Telegram Group Search
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Perbanyakkan istighfar, moga-moga Allah beri kita ketenangan dan kedamaian hati yang mungkin saat ini sedang sangat rapuh dek diuji.
.
πŸ’ͺ❀️
Insya-Allah, nanti saya share sikit pasal isu ni. Siapa yang anggap perkara ni tak ada apa, benda biasa, it's ok, hati-hati dengan normalisasi maksiat zina! πŸ“Œ
Channel name was changed to Β«πŸ”₯Persediaan Ancaman Remaja Akhir Zaman (ARAZ)πŸ”₯Β»
#RealCase1

Bermula 2016, saya terjebak dengan kes-kes atau isu yang melibatkan remaja, khususnya isi sosial remaja.
.
Bukan saya yang jadi sebahagian daripada kes-kes tersebut, jangan salah faham tau! Hehe.
.
Tapi, saya dapat pendedahan dan pengalaman bersama dengan komuniti sebegini, waktu saya jalani latihan industri. Alhamdulillah, sangat bernilai dan bermakna pengalaman-pengalaman tu!
.
Daripada situ, saya mula menulis dan berkongsi di laman blog saya dan buku-buku catatan harian saya. Hinggalah membawa saya kepada dunia penerbitan buku dan dunia konsultan program sekolah.
.
Waktu tu, kes pertama yang saya terlibat untuk bantu, adalah kes tangkap basah/khalwat. Baru ni pun kita digemparkan dengan kes sebegini.
.
Waktu tu, kes seorang pelajar perempuan bersama dengan pasangannya, pelajar lelaki (dua-dua pelajar kolej yang sama), ditangkap basah di sebuah hotel bajet.
.
Si lelaki digantung belajar. Si perempuan juga digantung belajar, tapi dipanggil untuk bantu soal siasat. Dia dan ibunya datang ke pejabat. Saya ditugaskan untuk bantu bersoal jawab dengan pelajar perempuan tersebut, manakala pegawai senior ada sesi bersama ibu pelajar tersebut.
.
Saya tertanya sendiri dalam hati,

"Pakai jubah, tudung labuh, muka cantik dan gaya pun lembut saja, macam mana boleh kena tangkap basah ya?"
.
Waktu tu, saya orang baru lagi. Naif lagi. Macam-macam persoalan muncul. "Speechless" pun ada!
.
Pelajar tersebut mula bercerita. Dia nakkan kebebasan. Dia nakkan perhatian dan kasih sayang daripada insan kesayangan dia (iaitu pelajar lelaki tersebut). Dia tipu mak dia sebab lelaki tersebut.
.
Segalanya bermula dengan perkenalan ringkas dan sebuah telefon bimbit. Bila maknya mula nak kawal dia, risau dia makin hanyut, dia memberontak sampai sanggup tipu maknya. Katanya, maknya hanya tahu mengongkong!
.
Panjang kalau saya nak cerita satu per satu. Namun, itulah permulaannya. Telefon bimbit tak salah 100%. Yang salah adalah kita sebagai pengguna, salah guna telefon bimbit sampai memudaratkan diri sendiri.
.
Na'uzubillah!
.
Bersederhanalah. Mula pantau dan kawal penggunaan telefon bimbit sejak anak kecil, sejak dari bangku sekolah. Supaya bila besar, ibu ayah dan anak-anak boleh rapat seperti kawan. Dah terbiasa dibimbing dan dipantau.
.
Tak adalah tiba-tiba anak nak memberontak! Tak adalah tiba-tiba anak nak mengamuk bila ibu ayah mula nak hadkan penggunaan, ketatkan jadual dan sebagainya.
.
Semoga bermanfaat dan kongsikan dengan ibu ayah yang ada anak-anak remaja. Kita sama-sama cakna dan bekerjasama untuk bantu cegah sebelum jadi lebih parah!
.
#ARAZ
#AncamanRemajaAkhirZaman
#RealCase2

Kisah kedua. Kisah saya berpeluang pergi dan tengok sendiri keadaan anak-anak gadis remaja yang berada di rumah pemulihan akhlak.
.
Ada beberapa orang gadis yang lebih muda daripada saya waktu tu (ketika tu umur saya 23 tahun), sedang menggendong bayi masing-masing. Subhanallah, comel sangat bayi-bayi tu!
.
Itu bukan bayi jiran sebelah. Itu bukan bayi kawan sebelah. Tapi, bayi mereka sendiri. Atau kita selalu gelarkan ia, anak luar nikah.
.
Ada yang seawal usia 12-13 tahun, dah mengandung luar nikah. Ada yang si lelakinya entah ke mana, habis madu, sepah dibuang.  Tinggallah si perempuan yang tanggung semuanya.
.
Ada yang dibuang sekolah, ada yang digantung belajar. Ada juga yang dibuang keluarga terus! (Part ni nanti saya kongsikan next)
.
Allah...
.
Berbaloi ke? 😭
.
Saya muhasabah diri sendiri waktu tu,

"Tugas aku dan orang sekeliling masih banyak lagi. Masing-masing ada peranan dalam usaha nak selamatkan generasi anak muda hari ni. Moga aku dapat bantu buat sesuatu dan moga secebis usaha-usaha ini termasuk dalam mizan hasanat kita bersama."
.
#ARAZ
#AncamanRemajaAkhirZaman
#RealCase3

Di rumah pemulihan akhlak tersebut, ada juga anak-anak gadis yang ibu ayahnya sudah 'buang' mereka. Mungkin, kecewa yang terlalu dalam terhadap anak harapan mereka.
.
Hingga ada yang pesan kepada pengurusan tempat tersebut,

"Biarlah dia tinggal dekat sini sampai bersalin. Lepas bersalin pun!

Saya dah tak tahu nak letak muka dekat mana. Hati saya hancur, ustazah!

Doakan semoga hati saya terbuka nak terima anak dan bayi luar nikah yang bakal lahir tu nanti. Saya tak tahu bila, tapi buat masa sekarang, saya tak boleh nak terima dia macam biasa."
.
Kita yang dengar pun, luluh juga jiwa!
.
Di sana, mereka diajar untuk belajar agama, menutup aurat, belajar urus diri sendiri, mengaji, solat dan ada juga rawatan berkala (termasuk rawatan Islam).
.
Biarlah ibu ayah garang bertempat sejak usia anak kecil, dianggap 'mengongkong' bila nak kawal atau pantau anak-anak bermedia sosial atau berkawan di luar.
.
Daripada menyesal di kemudian hari, na'uzubillah!
.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsi dengan ibu ayah yang lain juga.
.
Moga Allah pelihara dan jaga diri kita, keluarga kita dan sekeliling serta generasi kita.
.
#ARAZ
#AncamanRemajaAkhirZaman
#RealCase4

"Kes khalwat, pelajar dibuang sekolah? Uishhh.."

"Kes dadah, pelajar perempuan? Uishhh.. seriuslah?"

"Kes anak luar nikah.. pelajar buang bayi.. Fuhhh.."

"Kes eligibiti di luar waktu sekolah, berpesta di rumah rahsia.. Uiishhh.. Seram!"

Waktu tu, banyak monolog-monolog sebegini yang menemani, saat saya 'key in' data-data kes isu-isu sosial yang melibatkan remaja di Selangor. Tu baru Selangor tau, belum negeri-negeri lain lagi.
.
Rasa sesak dalam jiwa dan seakan tak percaya. Saya tarik nafas dengan keluhan panjang. Keluhan kecewa. Rasa macam banyak benda lagi yang saya tak tahu.
.
Dah macam duduk dekat balai polis pun ada. Baru tahu banyak rupanya kes-kes yang berlaku dekat sekeliling kita ni. Dekat-dekat dengan tempat kita pula tu!
.
Allah... πŸ₯Ή
.
Bila dah berada di tempat tu, saya rasa syukur sangat, walau pada awalnya ada 'culture shock' sikit bila perlu bekerjasama dan berprogram bersama komuniti-komuniti sebegini.
.
Tapi, tak lama. Saya belajar untuk 'adapt', perhati cara ustaz ustazah menyantuni mereka dan niatkan untuk kita nak bantu mereka.
.
Bantu mereka berhijrah, bantu mereka keluar daripada gejala nafsu songsang yang dilaknat Tuhan dan bantu mereka kembali 'beragama'.
.
Bila saya mula terlibat dan turun ke lapangan sekolah, bertemu dengan pelbagai jenis pelajar, baru saya sedar. Benarlah, semua yang pernah saya jumpa kes-kes waktu latihan industri dulu, pernah 'key in' data dulu, pernah ke sana sini tengok keadaan, semuanya realiti.
.
Tugas kita, banyak lagi sebenarnya. Masa kita pula, dah tak banyak mana.
.
Semoga bermanfaat dan kongsikan dengan yang lain juga ya.
.
#ARAZ
#AncamanRemajaAkhirZaman
#RealCase5

2017, bermula langkah pertama turun ke lapangan sekolah.
.
Waktu tu, sekolah pertama yang jemput untuk sesi bedah buku dan perkongsian berkaitan isu sosial remaja bersama pelajar dan guru, adalah sebuah sekolah menengah agama di Pahang.
.
Mula-mula macam tak percaya juga. Ada cikgu yang percaya dan jemput saya dan tim untuk berkongsi. Segannya tu, masya-Allah!
.
Tapi alhamdulillah, lepas sesi tu, makin semangat nak berkongsi lagi dan lagi. Dari sekolah tu pun, saya dapat beberapa info kes lagi.
.
Ada pelajar yang dah mula terjebak dengan "eligibiti" secara tak langsung. Tingkahnya dah mula ke arah "pondan". Sengaja melenggokkan badan bila nak berjalan, pergaulannya yang lebih suka dengan perempuan dan lain-lain lagi.
.
Ada yang meluah rasa suka terhadap sesama jantina.
.
Waktu tu, cikgu menyatakan kebimbangan jika tak diberi kesedaran awal dan solusi. Bimbang dah makin parah, memang susah dah nak dibawa kembali ke fitrah.
.
Na'uzubillah!
.
Nanti saya kongsikan salah satu punca perkara-perkara sebegini boleh berlaku. Punca yang sangat kuat hingga mendorong pelajar berani bermaksiat.
.
#ARAZ
#AncamanRemajaAkhirZaman
#RealCase6

Salah satu punca yang paling tinggi, yang menjadi pendorong kepada beraninya pelajar atau remaja hari ini, melakukan maksiat adalah kerana pornografi. (Bukan hanya remaja, belia dan dewasa juga, ada terlibat sama!)
.
Hampir setiap sekolah yang saya dan tim turun jelajah untuk berpogram, tak kisah bedah buku ke, bengkel ke, kem ke, pasti dan pasti, ada kes-kes yang disebabkan oleh perkara ni.
.
Apa-apa tulisan yang kita baca, atau gambar, video yang kita tengok atau muzik yang kita dengar, berunsurkan lucah, yang membawa kepada nafsu syahwat, itu semua masuk dalam kategori pornografi.
.
Bila dah ketagih, kita dah tak dapat beza dah, mana baik mana buruk. Kita lebih pilih nak ikutkan nafsu, nak puaskan diri sendiri.
.
Ada abang ajak adik tengok video lucah. Ada abang yang rogol adik perempuan dia sendiri.
.
Sebab dia dah tak nampak, itu adik dia! Itu amanah yang dia kena jaga sepatutnya, bukan rosakkan! Bila dah ketagih, dia hanya nampak, itu adalah pemuas nafsu dia!
.
Na'uzubillah!
.
Sama-sama kita jaga mata kita. Jaga telinga, jaga lisan dan hati serta jaga maruah diri kita sendiri.
.
Fi hifzillah!
.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsi dengan orang lain juga. Sama-sama kita cakna!
.
#ARAZ
#AncamanRemajaAkhirZaman
#RealCase7

Bila turun ke sekolah, kerap kali juga saya dan tim dapat soalan-soalan cepumas lepas program.
.
Ada yang DM di FB/IG, ada yang bagi 'surat cinta' dan lain-lain lagi.
.
Antaranya,

"Macam mana nak taubat kalau kita dah pernah tengok pornografi?"

"Macam mana nak move on bila kita dah putus cinta?"

"Macam mana nak tolak, kawan yang ajak kita buat maksiat? Dia share link video-video seksi."

Allah...
.
Kadang, soalan-soalan ni datang daripada pelajar tingkatan 1, 2. Muda-muda lagi.
.
Tapi, itulah hakikat dan realiti hari ni. Terlalu banyak pendedahan demi pendedahan dalam drama, movie atau lagu yang merosakkan hati, minda dan tingkah mereka sendiri.
.
Syukur, jika mereka ada rasa berdosa bila buat maksiat dan ada rasa nak bertaubat. Itu pun satu nikmat juga!
.
Kongsikan mesej ini supaya lebih ramai, khususnya ibu ayah dan cikgu-cikgu yang cakna.
.
#ARAZ
#AncamanRemajaAkhirZaman
#RealCase8

Isu pornografi tak terhenti setakat kes abang dan adik, tapi, ada juga kes yang melibatkan ibu ayah sendiri atau keluarga terdekat seperti pakcik dengan anak buah.
.
Bila syaitan dan nafsu dah mula meraja dalam diri, ayah dah tak nampak anak itu sebagai anaknya, ibu dah tak nampak anak itu sebagai anaknya, pakcik dah tak nampak itu anak saudaranya!
.
Ajarilah anak-anak dan pelajar tentang sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat sejak usia kecil lagi. Supaya, banyak perkara yang tak diingini, dapat kita elakkan atau hindarkan diri.
.
Bila dari sekecil-kecil perkara kita tak jaga, tak cakna, tak ambil peduli dan rasa macam mereka akan tahu sendiri nanti, itu yang bahaya.
.
Bimbang mereka tahu daripada drama yang melampaui batas pergaulan. Bimbang mereka tahu daripada media sosial yang sukar nak dikawal lagi. Bimbang mereka tahu daripada rakan-rakan sebaya mereka yang sosial dan tak kisah pasal halal dan haram.
.
Na'uzubillah!
.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa kongsi dengan orang lain juga. Sama-sama kita cakna.
.
#ARAZ
#AncamanRemajaAkhirZaman
#RealCase9

Pernah ada seorang guru beritahu, bahawa ada kes anak muridnya yang mengandung luar nikah. Baginya, keluar dengan lelaki bukan mahram berdua itu adalah biasa.
.
Check in bilik berdua dengan yang bukan mahram dah dianggap normal. Ibu ayah tak ambil kisah pasal dirinya, jadi dia lebih rela serahkan diri, jiwa dan raga untuk si bukan mahram yang 'kononnya' sayang dan ambil berat tentang dia.
.
Sekolah menengah dah mula banyak berlaku perkara sebegini. Bermula dengan 'couple', kemudian seronok dengan 'calling', dah mula pegang-pegang, ringan-ringan, dan akhirnya, membawa kepada maksiat zina.
.
Na'uzubillah!
.
Moga sama-sama kita cakna dengan sekeliling kita. Cegah sebelum parah, cegah sebelum membarah!
.
#ARAZ
#AncamanRemajaAkhirZaman
Salam 10 Ramadan. πŸ€—
.
Insya-Allah, hari ni saya nak kongsi satu cerita yang pernah saya lalui waktu bulan Ramadan. Sebuah cerita pemergian, buat selama-lamanya.
.
Waktu saya bertugas sebagai pelajar intern di sebuah majlis agama, ada seorang lelaki ni (bekas maknyah dan ada penyakit kronik HIV +ve). Dia merupakan salah seorang yang nak berhijrah daripada dunia gelap nafsu songsang.
.
Saya pernah bertemu beberapa kali dengannya dalam program pemulihan dan kelas fardu ain. Habis sesi internship, tak lama lepas tu, dalam bulan puasa, saya menerima satu mesej daripada ustaz.
.
Ustaz maklumkan bahawa orang tu dah meninggal dunia. Dia meninggal lepas solat Subuh, bulan Ramadan.
.
Allahuakbar! 😭
.
Kadang, kita tak tahu pengakhiran seseorang tu bagaimana. Teruskan berbuat baik dan mujahadah nafsu kita. Jangan putus asa dengan rahmat Allah.
.
Moga2 kita direzekikan untuk dapat Husnul Khatimah (sebaik2 pengakhiran).
.
Arwah abah saya pun meninggal pada bulan Ramadan, 13 tahun yang lepas. Terasa macam baru kehilangan abah. Dan kehilangan insan tersayang, adalah rindu yang takde penghujungnya.
.
Doakan arwah abah saya ya. Semoga kita semua dapat berkumpul di Syurga-Nya.
.
Semoga bermanfaat secebis perkongsian ini. ✨
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Salam 12 Ramadan. ✨
.
Insya-Allah, hari ni, saya nak cerita sikit pasal Projek Wakaf Buku yang saya dan tim tengah laksanakan. 😁
.
Alhamdulillah, projek ni tak hanya berlangsung pada bulan Ramadan, tapi setiap tahun sebab kami turun ke lapangan sekolah, setiap tahun.
.
Bukan hanya perpustakaan sekolah yang dapat manfaat sumbangan projek wakaf buku ini, tapi, perpustakaan surau/masjid dan rumah2 anak yatim/asnaf pun ada.
.
Untuk tahun ini, kami sasarkan 200 buah perpustakaan sekolah yang akan dapat manfaat. Dan saya nak ajak kalian untuk join bersama sekali.
.
Jom? 🀩
.
Boleh wakaf atas nama diri sendiri atau untuk insan-insan kesayangan kita yang telah pergi menghadap Ilahi.
.
Boleh share info ni seluasnya ya. Supaya orang lain pun boleh dapat pahala infaq di bulan Ramadan ni.
.
Untuk join Projek Wakaf Buku, boleh terus ke sini,

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://ezy.la/NakWakafBuku
Jemput masuk ke telegram channel kami yang baru utk update terkini berkenaan dengan Projek Wakaf Buku bersama Hamare Group.
.
Terima kasih. 😁
.
https://www.tg-me.com/+VvLW2ch5ldYzMzU1
.
#HamareGroup
#ProjekWakafBuku
Masuk penjara sebab ketagih pornografi? 😱
.
Na'uzubillah! 😭
.
https://vt.tiktok.com/ZSFQ7AMbk/
Alhamdulillah, kita masih direzekikan untuk berada di 10 Malam Terakhir.
.
Mesti ada yang dah tahu dan dah baca doa ni kan?
.
Doa untuk kita memohon bertemu dengan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ¨ΩŽΨ§Ψ±ΩΩƒΩ’ Ω„Ω†ΩŽΨ§ ΩΩΩŠΩ’ Ψ΄ΩŽΩ‡Ω’Ψ±Ω Ψ±ΩŽΩ…ΩŽΨΆΩŽΨ§Ω†ΩŽ وَ Ψ¨ΩŽΩ„ΩΩ‘ΨΊΩ’Ω†ΩŽΨ§ Ω„ΩŽΩŠΩ’Ω„ΩŽΨ©ΩŽ Ψ§Ω„Ω’Ω‚ΩŽΨ―Ω’Ψ±Ω ΩˆΩŽΨΉΩΨ¨ΩŽΨ―ΩŽΨ©Ω‹ ΩΩΩŠΩ’Ω‡ΩŽΨ§

Maksudnya: "Ya Allah, berkatilah kami di bulan Ramadan ini dan pertemukanlah kami dengan Lailatulqadar dan beribadah di malamnya."

Sama-sama kita amalkan.
.
Moga bermanfaat dan kongsikan dengan yang lain juga, insya-Allah.
.
🀲🏻✨
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Moga dengan ujian, kita makin dekat dengan Tuhan. Bukan makin jauh dan putus asa dengan rahmat Tuhan. ❀️✨
Hati itu sifatnya berbolak-balik.
Hati itu sifatnya sekejap macam tu, sekejap macam ni.
.
Pesan guru saya,

"Kita hanya penyampai sesuatu kepada seseorang. Bukan penjaganya. Kerana yang menjaganya adalah Allah. Jadi, sentiasa doakannya."

Saat kita tengah senang, gembira dan bahagia, ingatlah,

"Allah yang beri kita kesenangan dan kegembiraan hari ini adalah Allah yang sama, yang pernah beri kita ujian dan dugaan dahulu."

Saat kita tengah susah, sedih dan kecewa, ingatlah,

"Allah yang pernah beri kita kesenangan dan kebahagiaan dulu, adalah Allah yang sama yang tengah uji kita sekarang."

Kesimpulannya, dunia ini sifatnya sementara. Kita rasa senang, sementara. Kita rasa susah, pun sementara. Bersilih ganti.
.
Tapi Allah, adalah Tuhan kita, saat kita senang, saat kita susah, Dia sentiasa ada. Dia Yang Maha Ada. Dia Yang Maha Kuasa & Maha Mengizinkan sesuatu perkara tu berlaku.
.
Jangan putus keyakinan.
Jangan putus harapan.
Jangan putus usaha.
.
Dan akhir sekali, jangan putus doa.
.
❀️
2024/04/19 00:48:25
Back to Top
HTML Embed Code: