╭────────────♡彡
╰➤ ISTIQAMAH

Istiqamah dengan satu amal adalah lebih baik dari banyak amal tapi berkala. Niat dan azam untuk terus istiqamah walau kebaikan itu hanya sebesar biji sawi.

Istiqamah Adalah Amalan Yang Di Sukai Oleh Allah SWT...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga serta para sahabat Baginda dan pengikut yang istiqamah menuruti Baginda hingga ke hari kiamat.

Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.”

[ Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah RA ]

Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT menempatkan kita di kalangan hamba-hambaNYA yang kekal beristiqamah.

𖥔⭒. @sikiutt .⭒𖥔
╭────────────♡彡
╰➤ IMAM AL-QURTUBI BERKATA :

jika ada seseorang melihat kemungkaran , hendaklah dia memberikan nasihat dan peringatan .

sekiranya nasihat dan peringatan tersebut ditolak , maka tinggalkanlah mereka .

𖥔⭒. @sikiutt .⭒𖥔
╭────────────♡彡
╰➤ 7 KUNCI KEBAHAGIAAN SAIDINA ALI BIN ABI THALIB 🤍

• jangan membenci sesiapa pun walaupun ada yang mengambil hakmu .

• jangan sedih berlebihan walaupun masalah memuncak .

• hiduplah sederhana walaupun semuanya cukup .

• berbuatlah kebaikan walaupun banyak masalah .

• banyakkanlah memberi walaupun mengalami banyak musibah .

• tersenyumlah walaupun hati tengah sakit atau kecewa .

• sentiasa berdoa untuk saudara mukmin .

𖥔⭒. @sikiutt .⭒𖥔
╭────────────♡彡
╰➤ Setiap ujian dan dugaan yang Allah hadiahkan untuk kita kadangkala buat kita merungut dan marahkan Allah.

Tapi kita tak tahu bahawa disebalik ujian Allah selitkan lagi nikmat untuk kita sebagai hambaNya untuk terus bahagia.

SayangNya Allah pada kita. 🌸

𖥔⭒. @sikiutt .⭒𖥔
╭────────────♡彡
╰➤ Ambillah masa di dunia untuk kejar akhirat. Bukan ambil masa di dunia untuk kejar dunia sahaja.

Sebab di dunia ni semua benda sekejap.

Menangis sekejap,
Ketawa sekejap,
Sedih sekejap,
Sakit sekejap.

Tapi di akhirat?
Abadan abada.
Selama lamanya.

Nak ke kita asyik dihukum di akhirat? Kerana lalai dengan dunia yang fana dan layu dengan fatamorgana dosa. 🥀

𖥔⭒. @sikiutt .⭒𖥔
╭────────────♡彡
╰➤ Kadang kala kita rasa jauh dari Allah. Sedih sangat bila rasa begitu. Sebenarnya perasaan itu satu nikmat.

Bahawa iman kita masih subur dalam jiwa. Perasaan yang hanya dapat dirasai oleh insan yang hidup hati nuraninya. Muhasabah kembali hidup kita. 🎈

𖥔⭒. @sikiutt .⭒𖥔
╭────────────♡彡
╰➤ Orang beriman, bila dia bangun tidur. Dalam otak dia nak solat dulu.

Kalau bangun saja dari tidur, dia ambil phone dulu nak check mesej masuk atau nak makan. Itu bukan permulaan yang baik.

[ Syeikh Zainul Asri Haji Romli ]

𖥔⭒. @sikiutt .⭒𖥔
╭────────────♡彡
╰➤ UCAPAN UTHMAN BIN AFFAN SELEPAS DILANTIK MENJADI KHALIFAH :

"Sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah merupakan permainan yang melalaikan . Di akhirat kelak siksaan yang pedih bagi yang mengingkari serta keredhaan Allah bagi yang taat "

𖥔⭒. @sikiutt .⭒𖥔
╭────────────♡彡
╰➤ UJIAN

selepas satu ujian yang menimpa , hadir ujian lain yang tidak terperi sakitnya . keluhan yang dilemparkan juga tidak dapat menenangkan jiwa .

namun , disebalik ujian yang melanda , kamu masih bisa tersenyum ceria ☺️ kerana apa ?

kerana kamu tetap yakin bahawa cerita hidup kita diatur oleh sang Pengatur yang takkan pernah silap mengatur jalan kehidupan hambaNya . yakin sahaja bahawa bahagia itu muncul pabila kamu terus meletakkan setinggi harapan hanya padaNya 🤍

𖥔⭒. @sikiutt .⭒𖥔
╭────────────♡彡
╰➤ Remember this

Everything happened for a reason.
Allah has better plan for us.
A beautiful one.

Redha, patient, forgive and let it go.

Normal la hadap ujian, masalah kesusahan atau kesulitan.
Itu tanda kita dah matang.

Semoga esok dan hari hari aman datang, kita semakin kuat.

𖥔⭒. @sikiutt .⭒𖥔
╭────────────♡彡
╰➤ “Merasa diri lemah, hina, fakir dan tak berdaya apa-apa di hadapan Allah adalah sifat ubudiyyah seorang hamba!”

𖥔⭒. @sikiutt .⭒𖥔
Assalamualaikum semua 🥰❤️
Salam penghulu segala hari ! Don't forget to read Al-kahfi today 🤍🤍🤍
Perbanyakkan selawat di hari yang barokah ini yuk ! 🥰❤️

SHOLAWAT KEATAS JUNJUGAN NABI MUHAMMAD SAW🤍🤍🤍

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
Forwarded from Cikqa_quotes🌸
Jika kau tak dipercayai
Berundurlah

Jika kau tak diperlukan lagi
Menjauhlah

Jika kau tak diendahkan
Mendiamlah

Dan jika kau merasa tidak berguna lagi
Bangkitlah demi diri mu dan masa depan mu
2024/04/29 10:41:09
Back to Top
HTML Embed Code: