tg-me.com/quotesbytwins/4164
Last Update:
P E R S A H A B A T A N
Ia cukup indah bagi mereka yang benar-benar mengerti akan nilainya. Sahabat adalah insan yang selalu di samping kita walau tidak ada di depan mata tapi dalam doanya sentiasa ada.
Hargailah nilai sebuah persahabatan kerana, ia adalah hadiah terbaik dari ALLAH untuk kita.
Saya ambil petikan ucapan daripada Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sedap kata-katanya :
"Apabila anda tua, rebut setiap peluang untuk bersama rakan-rakan lama, kawan sekolah dan rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yang mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dengan kehidupan.
Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kadang-kadang menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dapat dilupakan kerana sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan dalam kenangan.”
.
Sahabat,
Sekiranya aku terjatuh, sambutlah. Sekiranya tersesat, jadilah jurumudiku, Sekiranya aku menyakitimu maafkan aku. Semoga kamu dalam Rahmat dan lindungan Allah sentiasa.
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
@quotesbytwins
BY QuotesByTwins
Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 280
Share with your friend now:
tg-me.com/quotesbytwins/4164