Telegram Group Search
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn

www.tg-me.com/Ibu Rose Mesejnya Kasih Channel/com.iburoselove
MENGAPA PERLU STRES JIKA ANAK KITA TIDAK SEPANDAI ANAK KAWAN?

Jika sayang stres jika anak sayang tidak sepandai anak kawan-kawan anda, tanyalah kepada diri, kenapa sayang perlu stres.

Anak bukan trofi kita. Dia adalah anugerah yang diamanahkan untuk kita membentuknya dengan bijak dan penuh hormat.

Sikap berjaya yang perlu kita pegang didalam mendidik anak-anak adalah; Setiap anak ada kelebihan dan kelebihan in sangat berkait dengan jalan untuk dia menambah kehebatan di dunia ini.

Didalam menjadi seorang yang hebat di dalam mengindahkan dunia ini, caranya pelbagai.

Ada yang bijak bermain bola, maka dia menjadi hero di dalam bidang itu dan menjadi inspirasi kepada orang lain, contohnya Pele, Beckham, Nakata dan ramai lagi.

Jika keistimewaannya dalam bidang memasak, maka kita boleh lihat contoh seperti Jamie Oliver, Chef Wan dan ramai lagi.

Jika kehebatannya di dalam ilmiah, Sains dan seperti itu, kita boleh lihat Hawking, Einstein dan ramai lagi....

Pendek kata tidak adil kita mengukur siapa paling pandai jika ukurannya hanyalah satu. Ikan tidak akan nyata pandai jika ukuran kita hanya siapa paling cepat memanjat. Maka tentulah monyet dan segala kaum kerabatnya.

Namun, jika ukuran kita termasuk siapa boleh berenang paling cepat, maka itu bolehlah si ikan ada peluang untuk menang juga.

Tak perlu stres dan berlawan dengan kawan-kawan yang suka sangat membandingkan anaknya dengan kebolehan anak anda. Just know bahawa anak anda yang mungkin sekarang lambat sikit di dalam bidang yang dibandingkan itu, ada kelebihannya.

Insya-Allah berkat keyakinan, kepercayaan dan petunjuk penuh hormat dan kasih-sayang anda kepada anak ini, HE WILL MAKE YOU PROUD and you will feel so honored mengandung dan membesarkannya.

Stop being stress and start being grateful.

Berhenti stres tak menentu dan mulalah BERSYUKUR dan yakin Allah itu MAHA TAHU dan dia memberi yang terbaik kepada setiap hambaNya mengikut kehebatan hambaNya.

Ini termasuklah anak-anak yang dilahir 'istimewa'. Bukan calang-calang ibu bapa yang boleh membesarkan anak itu dengan sempurna.

Salam kasih,
Ibu Rose

LIKE & SHARE semoga ramai yang mendapat manfaat.
Salam Jumaat Semua.
.
Ibu doakan kalian melalui hari ini dengan penuh ceria, tenang dan bahagia.
.
Sebut 3 perkara yang disyukuri... tarik nafas dan ucap dengan ikhlas TERIMA KASIH pada Allah diatas segala nikmat yang diberi.
.
Ibu yakin sangat bila sayang buat dengan betul-betul akan terasa kedamaian. 💖
.
Semoga Allah makbulkan 💖

Salam kasih,
Ibu Rose
Para ibu suri rumah sepenuh masa jangan asyik merasakan anda tidak penting dan hilang diri anda terbenam di bawah kerja yang perlu dilakukan setiap hari.

Para ibu bekerja jangan mudah berasa bersalah terpaksa meninggalkan anak-anak untuk bekerja mencari rezeki.
Dan jangan mengizinkan kata-kata tohmah bahawa anda mata duitan menghantui diri anda.

Jadilah yang terbaik di mana saja anda berada dan apa sahaja yang anda lakukan.
Anda berada tepat di mana anda perlu berada.
Anda sedang melakukan tepat apa yang perlu anda lakukan.

Hargai saat-saat ini. <3

Anda penting untuk dunia!

Salam kasih,
Ibu Rose
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn

www.tg-me.com/Ibu Rose Mesejnya Kasih Channel/com.iburoselove
Sayang, yakinlah di dalam diri mu ada banyak kebaikan yang boleh dikongsikan kepada dunia.
.
Jangan biarkan kesedihan, kemalasan serta kemarahan kepada diri mu dan orang lain menghitamkan hati mu lalu menyebabkan kamu mengunci diri dan menelan racun kebencian dan keraguan yang membinasakan!
.
Bebaskan diri mu sayang dari ini semua.
.
Kamu boleh!
.
Bangkit dan Make A Positive Difference In This World!
.
Kamu Layak Bahagia Dan Berjaya!
.
You can, I believe in YOU!
.
Now it is YOUR TURN to believe in YOU! 💪💖💓
.
Love, Ibu Rose💖
Mari ajak lebih ramai memahami parenting dengan lebih tepat bersama Ibu di Channel Telegram. Jemput share dan sebarkan. Moga Allah kurniakanmu pahala atas niat murni ini. Aminnn

www.tg-me.com/Ibu Rose Mesejnya Kasih Channel/com.iburoselove
Bila kita didatangi cabaran atau masalah, jangan kita merasa itu satu beban. Tapi lihatlah apa mesej kasih Allah didalamnya.

Tidak ada manusia yang tidak diuji. Dan kasihnya Dia kepada kita; kita ni tidak akan terbeban dengan beban diluar kemampuan kita.

Tenang dan damaikan hati dan rasakan kasih Ilahi kepada mu.

Damai dan tenangkan jiwa.
2024/06/20 19:20:54
Back to Top
HTML Embed Code: