tg-me.com/Thetypewriterchannel/63
Last Update:
Soalan:
Bekerja dengan majikan berbangsa Cina, selama pkp ni kan gaji pekerja harus dibayar tapi gaji saya tak dibayar so saya ni nak berhenti.
Hajat saya sebelum berhenti saya nak bayar dengan bos saya duit sebab untuk bayar balik kesalahan saya lambat masuk kerja atau ada kesalahan lain. Saya takut nanti dituntut di akhirat kelak.
Adakah boleh saya beranggapan bahawa duit gaji saya selama pkp yg tidak d bayar itu sebagai gantinya?
Atau saya perlu juga untuk bayar dan minta maaf?
Jawapan:
Ada 2 sisi dalam kemusykilan di atas:
1. Majikan yang berhutang bayaran gaji.
2. Pekerja yang berhutang atas kekurangan masa bekerja digunakan untuk urusan selain itu.
1. Majikan ditakrifkan berhutang dan pekerja berhak dengan nilai akhir gaji.
2. Ada dua pilihan:
a) Pekerja membayar dengan wang lain.
b) Jika khawatir majikan enggan melunaskan gaji yang sepatutnya dibayar maka boleh dianggap sebagai bayaran atas hutang waktu bekerja dengan syarat jumlah nilai gaji mencukupi dan dimaklumkan pada majikan hasrat tersebut.
(Maulana Rusdi)
@Thetypewriterchannel
BY Typewriter
Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 283
Share with your friend now:
tg-me.com/Thetypewriterchannel/63