketika diuji. Hanya mereka yang redha akan rasa manisnya ujian. Sepahit mana derita sengsara melanda itulah mendapat tarbiyah Allah.

Hanya mereka yang kuat dan yakin dengan pertolongan Allah dapat merasakan segala kebaikan yang Allah janjikan.

Ujian yang diturunkan oleh Allah adalah untuk meningkatkan darjat iman kita di sisiNya. Bersyukur dengan nikmat iman kita yang di anugerahkan.

Hanya orang yang sabar dan ikhlas akan dapat melihat hikmah sebalik segala ujian yang Allah kurniakan pada kita. Jadikan diri kita salah seorang daripada golongan itu.

Nikmat terbaik adalah segala kejadian yang membawa kita semakin dekat kepada Allah, walaupun ia menyakitkan ingat sabar itu indah.

Belajar redha mengharungi ujian, cuba menjadi bangga walaupun sedang berduka. Kerana kita tahu ada cintaNya di situ bersama ujian yang kita lalui.

Moga kesusahan dan kesenangan yang kita lalui tidak berlalu begitu sahaja melainkan mendapat keredhaanNYA dan keberkatan dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aamiin."

Berikut adalah doa yang disertakan dengan hadis sahih:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang telah Dia ciptakan." (Riwayat Muslim)

Doa ini sesuai sebagai penutup untuk memohon perlindungan dan kekuatan dalam menghadapi segala ujian.
Share kebaikan

Kita share, post perkara yang baik bukan kerana kita ini baik, kita share untuk kebaikan semua.Tak ada manusia yang sempurna dan kita upgrade jadi lebih baik.Terus positif dan bersangka baik.
JANGAN MERAGUKAN ALLAH DALAM URUSAN REZEKI

“Dalam perjalanan hidup ini tidak terhitung ada banyak hal yang tersembunyi dalam diri kita. Kita tidak tahu dan tidak faham jika kita tidak kenal siapa diri kita dan Yang Maha Pencipta. Jika kita memasukkan sesuatu dihayati dalamnya,ia pasti segera terlihat.

Sesuatu yang paling terserlah adalah dosa meragukan Allah. Seperti tidak yakin dan percaya dari mana sumbernya selama ini kenikmatan, kesenangan dan rezeki kita semuanya dari Allah. Tapi jika engkau meragukan rezeki, berarti meragukan Sang Maha Pemberi rezeki.

Dan jika engkau melihat ada orang yang risau kerana rezeki, ketahuilah bahwa ia sangat jauh dari Allah. Seandainya seorang kaya berkata kepadamu,”Besok tidak usah bekerja, karena aku akan memberimu lima ringgit” tentu kau akan yakin dan percaya kepadanya. Padahal, ia hanyalah makhluk yang fakir. Mengapa engkau tidak akan merasa cukup dengan Zat yang Mahakaya dan Maha Pemurah yang telah menjamin rezeki dan menentukan ajalmu?

Disebutkan bahwa seorang penggali kubur bertobat kepada Allah. Suatu ketika ia berkata kepada gurunya, “Guru, aku telah menggali seribu kubur. Lalu kutemukan wajah mereka berpaling dari arah kiblat.” Mendengar penuturannya, sang guru menjawab, “Anakku, itu terjadi lantaran mereka ragu dalam urusan rezeki.”

Maka semoga jadilah kita sebagai seorang insan yang bersyukur dan sentiasa berserah diri serta bertawakal kepada-Nya hingga kepenghujung hayat kita.

Aamiin..
2024/05/31 11:18:04
Back to Top
HTML Embed Code: