Telegram Group Search
⚠️ AWAS ‼️
Waspada tanda-tanda PSP‼️
SEGERA KE FASILITI KESIHATAN BERHAMPIRAN ANDA SEKIRANYA MENGHADAPI TANDA-TANDA PSP‼️
#KeselamatanMakananTanggungjawabBersama
SIARAN MEDIA : DOF SAHKAN KUPANG DICEMARI BIOTOKSIN

Pejabat Perikanan Negeri Sembilan

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐂𝐔𝐀𝐂𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒
5 April 2024
🔸Terdapat 8 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 2 (Gelombang Haba) iaitu (Padang Terap) Kedah, (Hulu Perak) Perak, (Jeli dan Gua Musang) Kelantan dan (Jerantut, Raub, Temerloh dan Bera) Pahang.
Tahap Gelombang Haba: Suhu maksimum harian 37-40 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
🔸Terdapat 27 kawasan di Semenanjung berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Perlis, (Baling, Kota Setar, Kulim, Kuala Muda, Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena, Sik dan Bandar Baharu) Kedah, (Timur Laut dan Seberang Perai Tengah) Pulau Pinang, (Kinta, Kampar dan Kuala Kangsar) Perak, (Tampin dan Jelebu) Negeri Sembilan, (Maran, Lipis, Pekan, Rompin dan Bentong) Pahang, (Pasir Puteh dan Kuala Krai) Kelantan dan (Besut dan Dungun) Terengganu.
🔸Terdapat 2 kawasan di Sarawak berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Mukah dan Limbang.
🔸Terdapat 3 kawasan di Sabah berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) iaitu Kota Belud, Kota Marudu dan Tenom.

Tahap Berjaga-Jaga: Suhu maksimum harian 35-37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama 3 hari berturut-turut.
Sempena musim perayaan ini, semua orang sibuk membuat persiapan 🍪🧁bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tetapi jangan lupa untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah 🏡 anda agar dapat mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes 🦟 yang boleh menyebabkan penyakit Denggi.

𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖 𝘼𝙚𝙙𝙚𝙨, 𝙩𝙞𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙜𝙞, 𝙘𝙝𝙞𝙠𝙪𝙣𝙜𝙪𝙣𝙮𝙖 𝙙𝙖𝙣 𝙯𝙞𝙠𝙖.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada semua petugas kesihatan di negara ini!

Teruskan kebersamaan dan kesejahteraan dalam mengekalkan kesihatan diri di bulan yang mulia ini. Jaga kesihatan, kekalkan kebersihan dan rayakan kemenangan ini bersama-sama insan tersayang.

𝘚𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘔𝘢𝘢𝘧 𝘡𝘢𝘩𝘪𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘉𝘢𝘵𝘪𝘯.
Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri 🌙, pastikan anda mengamalkan etika batuk dan bersin yang selamat jika anda mengalami batuk dan bersin.

Etika ini adalah cara selamat untuk menguruskan gejala 😷 dalam masa yang sama melindungi orang sekeliling anda dari risiko penyakit berjangkit respiratori termasuk jangkitan COVID-19 dan influenza yang tersebar melalui titisan pernafasan apabila individu bergejala bersin dan batuk.

‼️Justeru, amat penting bagi setiap lapisan masyarakat mengamalkan etika ini. Tegur sekiranya perlu, saling berpesan dan jadikan ia kebiasaan baharu.
Ramalan cuaca Malaysian Meteorological Department bagi seluruh negara pada 15 April 2024 – 17 April 2024.

#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Cuaca panas ☀️ sedang melanda di beberapa kawasan di Malaysia
⚠️ Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.
🌋🌋🌋 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀

𝐊𝐄𝐒𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐆𝐔𝐍𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐏𝐈 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara berketinggian 725m dari paras laut telah meletus pada 9.45 pagi, 16 April 2024 dan menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak. Ketinggian letusan yang dicerap adalah sehingga 55,000 kaki dan awan debu yang terbentuk boleh menyebabkan risiko kepada keselamatan pesawat. Walau bagaimanapun setakat ini, kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU).

Maklumat lanjut, boleh didapati www.met.gov.my

#metmalaysia
#NRES
#GunungBerapiRuang
Pendedahan kepada cuaca panas ☀️ yang berterusan semasa menjalankan aktiviti fizikal boleh menyebabkan KELESUAN HABA dan STROK HABA. Kekal hidrat. Minum dengan banyak 💧 tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
⚠️ Pastikan berada di tempat yang lebih teduh/sejuk. Awasi juga tanda dan gejala kelesuan dan strok haba.
‼️Sila dapatkan rawatan dengan segera. Keadaan strok haba yang terlalu teruk boleh menyebabkan maut.
𝐓𝐀𝐇𝐔𝐊𝐀𝐇 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐅𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍?
Fasa peralihan monsun adalah tempoh peralihan antara Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
Sumber: Malaysian Meteorological Department
#PekaAmaran
#PatuhArahan
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. 👁️ Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

⚠️ Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes 🦟 yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain (nyamuk infektif). Demam denggi🌡️boleh mengakibatkan kematian.
⚠️ Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan demi menghapuskan demam denggi. Ambil tindakan pencegahan proaktif 👍🏼 bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.
𝘼𝙢𝙗𝙞𝙡 𝙥𝙚𝙙𝙪𝙡𝙞, 𝙣𝙮𝙖𝙢𝙪𝙠 𝘼𝙚𝙙𝙚𝙨 𝙩𝙞𝙙𝙖𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙣𝙖𝙡 𝙢𝙖𝙣𝙜𝙨𝙖
Tarikh 1 Mei amat sinonim dan bermakna bagi semua warga pekerja di Malaysia kerana ia merupakan tarikh sambutan Hari Pekerja. Sambutan ini adalah bagi menghargai jasa dan sumbangan semua pekerja di Malaysia yang menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.

Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga KKM. Semoga anda terus komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
KKM menasihatkan agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan tahap hidrasi 💧 yang mencukupi dan mengurangkan aktiviti fizikal 🏃🏼‍♂️ lasak dan lain-lain aktiviti di luar rumah pada musim cuaca panas ☀️ sekarang.

‼️Orang awam boleh mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia (https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/) dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM (http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan).
2024/05/05 08:16:26
Back to Top
HTML Embed Code: