Telegram Group Search
Ya Allah, kuatkanlah hati dan jiwa kami agar sentiasa bersemangat dalam melaksanakan ibadah kepada-Mu.

Berikanlah kami keteguhan untuk selalu beribadah dengan penuh kesungguhan dan cinta kepada-Mu.

Ampunilah dosa-dosa kami dan bimbinglah kami dalam setiap langkah ibadah kami. Aamiin.

@kitabdoa 📚📚📚
Amalkan doa ini untuk kekal istiqamah:

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْوَهَّابُ

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.” (Ali ‘Imran : 8)

Sesungguhnya, perubahan itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh dan berterusan. Ia bukanlah sebuah perjalanan yang mudah, tetapi dalam masa yang sama ia juga tidak sukar dilakukan jika kita memasang niat yang betul dan mempunyai kesungguhan yang jitu.

@kitabdoa 📚📚📚
"DIMURAHKAN REZEKI YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA"

Ibnu Mas’ud R.A. menyatakan bahawa amalan ayat 1000 dinar menjamin rezeki dari Allah dari sumber yang tidak pernah terfikir dek akal atau tidak dijangka.

Orang yang menyerahkan urusan kepada Allah, nescaya Allah akan memberi apa yang dikehendakinya.

Namun jika kita hanya melekatkan atau menggantung ayat 1000 dinar di premis perniagaan tetapi tidak solat, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dilakukan atau pun sebaliknya adalah kurang tepat dengan cara pendekatan ayat ini.

Pendekatan yang tepat untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini adalah takut dan yakin kepada Allah SWT.

Oleh itu, apa apa amalan serta doa yang kita amalkan sertakan dengan keyakinan, ketaqwaan kepada Allah Taala, dan meminta dengan sepenuh hati supaya segala hajat dipermudahkan dan dikabulkan.

@kitabdoa 📚📚📚
Kita sentiasa perlukan petunjuk daripada Allah SWT untuk hadapi cabaran dan dugaan hidup.

Bahkan keperluan kita terhadap petunjuk adalah lebih besar daripada keperluan terhadap makan dan minum.

Menurut Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah r.a, tidak ada jalan untuk selamat daripada azab dan mencapai kebahagiaan yang abadi di hari akhirat melainkan dengan petunjuk daripada Allah SWT.

Jika seseorang terlepas daripada mendapat petunjuk, dia hanya akan berada dalam kalangan dua golongan, sama ada al-maghdub ‘alaihim (orang yang dimurkai) atau al-dhollin (orang yang sesat). (Majmu’ al-Fatawa 2/386)

Maka sebab itu dalam surah al-Fatihah kita hanya minta satu perkara sahaja daripada Allah SWT iaitu petunjuk ke jalan yang lurus.

Ini adalah perkara yang terpenting dan yang paling kita perlukan dalam hidup.

Selain daripada doa dalam surah al-Fatihah ayat 6 itu, ini ialah dua doa yang Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk mohon petunjuk daripada Allah SWT.

Moga Allah SWT sentiasa bimbing kita ke jalan yang diredai-Nya.

@kitabdoa 📚📚📚
@kitabdoa 📚📚📚
Aamiin Ya Allah

@kitabdoa 📚📚📚
Aamiin Yaa Allah 🤲

@kitabdoa 📚📚📚
DOA AGAR SEMUA TAKDIR KITA BAIK

Ummul Mukminin Aisyah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah mengajarkan doa ini kepadanya:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ

Maksudnya: "Ya Allah, aku memohon kepada-Mu segala kebaikan, yang disegerakan mahupun yang ditunda, apa yang aku tahu mahupun yang aku tidak tahu. Dan aku berlindung dengan-Mu daripada segala keburukan, yang disegerakan mahupun yang ditunda, apa yang aku tahu mahupun yang aku tidak tahu."

(Hadis Riwayat Ibn Majah, no. 3846)

Apa yang kita belajar daripada doa ini?

- Memohon kebaikan secara umum tanpa mengkhususkan jenis kebaikan.

- Boleh jadi kita mahukan sesuatu tapi kita tidak tahu sebenarnya ia tidak baik buat kita.

- Serahkan urusan kita kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita di dunia dan akhirat.

Semoga Allah mengurniakan yang baik-baik sahaja kepada kita di dunia dan akhirat

@kitabdoa 📚📚📚
Doa agar ditolong oleh Allah dalam setiap urusan

Aamiin Ya Allah 🤲

@kitabdoa 📚📚📚
Hanya Mu Ya Allah Maha Pengurus segala urusan makhluk..🤲

@kitabdoa 📚📚📚
‎Doa Berlindung dari Kejahatan

‎أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

‎”Aku berlindung dengan kalimah Allah SWT yang sempurna daripada segala keburukan yang Dia ciptakan.”

Sumber: Riwayat Muslim (2709)

@kitabdoa 📚📚📚
Doa Ketika Mengalami Hal Yang Tidak Disukai

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالِ

"Segala puji hanya milik Allah di setiap keadaan."

HR. Ibnu Majah. Syaikh Al Albani mengatakan hadits ini hasan.

@kitabdoa 📚📚📚
𝐃𝐨𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐡𝐮𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐔𝐦𝐮𝐫 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐚𝐢𝐤

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ عُمْرِي آخِرَهُ

Ya Allah! Jadikanlah sebaik-baik umurku adalah pada penghujungnya,

وَخَيْرَ عَمَلِي خَوَاتِمَهُ

dan sebaik-baik amalanku sebagai penutupnya.

وَاجْعَلْ خَيْرَ أَيَّامِي يَوْمَ أَلْقَاكَ

Dan jadikanlah sebaik-baik hariku, adalah hari di mana daku berjumpa dengan Mu kelak.

Semoga kita dapat membaca doa ini setiap hari dan jadikan amalan dalam kehidupan kita.

@kitabdoa 📚📚📚
Doa agar setiap urusan berakhir baik

@kitabdoa 📚📚📚
Selamat Menyambut Hari Ibu buat semua insan yang yang bergelar Ibu.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nisa’ ayat 36 yang bermaksud :

“Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.”

Terima kasih atas kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas segala jasa ibu kita semua.

@kitabdoa 📚📚📚
Doa Mohon Istiqamah

@kitabdoa 📚📚📚
Sahabatku yang baik,

Berikut ini adalah doa-doa yang dicontohkan oleh para Nabi:

1. Doa Nabi Adam

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَسِرِينَ

Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi. (QS. Al-Araf [7]: 23)

2. Nabi Ayyub

اَنِّيْ مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

(Ya Tuhanku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.

3. Nabi Musa

رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku. (QS. Al-Qasas [28]: 24)

4. Nabi Zakariyya

رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً * إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. (QS. Ali Imran [3]: 38)

5. Nabi Yunus

لَّا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَنَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّلِمِينَ

Tidak ada tuhan selain Engkau, Mahasuci Engkau. Sungguh, aku termasuk orang-orang yang zalim. (QS. Al-Anbiya [21]: 87)

Mari kita amalkan dalam kehidupan kita sahabat dan jangan lupa untuk disave dan dishare bila bermanfaat...

@kitabdoa 📚📚📚
Aamiin ya Allah

@kitabdoa 📚📚📚
💕 Jom KITA JOIN CHANNEL² DIBAWAH
==============================

🌸 @kitabdoa
HIMPUNAN DOA

🌸 @doctordakwah
Tarbiah dari jiwa

🌺 @OfficialAisyaa
Quotes santai je

🌼 @quotephotovideo
NASIHAT² KEHIDUPAN

🌻 @jodohtilljannah
Nak jodoh? Send details disini

https://www.tg-me.com/kitabdoa

💞 Group Discussion @quotephotovideochat

😎 SEMOGA IANYA MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA DALAM MELAYARI KEHIDUPAN DIDUNIA INI
TERIMAKASIH...💖
🇲🇾 Waktu Solat Bandar Utama 🇲🇾
🗓 Khamis, 16 Mei 2024
🌟 07 Zulqaedah 1445H

01 Johor
02 Kedah
03 Kelantan
04 Melaka
05 Negeri Sembilan
06 Pahang
07 Perak
08 Perlis
09 P. Pinang
10 Sabah
11 Sarawak
12 Selangor
13 Terengganu
14 Kuala Lumpur
2024/05/15 22:08:17
Back to Top
HTML Embed Code: