Telegram Group Search
Terlalu banyak isu yang berlaku di media sosial. Hingga terkadang rasa macam tak nak hadap dah media sosial ni!
.
Tapi, itulah cabaran hari ini. Belum habis lagi sedih bila baca kisah ayah yang bunuh bayi perempuan (sebab ayahnya nak anak lelaki), muncul pula isu Kak Long yang viral. Habis kena hentam sebab akhlaknya yang boleh dianggap 'melampaui batas'. Allah, rasa tercalar maruah sebagai seorang wanita.
.
Tak cukup dengan tu, muncul pula isu tayangan satu drama yang bakal muncul di kaca TV, bulan Ramadan. Habis kecoh dan viral 'teaser' drama tersebut yang sangat jelas dan banyak elemen 'soft porn'. Belum pun muncul drama tu, tapi, 'bad marketing'nya sangat dahsyat! Tercalar lagi maruah wanita! Lebih-lebih lagi, maruah Islam! 😭
.
Kita dah nak masuk bulan Ramadan. Bulan yang banyak sangat hadiah Allah nak bagi dekat kita. Tapi, kita dah cemarkan mata kita dengan tengok maksiat, dah cemarkan lidah kita dengan kata-kata kesat, dah cemarkan telinga kita dengan gosip-gosip liar dan dah cemarkan hati kita dengan banyaknya bintik-bintik noda.
.
Punyalah pelbagai pihak berusaha untuk jaga generasi kita, jaga maruah wanita kita, jaga martabat Islam, tapi makin lama, makin senang maruah wanita dicalar, dipijak-pijak, dipandang rendah dan dihina. Islam sendiri pun dianggap remeh. Lebih sedih lagi, orang Islam sendiri yang buat semua tu.
.
β€œDan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri…” (Surah al-An’aam : 70)
.
Sebenarnya, ada hadiah yang tim penulis kami nak beri sempena bulan Mac hari tu, Hari Wanita Sedunia. Hadiah majlis ilmu di bulan Ramadan yang khusus buat wanita-wanita kesayangan kita. Buat yang bergelar ibu, anak, isteri, bekerjaya dan pelbagai lagi. Mungkin, hadiah ni sebagai salah satu solusi juga.
.
Betapa berharganya seorang wanita. Bukan mudah-mudah disentuh ajnabi, apatah lagi dipeluk cium dan ditayang sana sini sesuka hati. Islam mengangkat tinggi martabat wanita, takkan kita mudah-mudah merendahkannya sendiri?
.
Terlalu banyak realiti wanita yang kita hadap hari ini. Perceraian, kes curang, kes bunuh diri, kes pelacuran, kes anak tanggang versi moden dan banyak lagi. Kita semakin menuju akhir zaman!
.
Saya nak jemput semua insan yang bergelar wanita untuk sertai Webinar Wanita Bukan Kuli (WABAK) 2022 Edisi Ramadan ini. Ayah-ayah dan abang-abang yang ada isteri, ibu, anak perempuan pun boleh sertai sama-sama.
.
Agar kita dapat jaga sesama kita. Agar kita sedar, bahawa wanita itu tabah dan kuat dalaman sebenarnya. Bila kita letakkan Allah sebagai keutamaan, maka insya-Allah, kita mampu harungi 1001 rintangan di dunia ini.
.
Wanita itu perhiasan dunia dan seindah perhiasan adalah wanita solehah. Bukan wanita yang tak ada maruah, bukan wanita yang mudah ditayang auratnya merata media, bukan wanita yang merendahkan martabatnya sendiri.
.
Bantu saya untuk sebarkan mesej ini seluasnya! Agar lebih ramai wanita khususnya, dapat dibantu dan boleh dapat manfaat, insya-Allah. Terpelihara wanita, terpelihara generasi masa depan negara, insya-Allah.
.
https://ezy.la/WebinarWabak2022
Surah al-Baqarah, ayat 155. ❀️
Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda;

"Ada tujuh golongan orang yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:

(1) Pemimpin yang adil, (2) Pemuda yang tumbuh di atas kebiasaan beribadah kepada Allah SWT, (3) Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid, (4) Dua orang yang saling mencintai kerana Allah SWT, (5) Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik, lalu dia berkata; "Aku takut kepada Allah SWT", (6) Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, (7) Orang yang berzikir kepada Allah SWT dalam keadaan sendiri hingga kedua matanya basah kerana menangis."

[HR Bukhari dan Muslim]

.

Mencintai orang soleh adalah penyebab mendapat naungan Allah SWT di akhirat di mana tiada ada naungan pada hari tersebut kecuali naungan Allah SWT.

Mencintai kerana Allah SWT termasuk di antara 7 golongan yang bakal mendapat naungan Allah SWT di akhirat (padang mahsyar) kelak dari panas teriknya matahari yang sejengkal di atas kepala.

Saling mencintai kerana Allah SWT iaitu:

β–ͺ️bertemunya hati atas ketaatan kepada Allah SWT, mengutamakan redha-Nya dan mengharapkan apa yang ada di sisi-Nya

β–ͺ️cinta yang berlandaskan ketaatan kepada Allah SWT

.

Salah seorang Salaf berkata:

"Apabila kamu memiliki saudara kerana Allah SWT, kemudian ia berbuat dosa, sementara kamu tidak membencinya kerana Allah SWT, maka itu bererti kamu tidak mencintainya kerana Allah SWT, dan sesungguhnya bertemunya hati dalam ketaatan adalah naungan Allah SWT yang ma'nawi di dunia ini, dan orang-orang yang hatinya bertemu di bawah naungan inilah yang kelak akan mendapat naungan Allah SWT yang zahir pada hari akhirat."

Wallahua'lam.
Semoga bermanfaat.

www.tg-me.com/ajwadshafie

#HadisSahabatSoleh
Tak kenal, maka tak cinta. Dah kenal perihal mereka, cintailah untuk tarik mereka kembali ke jalan-jalan menuju Syurga.

Moga Allah izinkan kita untuk bertemu dengan cinta yang sesungguhnya. Cinta yang berpotensi membawa kita ke Syurga dan dapat bertemu dengan-Nya. ❀️
Terima kasih semua! Ada rezeki, insya-Allah kita jumpa next PBAKL! Mohon doakan kami, @hamaregroup ya! 😁

https://vt.tiktok.com/ZSd7j4Waw/?k=1
"Saya mula menonton pornografi ketika berumur 11 tahun... Saya rasa ia benar-benar telah merosakkan otak saya, jiwa saya hancur kerana terdedah kepada banyak bahan lucah."

- Billie Eilish ketika ditemuramah bersama hos radio, Howard Sten bulan Jun yang lepas.

Dalam temuramah tersebut, beliau kongsikan bagaimana dengan menonton pornografi sejak usia remaja memberikan impak besar kepada hidupnya dan kefahamannya tentang hubungan seks, tubuh badan wanita dan 'consent'.

Sumber: https://fightthenewdrug.org/billie-eilish-began-watching-porn-at-11-impacts-she-says-it-had-on-her-video/
Pornografi adalah 'pembunuh dalam senyap'!
Maaf ya. Lama tak berkongsi dalam ni. Doakan saya ya.

Selain sibuk dengan urusan kerja, saya tengah sibuk nak siapkan manuskrip buku juga. Insya-Allah dah 60%.

Mohon doa kalian! ✍
Bismillah.
.
Insya-Allah team @hamaregroup masuk TV Al-Hijrah pagi ni. Jangan lupa tonton slot Assalamualaikum pagi ni.
.
Doakan kami. Moga ada manfaat. 😁
Team @hamaregroup masuk TV1 pagi ni. Jangan lupa tonton, jam 11.05am ini. Bersama Inche Lebah & Mior Khalis.
.
Doakan kami. Moga ada manfaat. 😁
Bismillah.
.
Insya-Allah, pagi ni saya akan bersama dengan mereka yang hebat dalam bidang masing-masing.
.
Doakan ya!
. https://ezy.la/NakTerbitBukuSendiri
Baru-baru ni, ada sahabat saya yang diuji. Bukan seorang, tapi beberapa kenalan juga.
.
Berat telinga yang mendengar, berat lagi bahu yang memikul setiap ujian yang datang silih berganti.
.
Allahuakbar!
.
Kadang-kadang, kita rasa ujian kita dah berat dah, rupanya, ada yang lebih dahsyat lagi ujiannya daripada kita. Kadang-kadang, ada masalah/ujian yang memang kita tak dapat nak bantu mereka.
.
Tapi percayalah, dengan hanya kita menadah telinga dan memberi pinjam bahu kita untuk mereka bersandar meluah rasa, beban yang berat terasa ringan. Jiwa yang sarat dengan masalah, terasa lapang sedikit.
.
Paling penting, jangan pernah putus berharap dan berdoa pada Allah. Minta jalan keluar dengan-Nya. Minta diberi petunjuk oleh-Nya. Minta kekuatan dan ketenangan hati daripada-Nya.
.
Kita, manusia, hamba-Nya.
Selagi kita masih bernadi, selagi tu kita akan hadap ujian, lagi dan lagi.
.
Hingga suatu saat, kita akan mula sedar. Ujian yang datang bertubi-tubi, bukan lagi melemahkan kita, bahkan makin menguatkan jiwa kita. Makin menguatkan keimanan kita!
.
Mudah-mudahan, insya-Allah. πŸ’ͺ
2022/10/03 15:42:54
Back to Top
HTML Embed Code: