Telegram Group Search
Tulisan dilakarkan pada dinding rumah yang musnah dibom rejim Israel ke atas pemiliknya di utara Gaza bersempena Hari Raya Eidul Adha.

“Hari raya kami tidak bermakan tanpa kepulangan orang-orang yang kami sayangi; mereka yang dipindahkan ke selatan Gaza.”

Sumber: Eye On Palestine

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Laungan untuk Gaza dan Palestin dialam demonstrasi di Jerman di tengah-tengah penindasan yang berterusan di Gaza.

Sumber: Quds News Network

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
🛑 TERKINI | Seorang kanak-kanak, Baha Kazim Haj Mohammed (7), telah ditahan oleh rejim Zionis dalam sebuah pencerobohan terbaharu di perkampungan Al-Mughayyir, timur laut Ramallah, Tebing Barat.

Penahanan ini merupakan yang pertama dilaporkan pada hari raya pertama Aidiladha di Palestin.

Sumber: Quds News Network.
Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM,
Melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL,
Dikala itulah bermulanya sejarah agung erti sebuah PENGORBANAN.

Selamat menyambut Aidiladha daripada kami tim Cinta Gaza Malaysia.

Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT.
Menarik sekiranya kita duduk bersama mendengar perkongsian pengalaman dan ilmu daripada Tuan Syed Azwan di dalam slot PERANAN ADVOKASI MEDIA.

Namanya pun tidak asing lagi dalam dunia pembukuan melalui karyanya, Nota Kabul yang merupakan dokumentari beliau selama 23 hari di bumi bergolak Afghanistan dari 24 September hingga 16 oktober 2021.

Ayuh sertai program anjuran Cinta Gaza Malaysia (CGM) pada Ogos ini!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.


Yuran pendaftaran?
Hanya RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

Penginapan disediakan
Makanan disediakan
Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Penduduk Palestin menunaikan solat Aidiladha di antara runtuhan rumah mereka yang musnah di bandar Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza

Kredit: Mariam Dagga

#TaufanalAqsa #IsraelCuak
PERKEMBANGAN TERKINI DI GAZA
Setakat 17 JUN 2024| JAM 11 PAGI


▪️9 orang rakyat Palestin, termasuk lima orang kanak-kanak telah terbunuh dalam serangan Israel yang menyasarkan sebuah rumah di kem pelarian Bureij, tengah Gaza. Mereka dibawa ke Hospital al-Aqsa untuk rawatan selanjutnya.

▪️Antara kawasan lain yang turut menjadi sasaran rejim Israel, termasuklah:
▫️Sebuah rumah di utara Gaza:
2 orang terbunuh.
▫️Kawasan kejiranan Zarqa:
13 orang penduduk Palestin cedera.
▫️Kawasan kejiran Sheikh Radwan:
3 orang terbunuh.
▫️Kawasan pertanian di timur Deir al-Balah:
Rekod daripada Pusat Satelit PBB mendedahkan sebanyak 33.13 peratus kawasan pertanian itu telah musnah, meningkat mendadak daripada 5.36 peratus pada Oktober 2023.

▪️Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambut baik operasi "jeda taktikal" yang diumumkan oleh tentera Israel. Operasi itu difahamkan hanya melibatkan sepanjang jalan selatan Gaza. Pun begitu, PBB berharap ia akan membawa lebih banyak langkah konkrit untuk meningkatkan akses kemanusiaan di Gaza.

▪️Tembakan rentas sempadan daripada gerakan Hizbullah di Lubnan ke Israel boleh mencetuskan peningkatan konflik yang lebih serius, kata tentera Israel.

▪️Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant telah membuat lawatan ke kawasan yang menyaksikan 8 orang askar terbunuh dalam serangan hendap Hamas di selatan Gaza semalam. Gallant berjanji perang di Gaza akan diteruskan.

▪️Setakat 16 Jun 2024, jam 8:30 malam - angka kesyahidan telah meningkat sehingga 37,296 orang dan 85,197 yang lain dilaporkan cedera.
🛑 TERKINI | Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bubarkan kabinet perang.

Sumber: The Jerusalem Post, The Spectator Index
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
"Apa yang kami akan lakukan sepanjang TOV nanti?"

7 HARI TOV, MACAM-MACAM YANG KORANG BELAJAR NANTI!

Tidak hanya didedahkan dengan teori semata-mata, tetapi kalian juga akan praktikkan di dalam slot amali iaitu crash course.

Paling best, kita akan mengintai sejarah pejuang Palestin dan strategi Zionis dalam merampas tanah Palestin.

Jadi, dah daftar ke belum?

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
🗓️Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
🏫Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor.


Yuran pendaftaran?
Hanya RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

Penginapan disediakan
Makanan disediakan
Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
Kementerian Kesihatan di Gaza, 17 Jun 2024
Hari ke-255 serangan kejam Israel ke atas semenanjung Gaza

▪️ Rejim Zionis Israel melancarkan 2 operasi pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di semenanjung Gaza hingga mengakibatkan 10 penduduk syahid manakala 73 yang lain cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu.

▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya. Ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa.

▪️Angka korban serangan Israel telah meningkat kepada 37,347 syuhada dan 85,372 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
🛑Media musuh: Seramai 8,663 askar Zionis telah tiba di jabatan pemulihan psikologi dan fizikal sejak perang tercetus di semenanjung Gaza pada 7 Oktober.

Sumber: Shehab Agency
2024/06/17 22:19:13
Back to Top
HTML Embed Code: