Telegram Group Search
Salam takziah buat ahli keluarga Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said yang meninggal dunia ketika sedang bertugas dalam insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor, awal pagi tadi.
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bagi membatalkan dua tuduhan menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud ketika prosiding hari ini berkata pihak pendakwaan telah memaklumkan keputusan itu kepada pembelaan pada 3 Mei lepas.

Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili Muhammad Sanusi, 50, kemudiannya mengesahkan perkara tersebut.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota, minggu lepas.

Penghantar barang Muhammad Hasan Abd Hamid, 29, dan penarik kereta Muhamad Nur Kholis Muhamad Syaikhudin, 23, didakwa bersubahat bersama suspek yang masih bebas membaling empat botol yang dinyalakan dengan api ke arah pintu depan sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 2.17 pagi, 9 Mei lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Rejim Israel bertindak gila ceroboh kubu kuat Hamas

Sasar juga penempatan kem pelarian sejak beberapa dekad

GAZA, 8 Zulkaedah 1445H, Jumaat - Tentera Israel terus menggila apabila mara ke tengah Jabalia, kubu kuat Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di utara Gaza.

Kereta kebal Israel menyerang pasar utama di tengah Jabalia - kawasan penempatan kem pelarian sejak beberapa dekad lalu - sehingga menyebabkan beberapa kedai terbakar.

Rejim juga melancarkan serangan balas dengan mengebom dan memusnahkan kediaman serta pasar utama di kem.

Penduduk memaklumkan, beberapa kediaman di pinggir bandar itu diletupkan oleh penjajah Israel selepas arahan pemindahan diumumkan.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Nadav Shoshani mendakwa, serangannya kali ini disasarkan kepada pejuang Hamas.

"Kami beroperasi di mana kami tahu Hamas bersembunyi, dan di lokasi yang kami fikir boleh menemui sama ada lubang terowong, markas atau pelbagai jenis peluru," katanya.

Bagaimanapun, pemimpin kanan Hamas, Sami Abu Zuhri menegaskan, kumpulan pejuang itu akan mempertahankan rakyat Palestin dengan apa cara sekali pun. - Agensi
Sebanyak 250 mangsa banjir kilat di tiga daerah di Perak dan dua daerah di Kedah masih berada di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) setakat tengah hari ini.

Di IPOH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan yang diedarkan memaklumkan jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 152 orang daripada 54 keluarga yang ditempatkan di enam PPS.

Menurut kenyataan itu setakat 1 tengah hari ini empat PPS yang masih dibuka di daerah Taiping iaitu Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong, Dewan Orang Ramai Jebong Kiri, Masjid Al-Wusta Batu 8 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Temerlok kekal menempatkan 78 mangsa daripada 30 keluarga.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
UiTM akan kekal milik Bumiputera tanpa kompromi

Jangan jadi 'pengadu domba' dengan kemuka cadangan tak selari Perlembagaan

BANGI, 8 Zulkaedah 1445H, Jumaat - "Jangan sesekali membangkitkan isu ini, UiTM akan kekal milik Bumiputera tanpa kompromi, dulu, kini dan selamanya."

Demikian amaran keras Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh kepada pihak yang mencadangkan kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Tegasnya, Pemuda UMNO akan mempertahankan perkara itu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Jangan ganggu UiTM, itu amaran keras Pemuda UMNO kepada mana-mana pihak yang cuba menjadi `pengadu domba' dengan mengemukakan cadangan terbabit dan kami akan memastikan UiTM kekal milik Bumiputera selamanya," katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata, pihaknya berpegang teguh dengan pendirian kerajaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa UiTM yang menjadi sebahagian hak keistimewaan Melayu serta Bumiputera.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan, tidak ada sebarang perbincangan pada peringkat kementerian atau Kabinet mengenai cadangan membuka universiti terbabit kepada pelajar bukan Bumiputera.

Katanya, isu berkenaan sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba menganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekali gus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak.
ICJ memutuskan untuk mengadakan pendengaran mengenai permintaan ketiga Afrika Selatan untuk langkah interim pada 16 dan 17 Mei 2024.

Ikuti berita terkini
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Afrika Selatan pada hari Khamis meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengeluarkan perintah supaya Israel menghentikan serangan di Gaza, sementara negara itu mencari langkah-langkah tambahan sementara terhadap Israel.

Selepas perbicaraan selama dua hari di The Hague, delegasi Afrika Selatan menunjukkan "pelanggaran sengaja" oleh Israel terhadap perintah mengikat mahkamah (ICJ). Agensi Anadolu melaporkan bahawa delegasi itu berkata Afrika Selatan terpaksa kembali ke mahkamah kerana "penghapusan berterusan terhadap rakyat Palestin."

Menekankan bahawa Israel telah meningkatkan serangannya di Gaza, Duta Afrika Selatan ke Belanda, Vusi Madonsela, berkata Tel Aviv "secara sengaja melanggar perintah mengikat mahkamah ini."

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata lebih 20 ahli JI dipercayai berada di Johor pada ketika ini, dan dijangkakan angka itu mungkin bertambah jika ahli di kawasan lain dikenal pasti.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Seorang lelaki cedera apabila keretanya terbakar selepas meletup semasa sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata lelaki yang juga pemandu kereta itu berumur lingkungan 40-an mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan akibat percikan serpihan kaca kereta berkenaan dalam kejadian pada 4.10 petang itu.

"Semasa kejadian itu berlaku, ia melibatkan pemandu seorang sahaja .. mangsa dalam keadaan stabil dan dibawa oleh pihak ambulans ke HTF (Hospital Tuanku Fauziah) Kangar untuk rawatan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Suspek dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini semalam didapati bertindak sendirian, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata tindakan lelaki warga tempatan berusia 21 tahun itu tiada kaitan dengan kumpulan terancang berdasarkan kesimpulan awal pihak polis, selepas menemu bual 46 individu dalam profil terkait insiden berkenaan.

"Kita dapati buat peringkat awalan ini bahawa penyerang bertindak bersendirian, kita panggil lone wolf, dia didorong motivasi tertentu yang dia faham sebab dia tidak bercampur orang.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Jurucakap WHO, Tarik Jasarevic berkata penutupan lintasan Rafah ke Gaza oleh Israel telah menyebabkan "situasi yang sukar".

"Bekalan perubatan terakhir yang kami terima di Gaza adalah sebelum 6 Mei,” katanya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Jemaah haji Malaysia diingatkan supaya sentiasa menjaga tanda pengenalan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) sepanjang berada di Tanah Suci bagi memastikan mereka dapat dikenali dan dibantu jika berlaku sebarang kejadian luar jangka.

Pengurus Khidmat Pelanggan TH di Makkah, Mohamad Zakee Mohd Zaludin berkata setakat 9 Mei lepas, daripada 71 aduan diterima daripada jemaah, 87 peratus berjaya diselesaikan dengan kebanyakannya tentang kehilangan tanda pengenalan diri seperti lanyard dan gelang haji.

"Kita nasihatkan semua jemaah haji kita untuk menjaga seelok-eloknya dan sebaik mungkin tanda pengenalan masing-masing seperti lanyard, lencana dan juga gelang haji agar tidak kehilangan sebab di Tanah Suci itulah tanda pengenalan kita menggantikan kad pengenalan dan dokumen penting di tanah air," katanya kepada petugas media di Ibu Pejabat Tabung Haji di sini.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Tujuh individu termasuk seorang warga Singapura direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 24 Mei bagi membantu siasatan berhubung insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram, awal pagi semalam.

Majistret Hidayatul Syuhada Samsudin membenarkan penahanan reman itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini untuk siasatan di bawah Seksyen 302.

Individu yang direman itu terdiri daripada lima anggota keluarga suspek, berumur antara 19 hingga 62 tahun yang ditahan susulan pemeriksaan di kediaman keluarga suspek pada awal pagi semalam.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Jumlah mangsa banjir di Perak merekodkan sedikit pengurangan kepada 529 mangsa daripada 163 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 537 mangsa melibatkan 152 keluarga, semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan 10 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di tiga daerah terjejas iaitu lima di Taiping, empat di Kuala Kangsar dan satu di Hilir Perak.

Di Taiping, sebanyak 350 mangsa daripada 104 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Batu Hampar Trong, Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor, SK Matang, Dewan Orang Ramai Sungai Baru Trong dan SK Temerlok.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Jabatan Imigresen (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia selepas menahan lapan warga Bangladesh dalam operasi di sebuah premis kediaman di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Khamis lepas.

Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh dalam kenyataan hari ini berkata pasukan operasi telah diatur gerak ke premis itu pada hari berkenaan berdasarkan maklumat yang diterima, dan bertembung dengan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek di lot parkir.

“Suspek memecut setelah menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi dia berjaya dipintas. Hasil pemeriksaan pasukan operasi menahan seorang lelaki Bangladesh yang disyaki sebagai ‘transporter’ berusia lingkungan 33 tahun bersama dua pendatang tanpa izin warga Bangladesh,” katanya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Hanyan Ramlan berkata bayi seberat tiga kilogram (kg) dan cukup sifat itu ditemukan oleh seorang pemandu lori ayam kira-kira 7.30 pagi.

"Bayi itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.

Kedua-dua suspek berusia 29 dan 37 tahun yang menaiki kereta Perodua Kembara itu ditahan anggota polis bertugas di Pintu 3 Istana Negara ketika cubaan mereka memasuki istana melalui pintu itu kira-kira 4.40 petang, atas alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan berkata pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan suspek telah menjumpai sebilah parang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing suspek adalah negatif. Kedua-dua suspek direman empat hari sehingga 21 Mei bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.

Istana Arau dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan ia berikutan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail akan menjalani pembedahan kaki pada minggu hadapan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini dan kemudiannya akan melalui proses rehabilitasi selepas itu.

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
15,971 kanak-kanak telah terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai Israel yang berterusan di Gaza.

#ismaweb
#taufanalaqsa
#freepalestine

Ikuti berita terkini di
https://www.tg-me.com/Ismaweb net/com.ismaweb
2024/05/18 09:45:59
Back to Top
HTML Embed Code: