Telegram Group Search
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Isteri mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri. Adakah masih wajib suaminya memberi nafaqah kepadanya?

JAWAPAN: Wajib atas suaminya memberi nafaqah kepada isteri samada isterinya itu miskin atau kaya dan samada isterinya ada pendapatan sendiri atau tiada.

Tersebut dalam himpunan fatwa negeri Mesir:

ู†ูู‚ุฉ ุงู„ุฒูˆุฌุฉ ูˆุงุฌุจุฉ ุนู„ู‰ ุฒูˆุฌู‡ุง ูˆุฅู† ูƒุงู†ุช ุชุนู…ู„ุ› ูู‚ุฏ ุซุจุช ูˆุฌูˆุจ ู†ูู‚ุฉ ุงู„ุฒูˆุฌุฉ ุจุงู„ูƒุชุงุจ ูˆุงู„ุณู†ุฉ ูˆุงู„ุฅุฌู…ุงุน

ูˆุฃู…ุง ุงู„ุฅุฌู…ุงุน: ูู‚ุฏ ุงุชูู‚ ุฃู‡ู„ ุงู„ุนู„ู… ุนู„ู‰ ูˆุฌูˆุจ ู†ูู‚ุงุช ุงู„ุฒูˆุฌุงุช ุนู„ู‰ ุฃุฒูˆุงุฌู‡ู† ุฅุฐุง ู…ูƒู†ุช ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุฒูˆุฌู‡ุง ู…ู†ู‡ุงุŒ ูˆูƒุงู†ุช ู…ุทูŠู‚ุฉ ู„ู„ูˆุทุกุŒ ูˆู„ู… ุชู…ุชู†ุน ุนู†ู‡ ู„ุบูŠุฑ ุนุฐุฑ ุดุฑุนูŠ.

Maksudnya: โ€œBermula nafaqah isteri itu wajib ia atas suaminya sekalipun isteri itu bekerja. Maka sungguh telah tetaplah wajib memberi nafaqah akan isteri itu dengan nas Quran, Sunnah dan ijmak. Dan adapun ijmak maka telah sepakat sekelian ulamak atas wajib nafaqah isteri itu atas suami apabila isteri itu telah tinggal bersama suaminya dan layak untuk dijimak dan tiada terhalang darinya tanpa sebarang uzur syarak.โ€

Berkata Imam Ibnu Qudamah:

ูˆุนู„ู‰ ุงู„ุฒูˆุฌ ู†ูู‚ุฉ ุฒูˆุฌุชู‡ุŒ ู…ุง ู„ุง ุบู†ุงุก ุจู‡ุง ุนู†ู‡ุŒ ูˆูƒุณูˆุชู‡ุงุŒ ูˆุฌู…ู„ุฉ ุงู„ุฃู…ุฑ ุฃู† ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุฅุฐุง ุณู„ู…ุช ู†ูุณู‡ุง ุฅู„ู‰ ุงู„ุฒูˆุฌุŒ ุนู„ู‰ ุงู„ูˆุฌู‡ ุงู„ูˆุงุฌุจ ุนู„ูŠู‡ุงุŒ ูู„ู‡ุง ุนู„ูŠู‡ ุฌู…ูŠุน ุญุงุฌุชู‡ุงุ› ู…ู† ู…ุฃูƒูˆู„ ูˆู…ุดุฑูˆุจ ูˆู…ู„ุจูˆุณ ูˆู…ุณูƒู†

Maksudnya: Dan atas suami membayar nafaqah isterinya iaitu perkara yang tidak dapat tidak dari keperluan dan pakaian. Dan apabila isteri telah menyerah dirinya bagi suaminya atas jalan yang wajib maka suami wajib memberi nafaqah isterinya itu daripada makanan dan minuman dan pakaian dan tempat tinggal.โ€ [Kitab Al-Mughni]

Wallahua'lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seseorang itu berzikir samada selepas solat atau pada waktu yang lain manakah yang lebih afdhal antara ia berzikir dengan perlahan atau dengan kuat?

JAWAPAN: Terpulang kepada seseorang itu sendiri samada ia suka berzikir dengan perlahan atau pun dengan kuat.

Maksud perlahan ialah zikir tersebut hanya didengar pada telinganya sendiri sekira-kira orang lain yang ada pada tempat tersebut tidak mendengarnya.

Dan maksud kuat itu ialah zikirnya dapat didengar oleh orang yang ada disitu jika dekat dengannya.

Berkata Imam Nawawi:

ุฅู† ุงู„ุฅุฎูุงุก ุฃูุถู„ ุญูŠุซู…ุง ุฎุงู ุงู„ุฑูŠุงุก ุฃูˆ ุชุฃุฐู‰ ุจู‡ ู…ุตู„ูˆู† ุฃูˆ ู†ูŠุงู…ุŒ ูˆุงู„ุฌู‡ุฑ ุฃูุถู„ ูู‰ ุบูŠุฑ ุฐู„ูƒุŒ ู„ุฃู† ุงู„ุนู…ู„ ููŠู‡ ุฃูƒุซุฑุŒ ูˆู„ุฃู† ูุงุฆุฏุชู‡ ุชุชุนุฏู‰ ุฅู„ู‰ ุงู„ุณุงู…ุนูŠู†ุŒ ูˆู„ุฃู†ู‡ ูŠูˆู‚ุธ ู‚ู„ุจ ุงู„ู‚ุงุฑู‰ุŒ ูˆูŠุฌู…ุน ู‡ู…ู‡ ุฅู„ู‰ ุงู„ููƒุฑุŒ ูˆูŠุตุฑู ุณู…ุนู‡ ุฅู„ูŠู‡ุŒ ูˆูŠุทุฑุฏ ุงู„ู†ูˆู…ุŒ ูˆูŠุฒูŠุฏ ุงู„ู†ุดุงุท

Maksudnya: โ€œBahawasanya memperlahankan zikir itu afdhal sekira-kira khuatir ia daripada riak atau mengganggu orang yang sedang solat atau sedang tidur.

Dan zikir dengan kuat itu afdhal jika pada lain dari yang demikian itu yakni jika tidak khuatir kepada riak dan tidak mengganggu orang yang sedang solat atau sedang tidur.

Dan kerana bahwasanya faedah zikir dengan kuat itu melangkau kepada orang yang mendengar. Dan sungguhnya zikir dengan kuat itu membangunkan hati yang sedang berzikir dan menghimpunkan cinta hatinya kepada berfikir dan memalingkan pendengarannya kepadanya dan mengelakkan tidur dan menambahkan sifat rajin.โ€

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya pernah mendengar suatu ketika dahulu kisah orang yahudi dengkikan umat Islam pada 3 benda tetapi saya telah lupa kerana sudah lama. Bolehkah ustaz sebut tiga benda itu? Adakah kisah ini sahih?

JAWAPAN: Bangsa yahudi sangat hasad dengki kepada Nabi SAW dan agama Islam. Antara yang dihasadkan oleh bangsa yahudi itu ialah 3 perkara yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Ummum Mukminin Aisyah r.a.

Katanya Rasulullah SAW bersabda:

ุฅู†ู‘ูŽู‡ู… ู„ุง ูŠูŽุญุณูุฏูˆู†ุง ุนู„ู‰ ุดูŠุกู ูƒู…ุง ูŠูŽุญุณูุฏูˆู†ุง ุนู„ู‰ ูŠูˆู…ู ุงู„ุฌู…ูุนุฉู ุงู„ุชูŠ ู‡ูŽุฏุงู†ุง ุงู„ู„ู‡ู ู„ู‡ุงุŒ ูˆุถูŽู„ู‘ููˆุง ุนู†ู‡ุงุŒ ูˆุนู„ู‰ ุงู„ู‚ูุจู„ุฉู ุงู„ุชูŠ ู‡ูŽุฏุงู†ุง ุงู„ู„ู‡ู ู„ู‡ุงุŒ ูˆุถูŽู„ู‘ููˆุง ุนู†ู‡ุงุŒ ูˆุนู„ู‰ ู‚ูˆู„ูู†ุง ุฎู„ููŽ ุงู„ุฅู…ุงู…ู: ุขู…ูŠู†ูŽ.

Maksudnya: โ€œSesungguhnya kaum yahudi itu tidak hasad kepada kita atas suatu yang lebih mereka hasad yakni: Hasad mereka akan hari jumaat yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka telah mengkufuri pemberian Allah. Hasad mereka akan kiblat yang Allah anugerahkan kepada kita dan mereka telah sesat padanya. Hasad pada ucapan amin kita ketika solat dibelakang imam.โ€

Hadis ini telah diriwayatkan oleh:

1. Imam Bukhari (6395)
2. Imam Muslim (2165)
3. Imam Tirmizi (2701)
4. Imam Nasaie (10213)
5. Imam Ibnu Majah (856)
6. Imam Ahmad (25029)

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Benarkah orang yang sihat dimakruhkan solat sunat dalam keadaan duduk?

Jika orang yang sakit terpaksa solat dalam keadaan duduk adakah benar bahawa dia hanya mendapat separuh sahaja pahalanya?

JAWAPAN: Orang yang sihat tetapi dia solat dalam keadaan duduk maka perbuatannya itu adalah harus bukannya makruh tetapi jika dia solat dalam keadaan berdiri maka ialah yang afdhal.

Orang yang dapat separuh pahala itu ialah orang sihat yang solat sunat dalam keadaan duduk.

Ada pun orang sakit yang solat duduk itu maka pahalanya sama seperti solat berdiri.

Ada pun solat wajib maka tidak harus sama sekali ia solat dalam keadaan duduk melainkan kerana uzur.

Dari Imran bin Husain r.a. berkata:
Aku bertanyakan Nabi SAW tentang seorang lelaki yang solat sunat dalam keadaan duduk maka Nabi SAW menjawab:

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ู‚ูŽุงุฆูู…ู‹ุง ููŽู‡ููˆูŽ ุฃูŽูู’ุถูŽู„ูุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ู‚ูŽุงุนูุฏู‹ุง ููŽู„ูŽู‡ู ู†ูุตู’ูู ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ู‚ูŽุงุฆูู…ูุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ู†ูŽุงุฆูู…ู‹ุง ููŽู„ูŽู‡ู ู†ูุตู’ูู ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ู‚ูŽุงุนูุฏู

Maksudnya: โ€œSiapa yang solat berdiri maka ialah yang afdhal dan siapa yang solat dalam keadaan duduk maka baginya separuh pahala solat berdiri. Dan siapa yang solat berbaring maka baginya separuh pahala solat duduk.โ€[Hadis Riwayat Imam Bukhari]

Ada pun orang yang uzur yang solat duduk maka pahalanya tidak berkurang sebagaimana dia solat berdiri ketika dia sihat.

Dari Abu Musa Al- Asyโ€™ari r.a. katanya Nabi SAW bersabda:

ุฅุฐูŽุง ู…ูŽุฑูุถูŽ ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ุฃูŽูˆู’ ุณูŽุงููŽุฑูŽ ูƒูุชุจ ู…ูุซู’ู„ู ู…ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ู ู…ูู‚ููŠู…ู‹ุง ุตูŽุญููŠุญู‹ุง

Maksudnya: โ€œApabila seorang itu sakit atau dalam musafir nescaya ditulis pahala seperti dia kerjakannya ketika sedang mukim dan sihat.โ€ [Hadis Riwayat Imam Bukhari]

Berkata Imam Nawawi:

ุฃุฌู…ุนุช ุงู„ู’ุฃูู…ู‘ูŽุฉู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุนูŽุฌูŽุฒูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ู ูููŠ ุงู„ู’ููŽุฑููŠุถูŽุฉู ุตูŽู„ู‘ูŽุงู‡ูŽุง ู‚ูŽุงุนูุฏู‹ุงุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ุฅุนูŽุงุฏูŽุฉูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูุŒ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู†ูŽุง: ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽู†ู’ู‚ูุตู ุซูŽูˆูŽุงุจูู‡ู ุนูŽู†ู’ ุซูŽูˆูŽุงุจูู‡ู ูููŠ ุญูŽุงู„ู ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูุ› ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽุนู’ุฐููˆุฑูŒ

Maksudnya: โ€œTelah ijmak oleh umat atas bahawa siapa yang uzur dari berdiri pada solat fardhu maka harus ia solat duduk tiada lagi kena ulangi. Berkata Ashab kami: Tiada kurang pahalanya dari pahala solat ketika berdiri kerana dia dalam keadaan uzur.โ€™ [Kitab Majmuโ€™ Syarah Muhazzab]

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah maksud ulul azmi dari kalangan para Rasul? Siapakah mereka?

JAWPAN: Yang dikehendaki dengan perkataan Ulul Azmi dari kalangan mereka itu ialah segala Rasul yang kuat kesabaran, ketetapan dan kuat menanggung segala macam ujian dalam meninggikan agama Allah. Apa yang mereka tanggung dari ujian adalah lebih berat dari yang ditangggung oleh selain para Nabi dan Rasul.

Maksud perkataan azam itu adalah sebagaimana yang disebut oleh Al-โ€™Allamah Thohir bin โ€˜Asyur:

ูˆูŽุฃูˆู„ููˆุง ุงู„ู’ุนูŽุฒู’ู…ู: ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจู ุงู„ู’ุนูŽุฒู’ู…ูุŒ ุฃูŽูŠู ุงู„ู’ู…ูุชู‘ูŽุตููููˆู†ูŽ ุจูู‡ูุŒ ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽุฒู’ู…ูุŒ ู†ููŠู‘ูŽุฉูŒ ู…ูุญูŽู‚ู‘ูŽู‚ูŽุฉูŒ ุนูŽู„ูŽู‰ ุนูŽู…ูŽู„ู ุฃูŽูˆู’ ู‚ูŽูˆู’ู„ู ุฏููˆู†ูŽ ุชูŽุฑูŽุฏู‘ูุฏู

Maksudnya: โ€œDan bermula Ulul Azmi itu ialah orang-orang yang bersifat dengan azam yaitu niat yang sebenar atas amalan dan perkatan tanpa keraguan.โ€ [Kitab At-Tahrir Wat-Tanwir]

Tersebut pada kitab Tafsir Jalalain: โ€œUlul azmi bermaksud orang yang mempunyai ketetapan dan sabar atas segala kesusahan.โ€ [m.s. 672]

Berkata Syeikhul Azhar Syeikh At-Tanthawi:

ุฃูˆู„ูˆุง ุงู„ุนุฒู… ู…ู† ุงู„ุฑุณู„ุŒ ูˆู‡ู… ุงู„ุฐูŠู† ุชุญู…ู„ูˆุง ููŠ ุณุจูŠู„ ุฅุนู„ุงุก ูƒู„ู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุฃูƒุซุฑ ู…ู…ุง ุชุญู…ู„ ุบูŠุฑู‡ู…

Maksudnya: โ€œUlul Azmi ialah Rasul yang menanggung ujian pada jalan meningggikan agama Allah yang lebih berat dari yang dirasakan oleh selain mereka.โ€ [Tafsir Wasith]

Dan yang terkenal ulul azmi dari kalangan para Rasul ini ialah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan Nabi Muhammad SAW.

Berkata Imam Ibnu Kathir:

ูˆูŽุฃูŽุดู’ู‡ูŽุฑูู‡ูŽุง ุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ูู…ู’ ู†ููˆุญูŒ ูˆูŽุฅูุจู’ุฑูŽุงู‡ููŠู…ู ูˆูŽู…ููˆุณูŽู‰ ูˆุนูŠุณู‰ ูˆุฎุงุชู… ุงู„ุฃู†ุจูŠุงุก ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏูŒ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุขู„ูู‡ ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽุ› ู‚ูŽุฏู’ ู†ูŽุตู‘ูŽ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽุณู’ู…ูŽุงุฆูู‡ูู…ู’ ู…ูู†ู’ ุจูŽูŠู’ู†ู ุงู„ู’ุฃูŽู†ู’ุจููŠูŽุงุกู ูููŠ ุขูŠูŽุชูŽูŠู’ู†ู ู…ู† ุณูˆุฑุชูŠ ุงู„ุฃุญุฒุงุจ ูˆุงู„ุดูˆุฑู‰

Maksudnya: โ€œDan yang terkenal ulul azmi itu ialah Nuh dan Ibrahim dan Musa dan Isa dan Nabi Muhammad SAW penutup segala Nabi. Dan sungguh telah menjelaskan oleh Allah atas nama-nama mereka ini dari kalangan para Nabi pada dua ayat pada surah Al-Ahzab dan As-Syura.โ€ [Tafsir Ibnu Kathir]

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya apabila dibina sebuah masjid lalu diletakkan nama orang yang membinanya atau yang mewakafkannya atau seumpamanya?

JAWAPAN: Harus hukumnya meletakkan nama masjid dengan nama seseorang samada orang tersebut yang membinanya atau yang mewakafkannya atau yang memilik tanahnya atau seorang yang lain sekalipun dia seorang yang kaya asalkan bukan bertujuan riak dan bermegah-megah.

Berkata Syeikh Athiyah Saqr:

ู„ุง ู…ุงู†ุน ู…ู† ุฅุทู„ุงู‚ ุฃุณู…ุงุก ุจุนุถ ุงู„ู†ุงุณ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ุณุงุฌุฏุŒ ูˆู‡ุฐุง ุงู„ุฅุทู„ุงู‚ ู‚ุฏ ูŠูƒูˆู† ู…ู† ุบูŠุฑ ู…ู† ุจู†ู‰ ุงู„ู…ุณุฌุฏุŒ ูˆุฐู„ูƒ ู„ุชุฎู„ูŠุฏ ุงุณู… ุดุฎุต ุนุงู„ู… ุฃูˆ ุญุงูƒู… ุฃูˆ ู…ุตู„ุญุŒ ูˆู‚ุฏ ูŠูƒูˆู† ู‡ูˆ ุงู„ุฐู‰ ุจู†ู‰ ุงู„ู…ุณุฌุฏ ูˆู…ูŠุฒู‡ ุจุงุณู…ู‡.
ุฃู…ุง ุชุฎู„ูŠุฏ ุฃุณู…ุงุก ุจุนุถ ุงู„ู†ุงุณ ุจู†ุณุจุฉ ุงู„ู…ุณุงุฌุฏ ุฅู„ูŠู‡ู… ูู„ุง ู…ุงู†ุน ู…ู†ู‡ ุฅุฐุง ูƒุงู† ู‡ุฐุง ุงู„ุดุฎุต ูŠุณุชุญู‚ ุฐู„ูƒุŒ ูˆุฅุฐุง ูƒุงู†ุช ู†ูŠุฉ ู…ู† ู‚ุงู…ูˆุง ุจู‡ุฐุง ุงู„ุนู…ู„ ุญุณู†ู‡.
ูˆุฃู…ุง ูƒุชุงุจุฉ ุจุงู†ู‰ ุงู„ู…ุณุฌุฏ ุงุณู…ู‡ ุนู„ูŠู‡ ููŠุฑุฌุน ููŠู‡ ุฃูŠุถุง ุฅู„ู‰ ู†ูŠุชู‡ุŒ ูุฅู† ูƒุงู† ู„ู…ุฌุฑุฏ ุชู…ูŠูŠุฒู‡ ุนู† ุบูŠุฑุฉ ูˆุณู‡ูˆู„ุฉ ุงู„ุงุณุชุฏู„ุงู„ ุนู„ูŠู‡ ุฃูˆ ุนู…ู„ ุงู„ุฅุฌุฑุงุกุงุช ุงู„ู„ุงุฒู…ุฉ ู„ู‡ ูู„ุง ู…ุงู†ุนุŒ ูˆุฅู† ูƒุงู† ู„ู„ูุฎุฑ ูˆุงู„ุฑูŠุงุก ูู…ู…ู†ูˆุนุŒ ูˆุงู„ู†ุตูˆุต ูู‰ ูˆุฌูˆุจ ุงู„ุฅุฎู„ุงุต ู„ู„ู‡ ูˆุชุญุฑูŠู… ุงู„ุฑูŠุงุก ูƒู†ูŠุฑุฉุŒ ูˆุงู„ุญุฏูŠุซ ู…ุนุฑูˆู " ุฅู†ู…ุง ุงู„ุฃุนู…ุงู„ ุจุงู„ู†ูŠุงุช

Maksudnya: โ€œTiada halangan dari meletakkan nama seseorang kepada masjid. Yang demikian itu terkadang bukan nama orang yang membina masjid itu. Maka itu adalah kerana mengabadikan nama seorang yang alim atau seorang yang bijak atau seorang yang melakukan kebaikkan. Dan terkadang diletakkan nama orang yang membina masjid.

Dan terkadang mengabadikan nama setengah orang-orang kepada masjid yang tiada ada halangan daripadanya apabila adalah individu tersebut memang berhak dengannya apabila tujuan orang-orang yang melakukannya adalah tujuan yang baik.

Ada pun menulis akan nama tukang bina masjid maka kembali juga kepada niat. Maka jika semata-mata tujuannya supaya terbeza masjid tersebut dari yang lain dan memudahkan menunjukan kepadanya atau pekerjaan yang lazim baginya maka tidaklah menjadi halangan.

Dan jika adalah meletakkan nama seseorang kerana berbangga-bangga dan riak maka ia adalah dilarang. Dan segala nas pada wajibnya ikhlas kerana Allah dan haramnya riak sangat banyak. Hadis segala amal itu dengan niat sangat masyhur."

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ada sesetengah orang kafir yang mengeluarkan perkataan yang batil tentang agama Islam tetapi ada sesetengah orang Islam yang turut bersetuju dengan mereka.

Apakah hukumnya orang Islam ini disisi syarak?

JAWAPAN: Orang Islam dilarang duduk bersama orang yang mempersendakan agama Islam atau yang mengeluarkan perkataan yang dusta dan karut. Perkataan yang maksiat atau dosa atau yang mengkafirkan atau yang batil haram disokong dan orang yang menyokong atau bersetuju adalah bersamaan hukumnya dengan orang yang mengeluarkan perkataan.

Orang Islam yang setuju dengan perkataan yang mengkafirkan maka jadilah ia kafir juga.

Allah SWT berfirman:

ููŽู„ุง ุชูŽู‚ู’ุนูุฏููˆุง ู…ูŽุนูŽู‡ูู…ู’ ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุฎููˆุถููˆุง ูููŠ ุญูŽุฏููŠุซู ุบูŽูŠู’ุฑูู‡ู ุฅูู†ู‘ูŽูƒูู…ู’ ุฅูุฐู‹ุง ู…ูุซู’ู„ูู‡ูู…ู’

Maksudnya: โ€œMaka jangan sekali-kali kamu duduk bersama orang kafir itu sehingga mereka tidak lagi berkata yang karut dan kufur. Sungguhnya kamu ketika itu adalah sama dengan orang kafir itu.โ€ [Surah An-Nisak: 140]

Berkata Imam Ibnul โ€˜Arabi:

ู„ุง ูŠุฎู„ูˆ ุฃู† ูŠูƒูˆู† ู…ุง ู‚ุงู„ูˆู‡ ู…ูู† ุฐู„ูƒ ุฌุฏุง ุฃูˆ ู‡ุฒู„ุง ุŒ ูˆู‡ูˆ ูƒูŽูŠู’ููŽู…ูŽุง ูƒุงู† ูƒููู’ุฑ ุŒ ูุฅู† ุงู„ู‡ุฒู„ ุจูุงู„ู’ูƒููุฑ ูƒููู’ุฑ ู„ุง ุฎู„ุงู ููŠู‡ ุจูŠู† ุงู„ุฃู…ุฉ . ุงู‡

Maksudnya: โ€œTiada sunyi dari apa yang mereka perkatakan itu (yakni celaan kepada agama Islam) antara sungguh atau gurauan. Bagaimana pun ada ia hukumnya adalah kufur dari kerana bahawasanya bergurau dengan suatu yang kufur itu menjadi seorang itu kafir. Tiada perselisihan pada hukum tersebut.

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah tersenyum ketika mengerjakan solat itu boleh membatalkan solat?

JAWAPAN: Tersenyum ketika menunaikan solat itu tidak termasuk perkara yang membatalkan solat disisi jumhur ulamak.

Tersebut pada kitab Al-Mausuโ€™atul Fiqhiyah:

ู‚ุงู„ ุงุจู† ุงู„ู…ู†ุฐุฑ(ุฃุฌู…ุน ูƒู„ ู…ู† ู†ุญูุธ ุนู†ู‡ ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ุนู„ู… โ€“ ุบูŠุฑ ุงุจู† ุณูŠุฑูŠู† โ€“ ุนู„ู‰ ุฃู† ุงู„ุชุจุณู… ููŠ ุงู„ุตู„ุงุฉ ู„ุง ูŠูุณุฏู‡ุง).
ูˆู‚ุงู„ ุงุจู† ู‚ุฏุงู…ุฉ(ูˆุฃูƒุซุฑ ุฃู‡ู„ ุงู„ุนู„ู… ุนู„ู‰ ุงู„ุชุจุณู… ู„ุง ูŠูุณุฏู‡ุง โ€“ ุฃูŠ ู„ุง ูŠูุณุฏ ุงู„ุตู„ุงุฉ)
ูˆู‚ุงู„ ุงู„ู†ูˆูˆูŠ: ู‚ุงู„ ุฃูƒุซุฑ ุงู„ุนู„ู…ุงุก: ู„ุงุจุฃุณ ุจุงู„ุชุจุณู….

Maksudnya: โ€œTelah berkata Imam Ibnu Al-Munzir: Telah ijmak oleh ulamak selain Ibnu Sirrin atas bahwasanya tersenyum di dalam solat itu tidak membatalkan solat.

Dan telah berkata Imam Ibnu Qudamah: Dan majoriti ulamak berjalan atas bahawasanya tersenyum itu tidak membatalkan solat.

Dan berkata Imam Nawawi: Telah berkata jumhur ulamak tiada mengapa dengan tersenyum (dalam solat).โ€ Dan telah diriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah r.a. katanya:

ู„ุง ูŠู‚ุทุน ุงู„ุตู„ุงุฉูŽ ุงู„ุชุจุณู…ู

Maksudnya: โ€œTersenyum itu tidak memutuskan solat.โ€

KESIMPULAN:
Tersenyum tidak membatalkan solat kerana sedikit perbuatannya bersalahan ketawa dari kerana ketawa itu perbuatan yang banyak maka ia membatalkan solat.

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seorang itu sedang junub diharamkan membaca Quran. Bagaimana kalau orang yang junub itu berzikir adakah diharamkan juga?

JAWAPAN: Harus hukumnya disisi syarak berzikir menyebut Allah bagi orang yang sedang berhadas besar seperti junub, haidh dan nifas kerana sungguhnya perintah berzikir itu datang ia secara mutlak tanpa ada dikaitkan dengan berhadas atau suci.

Dan adalah Nabi SAW sentiasa berzikir menyebut Allah pada sekelian gerak dan diamnya dan pada sekelian keadaannya.

Telah diriwayatkan dari Aisyah r.a. berkata:

ูƒุงู† ุฑุณูˆู„ู ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… ูŠุฐูƒุฑู ุงู„ู„ู‡ ุนุฒูŽู‘ ูˆุฌู„ูŽู‘ ุนู„ู‰ ูƒู„ูู‘ ุฃุญูŠูŽุงู†ู‡

Maksudnya: โ€œAdalah Rasulullah SAW berzikir menyebut Allah Azza Wa Jalla atas setiap keadaannya.โ€ [Hadis Riwayat Imam Muslim]

Yang dilarang ke atas orang yang berhadas besar hanyalah membaca Quran. Ada pun selain dari membaca Quran seperti berzikir dan selawat dan istighfar dan doa dan seumpamanya maka tidak ada larangan dengan ijmak ulamak.

Telah berkata Imam Nawawi:

ุฃุฌู…ุน ุงู„ุนู„ู…ุงุกู ุนู„ู‰ ุฌูˆุงุฒ ุงู„ุฐูƒุฑ ุจุงู„ู‚ู„ุจ ูˆุงู„ู„ุณุงู† ู„ู„ู…ูุญู’ุฏูุซ ูˆุงู„ุฌูู†ุจ ูˆุงู„ุญุงุฆุถ ูˆุงู„ู†ูุณุงุกุŒ ูˆุฐู„ูƒ ููŠ ุงู„ุชุณุจูŠุญ ูˆุงู„ุชู‡ู„ูŠู„ ูˆุงู„ุชุญู…ูŠุฏ ูˆุงู„ุชูƒุจูŠุฑ ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ุนู„ู‰ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุขู„ู‡ ูˆุณู„ู… ูˆุงู„ุฏุนุงุก ูˆุบูŠุฑ ุฐู„ูƒ

Maksudnya: โ€œTelah ijmak oleh para ulamak atas harus berzikir dengan hati dan lisan bagi orang yang berhadas dan yang junub dan haidh dan nifas. Zikir itu ialah tasbih dan tahlil dan tahmid dan takbir dan selawat ke atas Rasulullah SAW dan doa dan lain dari yang demikian itu.โ€ [Kitab Al-Azkaar]

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya seorang isteri yang bekerja dengan izin suami saya dan mempunyai pendapatan bulanan. Yang menjadi persoalan ialah suami saya membuat peraturan yang mana dia akan simpan separuh dari gaji yang saya terima dan separuh lagi untuk perbelanjaan tapi saya tidak setuju.

Adakah suami berhak atas duit isteri?

JAWAPAN: Peraturan syarak menetapkan dalam pendapatan isteri itu suami tidak ada hak atasnya manakala dalam pendapatan suami itu isteri ada hak atasnya.

Tersebut pada kitab Al-Mausuโ€™atul Fiqhiyah:

ุฐู‡ุจ ุฌู…ู‡ูˆุฑ ุงู„ูู‚ู‡ุงุก (ุงู„ุญู†ููŠู‘ุฉ ูˆุงู„ุดู‘ุงูุนูŠู‘ุฉ ูˆู‡ูˆ ุงู„ุฑู‘ุงุฌุญ ุนู†ุฏ ุงู„ุญู†ุงุจู„ุฉ) ุฅู„ู‰ ุฃู†ู‘ ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ุงู„ุจุงู„ุบุฉ ุงู„ุฑู‘ุดูŠุฏุฉ ู„ู‡ุง ุญู‚ู‘ ุงู„ุชู‘ุตุฑู‘ู ููŠ ู…ุงู„ู‡ุงุŒ ุจุงู„ุชู‘ุจุฑู‘ุนุŒ ุฃูˆ ุงู„ู…ุนุงูˆุถุฉุŒ ุณูˆุงุก ุฃูƒุงู†ุช ู…ุชุฒูˆู‘ุฌุฉู‹ุŒ ุฃู… ุบูŠุฑ ู…ุชุฒูˆู‘ุฌุฉ. ูˆุนู„ู‰ ุฐู„ูƒ ูุงู„ุฒู‘ูˆุฌุฉ ู„ุง ุชุญุชุงุฌ ุฅู„ู‰ ุฅุฐู† ุฒูˆุฌู‡ุง ููŠ ุงู„ุชู‘ุตุฏู‘ู‚ ู…ู† ู…ุงู„ู‡ุง

Maksudnya: โ€œTelah berjalan oleh majoriti ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan yang paling kuat disisi mazhab Hanbali kepada bahawasanya perempuan yang telah baligh dan cerdik adalah dia berhak membelanjakan hartanya sendiri dengan bersedekah atau berjual beli samada perempuan tersebut sudah berkahwin atau belum berkhawin. Dan atas yang demikian itulah tidak wajib atas perempuan itu meminta izin suaminya jika dia hendak bersedekah.โ€

Kesimpulan
Jika isteri tidak bersetuju wangnya diambil oleh suami maka suami tidak boleh mengambilnya.

Isteri boleh membelanjakan wangnya sendiri tanpa wajib meminta izin suaminya terlebih dulu tetapi sunat isteri memberitahu suaminya tentang perbelanjaannya.

Ada pun jika isteri mahu berbelanja wangnya sendiri kepada perkara lagha atau perkara maksiat maka suami ada hak melarangnya dan isteri wajib taat apabila suaminya melarang pada masalah seperti ini.

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah boleh membawa masuk ke dalam tandas telefon pintar yang ada di dalamnya aplikasi Quran?

JAWAPAN: Dilarang membawa suatu yang ada tertulis padanya ayat-ayat Quran atau hadis atau nama-nama Allah dan yang seumpamanya.

Oleh itu jika ada di dalam telefon seseorang aplikasi Al-Quran dan hendak dibawa masuk ke dalam tandas nescaya hendaklah ditutup dahulu sampai hilang segala ayat-ayat Quran dari paparan pada telefonnya itu.

Tersebut pada kitab Iโ€™anah At-Talibin:

{ู‚ูˆู„ู‡ ูˆูŠู†ุญู‰ ุงู„ุฎ } ุฃู‰ ูˆูŠู†ุฏุจ ู„ู‡ ุงู† ูŠู†ุญู‰ ุฃู‰ ูŠุฒูŠู„ ู…ู†ู‡ ุดูŠุก ุงู„ุฐูŠ ูƒุชุจ ุนู„ูŠู‡ ู…ุนุธู… ูˆุฐู„ูƒ ู„ู…ุง ุตุญ ุฃู†ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูƒุงู† ุฅุฐุง ุฏุฎู„ ุงู„ุฎู„ุงุก ูˆุถุน ุฎุงุชู…ู‡ ูˆูƒุงู† ู†ู‚ุดู‡ ู…ุญู…ุฏ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ุŒ ู…ุญู…ุฏ ุณุทุฑ ูˆุฑุณูˆู„ ุณุทุฑ ูˆุงู„ู„ู‡ ุณุทุฑ ูˆููŠ ู…ุบู†ูŠ ู…ุงู†ุตู‡ ูˆู‡ุฐ ุงู„ุฃุฏุจ ู…ุณุชุญุจ

Maksudnya: โ€œDisunatkan baginya menghilangkan suatu yang tertulis padanya suatu yang dimuliakan kerana Nabi SAW adalah apabila memasuki tandas ditanggalkan dulu cincinnya yang tertulis Muhammad Rasulullah.โ€

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seorang sedang duduk membaca tahyat kemana matanya kena lihat dan masa mana angkat jarinya?

JAWAPAN: Ketika duduk membaca tahyat disunatkan meletakkan kedua tapak tangannya di atas pahanya dan digenggam jari kanannya melainkan jari telunjuknya diluruskan mengadap kiblat.

Apabila membaca syahadah maka diangkat jari telunjuk sampai kepada salam.

Ada pun matanya hendaklah ditumpukan kepada jari telunjuknya itu dari awal tahyat sampai kepada akhirnya.

Jika jari telunjuknya tidak boleh diangkat sebab sakit umpamanya maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain.

Berkata Imam Nawawi:

ู‚ุงู„ ุฃุตุญุงุจู†ุง : ูŠุดูŠุฑ ุนู†ุฏ ู‚ูˆู„ู‡ : ( ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ) ู…ู† ุงู„ุดู‡ุงุฏุฉ ุŒ ูˆูŠุดูŠุฑ ุจู…ุณุจุญุฉ ุงู„ูŠู…ู†ู‰ ู„ุง ุบูŠุฑ ุŒ ูู„ูˆ ูƒุงู†ุช ู…ู‚ุทูˆุนุฉ ุฃูˆ ุนู„ูŠู„ุฉ ู„ู… ูŠุดุฑ ุจุบูŠุฑู‡ุง ู„ุง ู…ู† ุงู„ุฃุตู„ ุจุงู„ูŠู…ู†ู‰ ูˆู„ุง ุงู„ูŠุณุฑู‰ ุŒ ูˆุงู„ุณู†ุฉ ุฃู† ู„ุง ูŠุฌุงูˆุฒ ุจุตุฑู‡ ุฅุดุงุฑุชู‡ ุŒ ูˆููŠู‡ ุญุฏูŠุซ ุตุญูŠุญ ููŠ ุณู†ู† ุฃุจูŠ ุฏุงูˆุฏ ูˆูŠุดูŠุฑ ุจู‡ุง ู…ูˆุฌู‡ุฉ ุฅู„ู‰ ุงู„ู‚ุจู„ุฉ ุŒ ูˆูŠู†ูˆูŠ ุจุงู„ุฅุดุงุฑุฉ ุงู„ุชูˆุญูŠุฏ ูˆุงู„ุฅุฎู„ุงุต . ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู… .

Maksudnya: โ€œDan telah berkata Ashab kami disunatkan mengisyaratkan ketika membaca ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ dalam syahadah dan hendaklah isyarat itu hanya dengan jari telunjuk tiada dengan jari lain. Maka andainya jari telunjuk seorang itu terpotong atau sakit maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain samada kanan atau kiri.

Dan sunat matanya sentiasa meilhat isyarat jarinya itu. Dan pada hadis yang sahih pada sunan Abi Daud mengisyarat dengannya dianjurkan ke arah kiblat dan berniat dengan isyaratnya itu akan mengesakan Allah dan ikhlas.โ€ [Kitah Syarah Sahih Muslim]

Wallahua'lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@thepensilkayuofficial
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah harus orang Islam meminati pelakon atau penyanyi yang bukan Islam dan adakah ini dinamakan menyerupai orang bukan Islam?

JAWAPAN: Tidak haram orang Islam suka kepada sesuatu yang tidak haram yang dilakukan oleh orang kafir seperti sukakan melihat kepandaiannya bermain bola atau kehebatannya melukis atau bakatnya berlakon.

Yang diharamkan ialah meniru perangai orang kafir yang diminatinya itu seperti apabila yang diminatinya itu suka bercakap lucah maka dia ikut sama bercakap lucah atau yang diminatinya itu berpakaian mendedahkan aurat maka diikutnya sama atau yang diminatinya itu bebas bergaul lelaki perempuan maka dia pun ikut sama kerana minat yang sangat maka minat seperti ini adalah haram.

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุดูŽู‘ูŠู’ุฎู ุฃูŽุจููˆู’ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ุญูŽู…ู’ุฒูŽุฉูŽ ู†ูŽููŽุนูŽ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูŽุง ู…ูู„ูŽุฎูŽู‘ุตูู‡ู ุธูŽุงู‡ูุฑู‹ุง ู„ูู„ูŽูู’ุธู ุงู„ุฒูŽู‘ุฌู’ุฑู ุนูŽู†ู ุงู„ุชูŽู‘ุดูŽุจูู‘ู‡ู ูููŠ ูƒูู„ูู‘ ุดูŽูŠู’ุฆูุŒ ูƒูŽุฐูŽุง ุนูุฑูููŽ ู…ูู†ูŽ ุงู’ู„ุฃูŽุฏูู„ูŽู‘ุฉู ุงู’ู„ุฃูุฎู’ุฑูŽู‰ ุฃูŽู†ูŽู‘ ุงู„ู’ู…ูุฑูŽุงุฏูŽ ุงู„ุชูŽู‘ุดูŽุจูู‘ู‡ู ูููŠ ุงู„ุฒูู‘ูŠูู‘ ูˆูŽุจูŽุนู’ุถู ุงู„ุตูู‘ููŽุงุชู ูˆูŽู†ูŽุญู’ูˆูู‡ูŽุง ู„ุงูŽ ุงู„ุชูŽู‘ุดูŽุจูู‘ู‡ู ูููŠ ุฃูู…ููˆู’ุฑู ุงู„ู’ุฎูŽูŠู’ุฑู.

Maksudnya: โ€œTelah menyebut oleh Syeikh Abu Muhammad bin Hamzah menurut zahirnya adalah dilarang dari menyerupai orang kafir dalam setiap hal yang bersamaan juga dalil-dalil yang lain. Yang dikehendaki dengan menyerupai orang kafir itu ialah pada cara berpakaian dan berhias dan beberapa sifatnya atau seumpamanya. Dan bukanlah larangan itu pada perkara kebaikan.โ€ [Fathul Baari]

Kesimpulan
Haram meniru perbuatan orang kafir yang bersalahan pada syarak samada kerana minat atau seumpamanya.

Jika meminati seseorang yang bukan Islam yang pandai atas melakukan sesuatu maka cukuplah sekadar pada bakatnya atau kepandaiaannya dan jangan diikut akan akhlaknya atau perangainya atau gaya hidupnya kerana orang Islam wajib berperangai dan berakhlak, berpakaian seperti orang Islam.

Wallahuaโ€™lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@thepensilkayuofficial
Salam sejahtera, siapa berminat untuk mengambil alih channel ini sepenuhnya dengan berkongsi quotes menarik atau pengisian ilmiah

Boleh PM @@ahliseketeriatperkim_22

Thank you
ThePensilKayuOfficial๐Ÿ’• pinned ยซSalam sejahtera, siapa berminat untuk mengambil alih channel ini sepenuhnya dengan berkongsi quotes menarik atau pengisian ilmiah Boleh PM @@ahliseketeriatperkim_22 Thank youยป
Donโ€™t waste time worrying about people who donโ€™t like you. Spend time with people who accept you for who you are. They are the ones worth keeping in your life.

@thepensilkayuofficial
Bismillah doa untuk hari ini :

"Ya Allah, permudahkanlah apa yang sulit, lapangkanlah apa yang sempit"
ThePensilKayuOfficial๐Ÿ’• pinned ยซBismillah doa untuk hari ini : "Ya Allah, permudahkanlah apa yang sulit, lapangkanlah apa yang sempit"ยป
di belakang sahabat , ceritakanlah kebaikannya , sembunyikan aibnya . di hadapan sahabat , perbetulkanlah dia , nasihatilah dia , jangan khianat .
AKAUN TIKTOK UNTUK DIJUAL

Follower: 5K
Like: 80K

Harga: RM400
- sesuai untuk live gaming
- sesuai untuk business
- sesuai buat content

berminat whatsapp: www.wassap.my/601133636844/nakbeliakauntiktok
2024/03/28 10:17:45
Back to Top
HTML Embed Code: