Telegram Group Search
Jangan pernah menjadikan solat itu pilihan.

Solat itu ketetapan yang wajib dikerjakan. Waktu senang solat, waktu susah solat. Apa saja keadaan, jaga solat 5 waktu sebaik mungkin.

Lihatlah kehidupan kau akan berubah setelah kau menjaga & menyempurnakan solat.

πŸ₯€: @HijrahHunter
Kun fayakun, Allah selalu mewujudkan sesuatu yang mustahil, melalui cara yang lebih mustahil lagi. Jadi, tenanglah.

πŸ₯€: @HijrahHunter
Mahu berjaya, solat.
Mahu ubati kecewa, solat.
Mahu hilangkan kemarahan, solat.

Ingatlah hubungan dengan Allah. Sesungguhnya, orang yang berpaling dari kebenaran yakni orang yang tidak mahu bertaubat itu tergolong antara orang-orang yang sombong dan dimurkai oleh Allah.

πŸ₯€: @HijrahHunter
Bersyukurlah atas nafas yang Allah pinjamkan kepada kita setiap hari. Ucapkanlah Alhamdulillah!

πŸ₯€: @HijrahHunter
Kita namapak orang hidup senang.
Kita nampak orang hidup mudah.
Kita nampak rezekinya murah.

Sedang kita tak tahu, apa yang Allah sudah ambil darinya.
Dan bagaimana keras hidupnya sebelum segala-galanya nampak lancar.

Maka, jangan membandingkan hidup kita dengan dia.

πŸ₯€: @HijrahHunter
Apabila berbuat dosa, hati kita akan terluka. Ruh kita akan sakit. Darah rohaninya akan mengalir kerana luka dosa. Belum pun sembuh, terluka lagi dengan dosa yang lain. Luka dan sakit yang bertimpa-timpa. Bertambah sakit dan parahlah hati kita.

Macam mana hati boleh terluka dan berdarah?

Bila orang puji dan kita rasa berbunga. Rasa seperti dilambung-lambung. Rasa aku lah yang terbaik. Orang lain tak boleh buat macam yang aku buat. Berdarahlah hati.

Bertambah pedih dan parah bila kita dihina dan dikeji. Tak timbul rasa tenang. Tapi rasa resah dan marah. Waktu ini hati bertambah luka dan koyak.

Sekali-sekala Allah rezekikan kemenangan dan kejayaan dalam apa yang kita buat, timbul rasa megah. Bangga diri. Rasa diri hebat. Membuak-buaklah darah luka hati kita.

Esoknya mendengar berita kawan berjaya. Dapat hasil itu dan ini. Datang rasa dengki, cemburu dan iri hati. Remuk berkecai lagi hati kita. Penyakit hati tadi bertambah parah dan kritikal.

Kalau lah luka hati akibat dosa ini Allah zahirkan di fizikal kita, pasti kita akan jadi manusia yang penuh dengan luka dan darah. Belum pun sembuh yang lama, berdarah lagi dengan luka yang baru.

Busuk! Sebusuk-busuknya. Hanyir. Yang buatkan semua manusia lain takkan dekat dengan kita.

Tapi kita tetap bersahaja. Kekal dengan dosa hati. Sebab apa? Sebab kita tak rasa buat dosa. Kita rasa kita betul selalu dan sentiasa.

Ya Tuhan, mintalah dijauhkan.

Amin. 🀲🏻

πŸ₯€: @HijrahHunter
Jangan lupa doa ini sepanjang Ramadan :

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ¨Ψ§Ψ±ΩƒΩ„Ω†Ψ§ في Ψ΄Ω‡Ψ± Ψ±Ω…ΨΆΨ§Ω† و Ψ¨Ω„ΨΊΩ†Ψ§ Ω„ΩŠΩ„Ψ© Ψ§Ω„Ω‚Ψ―Ψ±

Allahumma bariklana fi shahri Ramadan wa ballighna lailatul qadr

"Ya Allah, berkatilah kami sepanjang bulan Ramadan ini & temukanlah kami dengan Lailatul Qadr.."

πŸ₯€: @HijrahHunter
Moga Ramadan kalini kita semua :

- Solat fardu tak tinggal
- Berpuasa penuh
- Rajin baca Al-Quran
- Jaga bercakapan & tingkah laku
- Jadi lebih baik dari sebelumnya

InsyaAllah, Aamiin.. β™₯️🀲

πŸ₯€: @HijrahHunter
Salah satu nasihat paling berguna, bila kita marah, belajar untuk diam. Keluar, tenangkan diri.

Sebab bila kita marah, kita akan cakap hal-hal yang melukakan secara tidak sengaja.

Tak kira marah dengan siapa pun, pasangan, adik beradik, dan kawan-kawan.

πŸ₯€: @HijrahHunter
Doa menutup aib :

Ψ§Ω„Ω„Ω‘Ω‡ΩΩ…ΩŽΩ‘ Ψ§Ψ³Ω’Ψͺُرْ ΨΉΩŽΩˆΩ’Ψ±ΩŽΨ§Ψͺِي ΩˆΩŽΨ’Ω…ΩΩ†Ω’ Ψ±ΩŽΩˆΩ’ΨΉΩŽΨ§Ψͺِي

(Ya Allah, tutupilah segala keaibanku dan amankanlah ketakutanku)

Tutup aib orang, Allah akan tutup aib kita. InsyaAllah.

πŸ₯€: @HijrahHunter
Rugi di bulan Ramadan ni tak buat Solat Taubat banyakΒ². Allah SWT buka pintu taubat & keampunan seluasΒ²nya.

Taubat itu sebenarnya mudah ;
Rakaat pertama : Al-Kafirun
Rakaat kedua : Al-Ikhlas

Habis solat, istighfar sebanyakΒ²nya sampai hati kita lembik. Jom semua ambil peluang!

πŸ₯€: @HijrahHunter
Jangan pernah tinggal amalan ini.
Sunnah Nabi Muhammad SAW ialah berbuka dengan kurma dan air, Ia menyediakan tenaga dan mengembalikan paras gula dalam darah.

πŸ₯€: @HijrahHunter
Ingat , 10 benda ni tak boleh dibeli walaupun kamu ada duit menggunung:

1. Iman
2. Peribadi
3. Common sense
4. Penghormantan
5. Kesabaran
6. Kepercayaan
7. Cinta
8. Ikatan persahabatan
9. Integriti
10. Kebahagiaan

πŸ₯€: @HijrahHunter
Kepada yang sentiasa meninggalkan puasa. Anda diperhatikan ya, Orang yang tinggal puasa adalah orang yang sangat rugi. Sebab apa?
Sebab bulan puasa laa banyak ganjaran pahala yang kita boleh perolehi.

πŸ₯€: @HijrahHunter
Jom perbanyakkan amalan dibulan puasa ni. Inilah peluang untuk kita kejar cinta akhirat sepenuhnya, kalau tak cukup masa, cuba seboleh-bolehnya habiskan sekurangnya 1 juz 1 hari.

πŸ₯€: @HijrahHunter
Ada sesiapa disini, Pemburu Lailatul Qadar?

Semoga kita dijodohkan dengan Lailatul Qadar. Aamiin.. 😍❀

πŸ₯€: @HijrahHunter
"Sebenarnya kita bukan kehilangan, tapi hakikatnya kita memulangkan.."

Kerana tiada apa yang dekat dunia ini milik kita 100%, ingat itu. Belajar untuk redha apabila Allah mengambil sesuatu yang paling kau sayang dan belajar untuk mengikhlaskannya walaupun ianya menyakitkan.

πŸ₯€: @HijrahHunter
Janji Allah itu pasti, tak cepat mesti lambat..

Tapi, insyaAllah dapat. Jangan risau apa yang bakal kita dapat, sebabnya dah tentu-tentu apa yang kita mahu.

Tapi risaulah apa yang bakal kita tempuh, sebab itu ujian dari Allah.

πŸ₯€: @HijrahHunter
𝖠𝗇𝖽𝖺 π—Œπ–Ύπ–½π—‚π—? 𝗄𝖾𝖼𝖾𝗐𝖺? 𝗉𝖾𝗇𝖺𝗍 𝖽𝖾𝗇𝗀𝖺𝗇 𝗉𝖾𝗅𝖻𝖺𝗀𝖺𝗂 π—†π–Ίπ—Œπ–Ίπ—…π–Ίπ—? π—Œπ—Žπ—Œπ–Ίπ— 𝗇𝖺𝗄 π—†π—ˆπ—π–Ύ π—ˆπ—‡?

𝗇𝖺𝗄 𝖼𝖺𝗋𝗂 π—Œπ–Ύπ—Œπ—Žπ–Ίπ—π—Ž 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝖽𝖺𝗉𝖺𝗍 𝖻𝖺𝗇𝗀𝗄𝗂𝗍𝗄𝖺𝗇 π—Œπ–Ύπ—†π–Ίπ—‡π—€π–Ίπ— 𝖺𝗇𝖽𝖺?

𝗅𝖾𝗍'π—Œ π—ƒπ—ˆπ—‚π—‡ π—π—π—‚π—Œ 𝗁𝖾𝗋𝖾 ‡️

@bicarabulanofficial
@bicarabulanofficial

"𝖺𝗇𝖽𝖺𝗂 π—‹π—‚π—‡π–½π—Ž, π—Œπ—Žπ—ƒπ—Žπ–½π—…π–Ίπ—. 𝖣𝗂𝖺 𝖿𝖺𝗁𝖺𝗆 𝖺𝗉𝖺 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗄𝗂𝗍𝖺 π—‹π–Ίπ—Œπ–Ί"β€οΈβ˜•οΈ
2024/04/20 12:00:52
Back to Top
HTML Embed Code: